Reply : Cantik Murah Rezeki

Assalamualaikum wbt. Aku harap admin dapat publishkan nukilan aku ni.. Aku ingin menjawab pasal post sebelum ini, pasal cantik murah rezeki, (https://iiumc.com/cantik-murah-rezeki/).

Dia macam ni babe.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. Orang cantik tidak semuanya akan baik-baik belaka tentang kehidupan mereka..

Straight to the point..

Aku kategori type 1 yang ko cerita tu.. Aku mixblood turkish tapi membesar kat Malaysia. Alhamdulillah pinjaman dari Allah dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Orang kata aku iras Juliana evans.. Bukan aku yang kata eh..

Time zaman school memang happy because jadi bualan, jadi tarikan pelajar lelaki and eventhough kalau ada marching rumah sukan aku selalu dipilih jadi ratu yang pegang sepanduk.. Aku juga wakil sekolah pegang sepanduk when marching kemerdekaan..

Aku punya confident level high, disukai rakan sebaya dan guru.. Aku selalu join wakil sekolah untuk apa-apa pertandingan. And untuk cover majalah sekolah pun ada gambar aku..

The dark side is, aku mula jadi terlalu selesa.. Aku anggap semua orang suka berkawan dengan aku.. Time degree aku still aktif. Then aku couple dengan senior yang menjadi rebutan jugak.. Budak sains sukan.. Ada rupa.. Dia bukan anak orang kaya tapi ketogori orang senang..

Bila dia dah finished his study, he told me he already got a job. Aku pun tak tahu kat mana sebab dia kata jauh. Kami tinggal satu daerah, so he always coming to my campus to see me.. Dia dianggap sempurna di mata orang sebab hensem, pakai kereta besar, dan ada kerja tetap..

But i’m the only one who knows his dark side. Kuat cemburu, bila gaduh kuat maki. Semua jenis binatang dia pernah carut kat aku just because nk suruh aku bertudung. Aku free hair but i’m not the sexy type. Memang dia mentally torture hingga aku sampai tahap nampak number dia call pun aku malas nak angkat..

Aku bosan dengan this relationship but aku still sayang dia.. Sebab tuh tak putus-putus. Time tu aku jugak jadi part time freelancer untuk mana-mana event yang dikendalikan oleh syarikat busana dan tudung.. Aku jugak pernah keluar dalam majalah remaja bahagian mekap cara remaja.

Time intern kt satu company ni, kawan-kawan semua baik.. Yang menggatal pun ramai but i just ignore them. Time intern memang aku buat sehabis baik.. Bukan nak kipas bos, aku cuma nak ambik semua pengalaman yang ada ketika disana..

Habis intern bos kat situ terus serap aku kerja tetap eventhough aku tak konvo lagi. Haa time aku kerja tetap baru nampak perangai masing-masing.. Yang pernah baik dengan aku dulu, tiba-tiba satu pejabat pulaukan aku.. Buat muka kat aku.. And aku memang tak boleh nk hadap suasana kerja macam tu..

Dah hampir 3 bulan barulah aku dengar cerita yang semua pulaukan aku sebab aku difitnah ada hubungan dengan bos sebab tu senang-senang dapat kerja.. Dah la position aku mengikut kelayakan degree dan ramai tak puas hati sebab masa tu sijil ijazah aku belum publish tapi dah dapat position tu.

Aku bertahan kerja situ setahun sahaja.. Baru berhenti kerja, aku dapat tahu boyfriend aku curang.. Dia couple dengan prempuan tudung labuh.. Ye lah aku kan free hair.. Time tu aku down giler-giler.. Masa tu baru la aku berubah slow-slow pakai tudung..

Make it short.. 2 tahun lepas putus cinta, aku pun kahwin. Suami aku time tu gaji RM1300, kereta kancil weh.. Aku masa tu terima je suami aku sebab aku dah fobia nak kawin dengan lelaki yang jenis maksulin kaya ni.. Aku dah boleh agak yang maskulin kaya ni ego tak nak kalah, dan kalau kawin dengan lelaki ego ni memang takkan bahagia.

Time tu aku dah kerja kerajaan.. Aku gred 41 dan suami aku gred11.. Aku dapat tentangan hebat dari keluarga sebab masa tu ad jugak yang kerja gaji tinggi, yang bisnessman datang melamar.. Aku memang dah tak nak lelaki kaya. Aku nak yang baik dan rajin kerja je..tu je aku nak..

Cabaran sebenar lepas kawin tak boleh blah.. Husband aku baik yang amat. Tidur awal, bangun awal solat sunat mengaju.. Fb dia takde apa-apa.. Tak update.. Tapi yang jadi cabaran mulut orang weh.. Tak habis-habis bandingkan gaji aku dengan husband aku.. Siap kata aku lagi layak kawin dengan pangkat bos-bos..

Time pregnant berat aku naik mendadak.. Muka aku kecik tapi tang badan naik banyak.. The most stupid one is, time aku preggy 8 month, ada mulut bawang kata kat aku.. “asal badan ko gemuk sampai macam ni sekali.. Orang lain preggy tak gemuk macam kau..”

Lepas bersalin 2 minggu ada lagi yang membawang.. “kau asal gemuk sangat.. Dulu kau la yang paling cantik paling kurus”

Oh ya lupa nak bagitau, time pregnant i got some diseased called tyroid. My tyroid nodule is swollen.. So lepas bersalin itu hari, aku terus operate buang sebelah.. So know kelenjar tyroid aku ada sebelah je.

Kelenjar tyroid ni fungsi dia kawal hormon termasuk lah berat badan. And even now anak aku dah umur 2 tahun, aku still tak dapat nk capai berat badan ideal aku. So nampak agak chubby but my husband said im still pretty.

Yang masalah mulut orang.. Orang-orang ni macam dah lama tak puas hati kat aku, so bila perkara ni terjadi kat aku, semua pakat sebut tentang berat badan aku.. Semua compare dulu lagi cantik..

Mereka seakan-akan mahu buat aku rendah diri.. Yes aku jadi rendah diri.. Aku jadi pasif.. Dah malas nk join apa-apa event yang company buat.. Yang muda-muda semua mulut puaka. Yang berusia lah yang console aku..

So what i can say to confessor, Nor Amira Filzah, orang cantik type 1 pun ada masalah.. Ada ujian tersendiri.. U have your own luck and same others.. So wake up and dont let people look down on you..

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *