Kerana Hutang, Jodoh Hilang

Assalamualaikum. Straight to the point, aku baru putus tunang disebabkan hutang. Ya, aku ada hutang yang smpai aku dah kena blacklist. Aku ada hutang PTPTN yang tertangguh which aku tak dapat settle kan since aku kena terminate kerja sebelum ni and aku menganggur untuk 2 tahun.

Dalam masa 2 tahun tu kerja aku tak menentu dan gaji aku tak sampai 1K, dgn komitmen family, adik2, mak ayah di kampung. Aku anak sulung, ayah kerja kampung, mak suri rumah. Selain hutang PTPTN, aku ada buat personal loan sebab kena tipu dengan kawan yang buat MLM. Yang ini pun dah tertangguh sampai 15K.

Setiap saat aku celik mata, runsing fikirkan perihal hutang memandangkan kita sebagai Muslim percaya, mati kelak roh akan tergantung andai hutang tidak dilangsaikan. Malah, Nabi SAW sendiri menolak untuk menjadi imam solat jenazah org berhutang. Sekarang kerja dah okay cuma hutang tu terlalu banyak dan aku pening nak mulakan macam mana untuk settlekan.

Berbalik cerita putus tunang. Aku ni jenis tak pandai bergaul dengan lelaki. Menjaga ikhtilat kononnya. Kalau kerja tu memang aku bukan jenis tepuk tampar gelak gelak dengan lelaki. Sebab aku tak reti nk bergaul sangat. Bagi aku, dekat ofis kena serius. Kalau nak bergurau tu jangan lebih. Mungkin sikap aku ni membuatkan bekas tunang aku suka kan aku.

Kami satu ofis cuma berlainan department. Dia pernah kata aku ni tak macam perempuan yang dia kenal. Aku ni lain. Dia tua dari aku 3 tahun. Masih single. Orangnya biasa2 je. Kulit sawo matang and sama tinggi denganku. Dia dah lama perhatikan aku sejak hari pertama aku kerja. Aku tak sedar semua tu sebab fokus aku pada kerja.

Masa berkawan semua ok. Kami rapat. Semua masalah kami kongsi. Jadi, aku fikir dia adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan calon suami. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia propose aku genap 2 tahun kenal. Dia ada ciri2 suami yang aku suka( selama aku kenal dia). Seminggu lepas tu kami tunang. Ikat setahun. Aku runsing sikit sebab rasa macam tak sempat nak kumpul duit.

Aku tak ada simpanan langsung untuk kahwin. Aku ikat perut. Puasa isnin khamis. Kurangkan shopping. Kawan2 ajak bercuti aku tak ikut. Mereput dengan kerja, makan, tido. Itu je rutin aku. Kami jarang keluar sebab masing2 nk simpan duit. Jumpa di ofis saja. Itu pon semua orang tak tahu yang kami bertunang. Memang tak nak heboh. Cuma family saja tahu.

Satu hari, kami keluar. Kami berborak. Dia tanya nak honeymoon kat mana nanti? Aku jawab dalam Malaysia je lah sebab kalau luar negara mahal kosnya. Padahal nama dah kena blacklist. Dia berkeras nak keluar negara sebab kawan2 dia semua bercuti diluar negara.

Aku serba salah. Aku terus cakap yang nama aku dah kena blacklist tak boleh keluar negara. Dia terkejut. Lepas tu marah aku kenapa aku tak bagitahu dia selama ni. Aku explain semuanya malam tu. Aku akan settlekan sendiri. Tak minta duit dia pon. Dia tarik muka. Dia kata takpelah kita bercuti dalam negara je. Sabah ke.. jauh sikit. Aku lega.

Sejak malam tu, dia berubah. Dia seolah-olah, nak menjauhi aku. Whatsapp tak reply. Call tak angkat. Kat ofis jarang nampak dia. Dia lari dari aku. Aku sedih, apa salah aku. Satu hari, aku cakap yang aku nak pergi rumah dia. Terus dia call aku. Dia ajak keluar nak bincang pasal barang kahwin.

Lepas makan tu, dia terus tanya aku, adakah dia pilihanku yang tepat? Aku pelik kenapa tiba2? Dia kata sebab aku bukan pilihan dia yang tepat. Aku makin pelik. Apa alasan dia? Apa salah aku. Dah halfway nak ke jinjang pelamin. Alasan dia sebab kewangan aku.

Aku sedih sampai begitu sekali penerimaan dia. Terlalu sedih. Aku menangis. Dia kata dia tak dapat terima. Dalam hati aku kata mesti dia curang belakang aku. Aku tak dapat terima kenyataan tu and taknak putus tunang. Dia berkeras nk putus tunang and dia akan bagitahu keluarga. Allah. Malangnya nasib aku.

Aku mengaku aku gagal dalam pengurusan kewangan. Aku merayu pada dia untuk teruskan hubungan kami. Dia kata dia dah tawar hati. Atas alasan tu je? Tapi mungkin betul. Hati orang kita tak tahu. Orang dah tak sudi, buat apa aku nk terhegeh2 lagi. Walaupun susah untuk aku terima.

Jadi bulan lepas, kami putus tunang. Keluarga pon masing2 terima dengan hati terbuka. Alasan kami tiada persefahaman. Sehingga waktu ini, aku tertanya2 adakah itu alasan sebenar dia untuk putuskan pertunangan? Sebab aku berhutang? Sampai kena blacklist and tak boleh keluar negara?

Aku terus resign and sampai sekarang masih menganggur. Aku tak sanggup berdepan dengan dia hari2 ke ofis. Aku kemurungan. Berat aku turun 10 kg sejak haritu.

Adakah orang seperti aku tak layak untuk merasa hidup berumahtangga?

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *