Aku Yang Ayah Paling Sayangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin yang sudi menyiarkan tulisan aku ni. Aku, Abang Long, tentunya anak sulung kepada ibu dan ayah. Confession aku ni bukan nak cerita mengenai tanggung jawab aku sebagai anak sulung.

Semua orang tahu betapa abang atau kakak sulung biasanya baik, bertanggung jawab, mudah menerima teguran, tegas tapi tak garang dan lain-lain. Tidak, bukan itu yang mahu aku kongsikan. Apa yang aku nak kongsikan adalah tentang perkara yang bersifat subjektif dalam hati, kasih sayang.

Pernahkah kalian bertanya ibu atau ayah, siapakah yang mereka paling sayang dalam ramai-ramai-ramai anak? Eh, lupa nak bagitahu, aku abang long kepada 5 adik-adik di bawah dengan yang bongsu berjarak 10 tahun. Bila aku tanyakan pada ibu, ibu kata semua sama.

Kata ibu, dia tidak makan bodek bila mana kami rajin menolong mengemas rumah. Rajin belikan something pun belum tentu menjadi anak paling ibu sayangi. Entah siapa yang ibu paling sayang, tak tahulah aku.

Tapi betul, ibu tak pernah pilih kasih antara kami anak-anaknya, walau pun ada adik aku yang nakal, tetap ibu layan dengan baik. Bagaimana depan ayah? Tak pernahlah kami tanyakan sebab biasanya kaum bapa tidak peduli sangat dengan perkara macam ni. Janji tanggung jawabnya kepada keluarganya telah terlunas.

Namun, pada suatu malam, kira-kira 10 tahun lalu, ayah buat confession mengejut. Gara-gara aku menuduh ayah tidak sayangkan aku, ayah membuat penafian sungguh-sungguh. Kenapa aku menuduh begitu pada ayah? Sebab ayah selalu marahkan aku jika aku tak study, tak solat dan lain-lain yang aku tak buat sehingga ayah marah sejak dari kecil.

Ikutkan semua adik-adik aku pun kena macam ni, Cuma dengan aku ayah lebihkan sikit marahnya sebab katanya aku ni abang. Kalau bergaduh dengan adik beradik pun, abah akan marahkan aku dulu. Belum lagi bab beli sesuatu yang aku inginkan.

Kecik-kecik dulu, nak kereta control, aku yang minta, adik aku yang dapat. Bila sekolah menengah, kawan-kawan dah ada handphone sendiri, aku nak tapi ayah kata belum sampai keperluan untuk aku miliki. Sedangkan, adik bawah aku, senyap-senyap dah beli handphone sendiri dan abah tak marah pun.

Ok, memang betul adik aku tu beli sendiri, tapi dia dapat duit daripada bekerja sambilan waktu cuti sekolah. Sedangkan aku, ayah tak benarkan aku bekerja sambilan. Ayah lebih suka aku bantu ibu mengurus rumah. Mungkin sebab aku abang long kan… entahlah.

Pendek kata, banyak benda yang aku rasa ayah tak sayangkan aku sehingga pada malam tu ayah bawa bersiar-siar tanpa tujuan selepas habis solat Isyak di masjid.

Masa tu ayah nak bebelkan aku pasal result percubaan SPM aku tak begitu memuaskan dia. Ayah brainswash aku tentang keperluan pendidikan dan masa depan. Tapi aku pula tidak dapat menerima bebelan ayah yang aku rasa tak adil. Adik aku yang nak PMR pun masa tu percubaan dia teruk tak ada pula ayah marah gila-gila.

Ah, mungkin ada, aku je yang tak tahu. Tak kisahlah. Tapi aku benar-benar serabut sebab ayah seolah-olah nak downgrade keupayaan aku. Aku tahu, ayah tak mahu result aku nanti teruk sebab ayah seorang pensyarah. Dia pernah malu dengan result aku yang tak straight A dalam PMR. Aku akuinya. Tapi, tak adil juga sebab adik aku tak kena marah gila-gila macam aku kena.

Entah macam mana, aku pula tuduh ayah tak sayangkan aku. Tapi, ayah senyap. Bila puas hati aku meluahkan perasaan tidak puas hati aku kat ayah, akhirnya ayah keluarkan walletnya dan tunjukkan sesuatu pada poket wallet dia tu.

Terpana terus aku bila melihat gambar yang terselit dengan lesen memandunya adalah gambar passport aku masa kecik. Aku pandang ayah. Tapi aku tak bertanya sebab aku masih tak faham apa hal ayah tunjukkan gambar aku tu. Adakah sebab ayah selalu rindukan aku yang tinggal di asrama sejak form 1? Hahaha, perasan sungguh!

“Kau tahu, Long… ,” Ayah memulakan kata-kata. Aku pula rasa berdebar. “dalam wallet ayah ni, tiada gambar ibu pun. Gambar nenek dan atok pun tak ada. Yang ada gambar kau, Long.” Ah, sudah… kenapa dengan gambar aku?

Kata ayah, kalau ditanya siapa dalam antara kami anak-anaknya yang paling dia sayang, dia mengaku akulah anaknya yang paling dia sayang. Tapi bukan sekadar sayang begitu saja, sayangnya ayah kepada aku lebih kepada concern untuk menjadikan aku sebagai anak harapannya. Katanya untuk menjaga keluarga terutama sebagai contoh teladan kepada adik-adik.

Sebab tu ayah nak aku belajar elok-elok. Ayah memang tak mahu memanjakan aku sebab bimbang aku hanyut dengan dunia sendiri. Dan, gambar itu menjadi motivasinya untuk terus membentuk diri aku, bukan setakat menjadi insan berguna, tetapi hamba Allah yang soleh dan tentunya mampu membawanya ke syurga. Allahu rabbi…

Masa ni, aku dah rasa betapa ada beban tergalas pada bahuku sebagai anak sulung. Selama ni bukan aku tidak berperanan, tetapi kesedaran untuk menjadi teladan kepada adik-adik tidak pernah terbayang dalam fikiran. Yang aku tahu, aku sangat pentingkan diri sendiri dalam banyak perkara. Sikap aku sebagai abang long yang mithali tu tak ada sangat aku rasa ada pada aku.

Gara-gara aku duduk asrama sejak form 1 tu lah menyebabkan adik yang bawah aku tu bertindak sebagai anak sulung dalam mengurus adik-adik bila ibu dan ayah sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Mungkin sebab dia sekadar sekolah harian biasa yang banyak waktu berada bersama adik-adik. Bahkan, aku tidak mengikuti pembesaran adik-adikku yang lain. Sedar-sedar, mereka dah pun bersekolah. Keadaan ini berterusan sehingga aku masuk university dan bekerja.

Sejak daripada itu, aku tak pernah lagi nak membantah arahan ayah. Kalau tak puas hati pun, aku pendamkan saja. Sedikit sebanyak, aku harapkan akhlak baikku yang tak seberapa ini menjadi contoh buat mereka.

Untuk urusan pembelajaran, Alhamdulillah, kelayakan akademik aku hampir kepada kelayakan ayah. Pekerjaanku dalam sector awam juga boleh aku katakan sebagai kejayaan dalam hidup. Aku tak pasti adakah hajat ayah tercapai dengan apa yang telah aku kecapi hari ini. Adik-adik pun, Alhamdulillah semuanya berjaya dengan laluan krjaya dan kehidupan masing-masing.

Di sebalik itu, aku tahu, ada lagi yang menjadi harapan ayah yang perlu aku laksanakan. Mendoakan kesejahteraannya dunia dan akhirat. Ayah mana yang tidak mahukan doa daripada anak-anaknya? Aku bukan nak kata aku ni anak yang soleh sangat. Tetapi, aku akui itu salah satu tanggung jawabku sebagai anak.

Sesungguhnya, aku bersyukur ada ayah seperti ini. Tidak kurang juga ibu yang sentiasa menjadi sumber inspirasiku. Jangan pula aku ditanya antara keduanya siapa paling aku sayang? Jawapannya ada pada hadith nabi s.a.w, ‘ibumu’ yang sebanyak tiga kali.

Sebenarnya, tak perlu pun kita tanya ibu dan ayah kita siapa yang paling disayangi kalu ada lebih daripada seorang adik beradik kita. Laksanakan saja tanggungjawab kita sebagai anak dengan sebaik-baiknya. Jangan lihat layanan berbeza ibu dan ayah kepada anak-anaknya sebagai satu tindakan pilih kasih.

Setiap anak-anak ada karektornya tersendiri. Dan, untuk karektor aku, ayah dah buat sesuatu yang betul. Bukan bermakna adik-adik aku tidak terlepas daripada kemarahan dan teguran ayah, tidak. Tetapi ayah ada pendekatannya tersendiri.

Tapi tak tahulah kalau di sebalik itu ayah juga bagitahu kepada anak-anaknya yang lain mereka adalah anak yang paling ayah sayangi. Aku tak kisah. Yang aku tahu, ayah keep concern dengan aku sekali pun aku ni dah berkahwin.

Wife aku kata aku ni mengada-ngada. Katanya ayahnya tidak pula begitu kisah dengan dia dan adik beradiknya yang lain dalam urusan mengurus kehidupan sejak kecil. Tapi, tidak. Inilah kami. Ayah sendiri ada target untuk anak-anaknya. Cuma mujur target ayang tidaklah setinggi langit mengatasu keupayaan kami.

Penyebab kepada aku tulis confession ini pun gara-gara ayah pm aku jaga kesihatan time-time jerebu ni secara tiba-tiba. Kebetulan masa ni aku kat tempat kerja dan tengah sakit kepala. Ayah macam tahu-tahu je apa yang aku rasa ni.

Balik dari bekerja aku singgah rumah ayah, Nampak ayah kat ruang tamu tengah sibuk dengan laptopnya. Tapi aku penat sangat terus naik bilik berehat tanpa rasa nak salam atay tegurnya. Bila aku turun ke bawah untuk pulang ke rumah aku, ibu kata ayah dah keluar out station ke seminggu. Ok, itu ok lagi. Tapi tiba-tiba, baru ni tadi ayah pm lagi, selamat hari ulang tahun perkahwinan untuk aku.

Aik, selama ni tak pernah-pernah nak wish yang macam ni dan aku rasa macam tak penting je nak diucap. Aduh, terasa ada sesuatu menyelinap dalam hati aku waktu tu. Doa aku, perjalanan ayah dalam urusan kerjanya tu di bawah lindungan Allah.

Ayah, even ayah tak baca pun confession ini, Abang Long nak beritahu, Abang Long pun sayangkan ayah. Begitu pun tak pernah ayat ini aku ucapkan depan-depan mahu pun secara bertulis, sebabnya aku segan, hehehe… Cuma pada ibu je selalu aku sebut begini. Agak-agak ayah terasa hati tak? Wallahu a’lam.

– Abang Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *