Sementara mak abah kau masih hidup. Balas lah jasa mereka. Kecil atau besar tak penting. Yang penting kau kenang perngorbanan mereka.
Sementara ada mak abah ni usahlah lagi kau mengeluh membentak. Mengeluh sebab mak minta tolong kau belikan kicap sebab dah habis. Dan kau pula boleh membentak tak nak pergi. Kalau kau pergi pun, kau buat tanpa ikhlas. Dengan siapa lagi mak nak berharap kalau bukan kita.
Bayangkanlah, kau duduk main telefon bimbit kat atas katil berjam-jam, bila mak suruh banyak sahaja alasan. Jadi, berhenti membentak. Sungguh perbuatan itu berdosa dan syurga itu dibawah kaki tapak kaki ibu.
Sementara ada mak abah ni eloklah kau bawa diorang jalan-jalan walaupun diorang tak ajak. Bukan apa sampai satu masa diorang dah tak nak keluar rumah, uzur, sakit dan tak ada daya untuk berjalan lagi. Ketika itu jangan kau menyesal lagi.
Sementara ada mak abah ni kau kutiplah segala maklumat tentang diri mereka. Kau kutiplah segala nasihat dari dia. Kau tanyalah kisah hidup dia. Supaya boleh diceritakan pada anak-nak kau.
Kelak bila mereka tiada atau sudah tua kerana nyanyok kau tak dapat apa-apa pengajaran lagi dari mereka. Saat itu jangan menyesal.
Sementara mak abah masih ada ni kau minta lah doa dari mereka. Mintalah mereka doakan kejayaan, kemudahan, kesenangan, dari mereka kerana sungguh doa ibu bapa adalah makbul. Jangan malu kelak kau menyesal kerana hilang sudah berkat doa dari mereka.
Sementara mak abah masih ada, Berpakatlah dengan adik beradik untuk berkumpul. Kerana dengan ini sahaja hati mereka terubat melihat anak-anak dan cucu. Sungguh sebenarnya dalam hati mereka penuh kerinduan yang mendalam kepada anak-anaknya jauh dimata.
Sementara mak abah masih ada cuba kau bagi pelukan. Pelukan yang mendalam. Malu? Ya aku pun malu. Tapi aku paksa buat juga. Lepas tu kau tanya apa perasaan mereka selepas kena peluk? Aku dapat jawapan yang tak disangka. Rasa suka. Rasa best. Rasa disayangi. Apa kata kau cuba pula.
Sekian Terima Kasih.
– Tok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit