Assalamualaikum and hi semua, it’s me. Semua boleh panggil aku Koharu (acewah acah Jepun). Hari ini aku terdetik nak berkongsi, mungkin kalian boleh ambil hikmah juga and bolehla adaptasi hikmah itu dalam kehidupan kalian.
Aku rasa cerita ni panjang, tapi inshaa Allah, I’ll make it part by part.
Aku ialah seorang penghafaz al-Quran, bekas pelajar Darul Quran dan sekarang aku baru tahun pertama ijazah sarjana muda di IIUM. Kalau nak extract balik kenapa aku boleh ada tekanan tu, banyak tak terkata puncanya mengapa. Aku akan terang satu-satu bermulanya kenapa aku boleh ada tekanan, dahlah ada introvert hadeh. Alhamdulillah, now still trying to be an ambivert one. Lol, bosannya intro.
Introvert.
Introvert aku ni bolehlah dikatakan teruk, sebab dulunya aku merupakan bekas pelajar sekolah perempuan, dah lama tak jumpa opposite gender, tiba-tiba terpaksa pindah sekolah campur lelaki, sekolah rendah dulu lek-lek je orang kata sebab tak hit puberty lagi.
So, dikatakan introvert aku makin membarah lepas masuk sekolah tu, aku tak boleh cakap dengan orang lain, tak kisahlah lelaki ke perempuan, yang mana aku tak kenal or mereka ialah orang yang terhormat, kalau aku nak cakap je dengan mereka, aku akan terus kaku, gagap. Satu badan berpeluh habis!
Aku pun hanya ada few friends je zaman sekolah, yang mana aku boleh all out semua character bengong aku, tapi bila yang lain aku jadi pendiam. Introvert nya aku ni sampai kalau nak pergi kem kena paksa weh, sekolah rendah dulu punyalah tak nak pergi kem kokurikulum sampai buat alasan nenek aku meninggal dunia, padahal orang tua tu tengah rilek je kat rumah tu.
Aku tak suka majlis keramaian, pantang orang ajak aku pergi majlis kahwin. Memang aku ngelat. Aku sangat tak suka aktiviti berkumpulan, aku akan menangis beria and mengamuk kalau dipaksa. Aku tak suka sleepover bilik orang, sebab aku hanya selesa di bilik aku.
That’s why sepanjang aku di DQ, aku suka ngelat bab sleepover dengan usrahmate. Liqra’ (perjumpaan sek2 Iqrac) pun aku jarang turun, macam-macam alasan aku buat. Konon tengah tidur la, lari bilik iron la sebab takut orang cari. Banyak alasan aku bagi.
Dekat CFS dulu, masa ada Qiyam Warrior, geng-geng yang join kejut orang qiam akan tidur ramai-ramai kat surau, tapi aku tak suka. Jadi aku buat apa? Aku tidur seorang diri dalam bilik, aku tunggu roommate aku yang jadi organizer program tu tidur, then aku senyap-senyap masuk bilik.
Perjumpaan Iqra’ Society? Berapa kali je aku pergi. Tu pun pergi rasa terpaksa, alhamdulillah aku tak rasa terpaksa jadi mentor untuk Quran Buddies, alhamdulillah Allah tak hadirkan aku rasa itu. Grand Ibadah Camp CFS pun aku sanggup patah balik bilik daripada tidur di masjid, sanggup aku pergi pagi buta tu ke masjid semula.
Pokoknya, aku sangat gemar seorang diri, buat kerja seorang, makan seorang. Dan itulah paling bahaya sebab kerana introvert ni la aku hanya seronok berada dalam dunia sendiri, aku tak terdedah dengan dunia luar. Memang weh, aku suka mengelat kalau diajak berprogram. Tapi benda alah ni la yang menyebabkan aku overthinking, sampai akhirnya overthinking tu membarah.
Tekanan Perasaan and Suicide Attempts
Actually, tekanan yang aku hadapi berpunca daripada keluarga aku sendiri. Ayah aku dianiaya adiknya sendiri sampai membawa efek buruk pada financial family aku. Orang lain yang berhutang, orang lain yang kena, haaa macam tu la situasi ayah aku. Disebabkan itu, ayah aku ni diblacklist so tak boleh nak beli rumah, so terpaksa minta tolong someone (keluarga belah ibu aku) untuk jadi penama pertama rumah tu. Lepas 5 tahun, baru boleh tukar nama ayah aku jadi penama pertama.
Tahun 2016, tahun paling getir aku rasa. Aku calon SPM tahun tu, adik aku calon PT3, dua orang beb ada peperiksaan besar. 4 April permulaan kejatuhan keluarga aku, hari tu la hari anniversary ibu dan ayah aku yang ke-18, tapi hari tu jugalah kami dapat tahu rumah kami dijual oleh si penama pertama, bayangkan perasaan dikhianat ahli keluarga sendiri. Padahal lagi 5 bulan boleh tukar jadi nama ayah aku.
Aku baru balik sekolah masa tu, adik aku jatuh kat taman masa tu dengan muka berdarah, memang hari tu tragik sangat. So, masa aku tengah SPM (orang duk sibuk ulangkaji, aku sibuk kemas barang) la kami pindah keluar dari rumah, sayang rumah tu jadi saksi seorang ayah dan ibu yang penyayang membesarkan anak-anaknya.
Masih lagi berlegar dalam fikiran aku, imej ayah aku kendong aku di tangan kanannya, adik kedua di tangan kirinya dan adik ketiga di tengkuknya, membawa kami ke bilik tidur kami, pasang kelambu untuk kami, ya Allah bahagia sungguh momen tu. Imej ibu menyuap makanan ke mulut anak-anaknya waima anak-anak itu dah meningkat remaja weh. Siapa je tak sedih? Tempat kau membesar kut.
Tahun itu juga ayah aku difitnah oleh si peminjam hutang tadi, sampai yang lain ada sangsi dengan ayah aku, memang masa raya tahun tu jadi sebijilah macam drama tu, masa tulaa nenek dengan makcik2 aku berlari mohon ampun dari ayah aku sebab percaya fitnah si durjana tu. Adeh. Air mata aku nak meleleh balik ni haha.
Take note, peristiwa yang kompleks inilah penyumbang besar kepada tewasnya aku.
Dengan dekat DQ lagi aku diuji dengan Al-Quran aku. Orang sekeliling aku kebanyakannya pernah menghafaz masa zaman sekolah jadi memang aku tak performlah dalam kelas, carry mark memanjang rendah sebab aku ni jenis pelupa, mudah benar ayat tu aku lupa.
Yelah, al-Quran ini umpama unta yang ditambat, kau tak ikat ketat-ketat, maka terlepas lah. Dengan overthinking lagi, aku rasa aku tak ada teman rapat, aku rasa classmate aku menyampah dengan aku sebab aku ni lembab, memang aku rasa aku lembab gila dalam hifzul Quran, aku rasa aku dipinggirkan, aku rasa aku tak diperlukan, sebab tu aku keep on mengelak bila ada perjumpaan. Dengan result sem 3 aku drop, sem 3 aku kena repeat balik paper Syafawi and Tahriri (sek2 DQ tahula kan 2 paper ni)
Disebabkan ini, saat roommate aku tak ada di bilik (dia memang selalu takde pun, sleepover kat surau selalu) aku selalu rasa bukan-bukan pasal diri aku. Bisikan nak mati? Itu ada tak tipu. Kat DQ la aku mula berani nak cederakan diri. Dah lah tempat orang menghafaz kalam Allah, boleh pulak yer aku buat perangai.
Macam-macam aku cuba buat dulu. Dia bermula sikit je dulu. Mula-mula overdosed ubat, aku memang selalu ada bekalan ubat so contoh aku selesema aku memang sengaja ambil banyak-banyak dengan harapan mati cepat. Sakit kepala je telan banyak-banyak ubat tu.
Oh ya, doktor memang cakap aku ada mild migrain, sebab tu aku selalu sakit kepala. Kat DQ aku banyak ponteng kelas weh, bagi alasan sakit kepala, tapi sebenarnya nak menyendiri. Sampai surat amaran sampai kat rumah aku. Haha.
Pastu aku advance sikit. Aku mula cuba minum sabun. Tu pun aku tak tahu la badan ni macam kental sangat. Tak mati pun. Lepas tu, memandangkan benda tajam yang aku ada hanyalah jarum peniti, maka aku jadikan jarum peniti tu sebagai alat cederakan diri aku. Aku cakar-cakar tangan aku, kaki aku, peha aku sampai calar-balar. The only person yang aku berani nak cakap pasal benda ni ialah adalah sorang ni dia budak Ganu, dia pun seriau tengok luka-luka aku.
Kat CFS, lagi parah. Sem 1 lepas cuti sebulan daripada DQ tu okay sikit, sem 2 makin parah, aku left Iqra’ Society sebab aku rasa aku tak layak berganding dengan member DQ aku, dah lah teruk, memang masa ni aku underestimate diri sendiri, sem 3 lagilah, aku dah tak rupa orang. Aku memang rasa hidup aku tak berguna lagi, ada je yang ingatkan aku pasal parents aku, tapi orang tu akhirnya jadi mangsa kebencian aku, aku tak suka bila orang ingatkan aku pasal parents aku, sebab benda tu buat aku lagi hiba.
Kadang ada yang aku block, aku hide story macam-macam lah. Sampaikan bila ada seorang member DQ ni dia tanya aku pesaipa status wasap aku lagu tu, aku just luah balik apa yang aku rasa. End up, dia marah aku. Aku pun masa tu memang kata Allah tak sayang aku, dia bagi aku ujian berat, aku melalak weh masa tu, dahlah group dia tengah buat discussion kat compartment dia hadeh malu bila ingat balik.
End up member DQ aku tu suruh aku mengucap dan aku pulak halau dia pergi balik compartment dia. Sejak tu sebab dia, aku punyai rasa benci sikit terhadap orang yang beragama. Aku cop orang-orang macam ni suka judge orang macam aku (bukan salah dia pun sebenarnya, tapi pemikiran aku masa tu yang tak waras penyebab semua tanggapan ni, minta maaf ya teman kerana pernah benci kau dulu).
Kelas tasmik UIA demgan seorang ustaz ni pun aku ponteng sebab ni lah. Ustaz tu sampai minta aku mesej beliau sebab aku ada menyuarakan yang aku tak nak tasmik lagi, sampai ke sudah aku tak mesej. Huhu.
Aku selalu update status wasap bebunyi sendu, like kata hidup aku tak bererti, semua orang tak faham aku. Kepercayaan aku dengan manusia beransur-ansur pudar lebih-lebih lagi dengan golongan beragama, sebab ada yang bila aku nak luah perasaan, dia sibuk nak ceramah aku. Ada yang judge aku. Ada yang lontar pandangan jijik. Ada yang sibuk nak perbetulkan aku, ada yang sibuklah update status bertemakan apa yang aku luahkan pada dia. Sumpah aku benci masa tu.
Masa tu serius, aku banyak mencarut dalam hati aku. Aku bukannya nak kau bidas balik apa yang aku nak cakap, aku nak kau jadi pendengar aku. Semua benda yang kau bidas aku boleh goreng balik lah. Aku tahu je bunuh diri itu dosa, mati tak diterima bumi tapi agak-agak if you were in my shoes, kau tak akan ada masa nak fikir balik, istinbat balik ke hukum tu. Tak ada masa weh haha.
Sem 3 ni sem paling severe sebab seingat aku, aku memang bawak cutter. Macam biasa kalian boleh agak apa yang aku buat. Main hiris-hiris, amik jarum peniti main cakar-cakar, sebab yelah aku macam mencabar Allah masa tu, like kenapa kau tak nak habiskan nyawa aku kat sini? Kau bukannya kasihkan aku, sayang aku. Kau timpa aku dengan ujian. Kau buat aku jadi teruk, padahal aku yang teruk haha.
Sebabkan benda ni la ada satu hari tu aku sakit kepala yang teramat, dengan proposal IRK kena reject, dengan group mate ada yang tak mampu berdikari, semua benda nak aku ajar hatta benda simple kacang pun kalah (aku suka ajar tau, tapi disebabkan benda ni aku jadi menyampah gila dengan manusia tu, minta maaf tau teman).
To end the pain aku pergi klinik seorang je, dah lah kecewa aku tanyalah ada sesiapa ke yg free masa tu untuk temankan, tak ada siapa yang respon, yang respon pun ada kelas halah, syahdu nyalah aku masa tu. Halah halah.
Sampai klinik bila check bp, tekanan darah aku drop, doktor tanya kenapa aku sakit kepala, tak pasal-pasal aku menangis, aku cakap aku banyak benda fikir, sampai bila aku ada masalah sikit like wifi lembab pun aku boleh mengamuk lempar barang, mulut aku bising omel sana-sini, aku cerita banyak jugalah benda tapi tak berani nak terus terang sangat sebab takut doktor tu rujuk bahagian psikatri ke kan, haha.
End up doktor suruh aku rest sampai sebelum lab session untuk hari berkenaan and dia suruh aku promise dengan dia jumpa kaunselor. Selagi aku tak promise dia tak bagi aku balik haha. Nak balik punya pasal, aku promise walaupun akhirnya aku tak jumpa kaunselor sebab aku tak percaya kaunselor. Member aku yang sorang tu asyik marah aku je sebab tak jumpa kaunselor HAHAHAHAHAHA.
Oh ya, dengan gunakan ubat yang dia bagi masa tu, aku telan lagi melebihi dos sepatutmya.
Sekali lagi, aku kecewa sebab tak mati.
How I Manage to Heal Myself?
Actually aku tak rasa aku dah sembuh sepenuhnya, sebab memang aku tak jumpa psychiatrist, tekanan yang aku hadapi tahap berapa pun aku tak tahu, basically keluarga aku ialah keluarga yang tak ada awareness pasal mental health. Aku mengadu sikit dibantainya kata aku ni mengada-ngada. Pastu, diceramahnya lagi. Aku kata nak jumpa psychiatrist sebab jiwa aku sakit, aku rasa perit weh, mereka tak bagi respon.
Aku boleh agak mental health aku K.O sebab aku boleh rasa betapa lesunya aku, pernah buat ujian DASS pun markah depression tinggi, buat psycho test kat internet pun tinggi, tapi selagi tak jumpa yang bertauliah aku tak boleh simply jump to conclusions lah kan. So inisiatifnya, aku buat lah self-treatment. Aku yang ada kesedaran sendiri untuk keluar dari kepompong durjana tu.
Semua bermula lepas aku balik rumah untuk sambut Ramadhan. Hari pertama aku balik tu, aku mimpi adik nombor dua aku meninggal. Aku punya nangis tu tersedu sangat sampai mata aku basah dengan air mata. Pagi tu aku terbangun, aku terfikir, kalau aku mati nanti, macam mana aku nak bahagiakan keluarga kecil aku ni.
Siapa yang nak lunaskan janji-janji aku pada parents aku, janji nak bawa mereka pergi Mekah, janji nak kumpul property untuk mereka, janji nak sara hidup adik-adik aku, janji nak bagi duit gaji pertama aku pada nenek aku belah ayah, atuk dan mummywan belah ibu. Siapa yang nak buat kalau bukan aku? Masa tulah baru terfikir. Masa tu memang aku azam gila-gila benda pertama yang aku nak elak lepas ni ialah self-harming.
Balik ke UIA masa tu bersama satu azam yang tersemat di dada, iaitu nak jadi individu yang optimis. Sedih macam mana pun optimis. Susah macam mana pun optimis. Alhamdulillah, mungkin sebab bulan barakah, aku ada kekuatan nak berubah. Minggu terakhir CFS aku berakhir agak gembira walaupun yelah kau rasa senang ke nak fight dengan diri sendiri? Bisikan ajakan untuk self-harming tetap ada, tapi apa yang aku buat?
Aku sibukkan diri aku. Aku minta pada Allah sungguh-sungguh yang aku ni nak berubah. Aku minta Allah salurkan secebis kekuatan-Nya untuk aku. Kat sini aku nak highlight la supaya jangan kita underestimate the power of doa’.
Allah suka sangat hamba-Nya meminta, jadi jangan pernah putus asa untuk meminta. Study week berlalu dengan nais, aku study relax je, alhamdulillah Allah bantu aku dalam final sem exam of CFS tu. Sem 3 aku dean list weh. Alhamdulillah ala kulli hal.
Cuti 3 bulan? Apa yang aku buat? Aku banyakkan sibuk dengan jadi suri rumah sepanjang masa haha. Aku kemas rumah, aku jaga kucing aku, aku interact dengan depa, yelah aku seorang je cuti yang lain kerja. Kucing pun boleh bantu kita release stress tau. Mencabar juga bila tinggal seorang tapi alhamdulillah masa tu dah mula tak ada bisikan untuk aku self-harming.
Lagi satu, aku wujudkan aktiviti yang boleh bantu aku untuk tak hanyut dalam khyalan sendiri. Budak CFS mesti pernah perasan aku pernah up status wasap asking for recommendations regarding anime apa aku patut tengok. Ya, aku masa tu tekad nak belajar bahasa Jepun melalui anime. Sambil aku layan anime, aku add up vocabulary bahasa Jepun aku. Besides, aku boleh enjoy layan storyline anime tu. At least, I can feel the joy haha.
Aku pun selalu amalkan doa elak kesedihan setiap kali lepas solat so that aku boleh lupakan rasa sakit dalam jiwa tu. Ala, doa tu ada dalam mathurat yang kita baca hari-hari. Amalkan, dan yakinlah kekuasaan Allah, Allah mesti bantu punya.
Benda paling penting yang kita selalu pandang enteng ialah back to Allah. Aku sedar masa aku merana dulu, solat aku buat malas-malas, lambat-lambat, asal nak cepat siap. Quran tinggal terus, jadi semua tu aku perbaiki masa cuti hari tu. Aku banyak gak tengok video ceramah-ceramah, like petikan ceramah untuk aku hidupkan hati aku yang hampir mati.
Hurm, apa lagi eh aku buat? Aku enjoy muhasabah diri semula. Setiap malam, sebelum aku tidur, aku ambil pendekatan maafkan orang sekeliling aku. People said, forgiving means forgetting. Tak, bagi aku benda tu tak betul. Memaafkan pada hemat aku, bererti kau redha atas apa perkara buruk yang orang buat pada kau.
Wallahi, perkara jahat yang orang buat pada aku, pada family aku sampai sekarang aku masih ingat, tapi buat apa hati aku terus berdendam? End up hati aku yang sakit, hati aku yang merana. Toxic people pun gembira tengok kejatuhan aku. Aku takkan sekali-kali biarkan aku kalah dengan inner self aku.
NOT AGAIN!
Dan alhamdulillah, sejak masuk 1st sem degree ni, aku belajar untuk jadi aktif berpersatuan, aku bolot belaka. Mana-mana yang ada program atau memerlukan komiti, aku cepat-cepat hantar nama. Kelas bahasa Mandarin pun aku join, semua untuk memastikan aku sibuk dan tak rehat macam dulu.
لا راحة إلا في الجنة
Aku berpegang kepada konsep, tiada rehat melainkan di jannah. Dunia tempat aku berpenat, akhirat tempat aku berehat. Alhamdulillah salah satu inisiatif aku untuk kukuhkan al-Quran yang kian pudar di dada ni dengan aku start balik mengulang slow-slow, aku tahu aku tak hebat al-Quran maka aku kena find way to make it long last in myself.
Sampai sekarang, kalau orang tanya ada sesiapa tak yang from DQ, aku memang takkan mengaku, sebabnya aku masih lagi bertatih. Huhu. Mana tahu, bertatih ni la asbab aku ke jannah-Nya.
Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa aku yang lalu dan kau yang membaca ni. Buat yang mengenali diri, ku pohon doa kalian agar aku terus kuat dan takkan jatuh ke dalam gaung lagi.
Cuma satu aku nak pesan, jangan hakimi penghafaz Quran yang hadapi masalah seperti aku dengan lontaran kata nista mengatakan iman kami lemah. Bukan iman kami lemah, cuma kekuatan yang ada kian meruntuh, ingat, penghafaz Quran tidak terlepas weh, mungkin dalam 1:100, haa aku lah golongan 1 tu heheh.
Alhamdulillah, now I’m an optimistic person!
– Koharu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tenkiuuu kak ..akk bukn keseorangan tau sbb sy pon tengh diuji bnde yg sme kwn ii sy da biase mghfl sjk skolh rendah sdgkn sy 1 page sehari pon blom mmpu ..akk doakan sy x give up ya
Tenkiu kak..akk x keserongan err ..sy faham sgt dgn bisikan ii tuu ..sy pon masih lwn bisikan ii tu walaupun kite ni penghafaz tapi kite pon manusia jgk ..sy pon tgh diuji dgn hafzn ..kwn ii sy sume laju ii yela sbb dorg mmg da dikatih dari skolah rendah tapi sy harap sy x give up..akk jgn lupekan sy ye
Tenkiu kak..akk x keserongan err ..sy faham sgt dgn bisikan ii tuu ..sy pon masih lwn bisikan ii tu walaupun kite ni penghafaz tapi kite pon manusia jgk ..sy pon tgh diuji dgn hafzn ..kwn ii sy sume laju ii yela sbb dorg mmg da dikatih dari skolah rendah tapi sy harap sy x give up..akk jgn lupe doakn sy ye