Point of View Ibu Mertua

Hai readers, first time menaip kat sini. Kalau admin approved, thanks admin. Saja la nak kongsi atau senang cite meluahkanla apa yang terpikir dibenak ini.

Nama aku Farha (Bukan Nama Sebenar) hehe, seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Aku dengan suami berkenalan masa kat U lagi, berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin dalam masa 7 tahun. Kira lambat kan tempoh berkawan ke berkahwin tu.

Before kahwin husband aku memang tak exposed sangat pasal family die and dengan family aku pun die tak pernah tunjuk muka. First time jumpa masa aku da start kerja sebab tempat kerja dekat dengan rumah family dia. Husband aku pun proper jumpa family aku that day masa kitorang tunang je.

Ok. Cukup untuk introduction itu. Kat sini aku nak cerita pasal point of view seorang ibu mertua. Aku tak pasti mak mertua korang macam mana, tapi kalau ada yang sama macam aku, yeayyyy.. haha.

1. Mak mertua ni anggap anak diorang malaikat, so that korang jangan pernah mengadu or cerita anything bad pasal anak diorang kat die. Sebab in between die akan blame kau balik. Even kau cuma nak cerita rutin harian anak die je yang lain dari yang lain. Kefahaman die adalah berbeza iaitu kau salah kenapa kene mengadu benda tu tak jaga aib suami.

2. Kalau kau dengan husband kau ada masalah and dia tau, die akan cuba untuk terlibat dan join sekali susah hati dengan anak dia, dia akan nasihat kan kau untuk mengalah berbincang jangan jadi isteri derhaka, even masalah yang ko tengah deal dengan husband kau datangnya dari husband kau sendiri. Kau kene mengalah sebab anak dia tak pernah salah.

3. Relate pada point nombor 2 tu, kalau anak dia tension sebab kau, yang dia fikir semua tu sebab salah kau sebab kau tak tolerate dengan anak dia, nak itu nak ini tak sedar diri menyusahkan anak dia. Sebab apa yang anak dia buat semua nya yang terbaik yang anak dia buat jadi kita sebagaisteri kene selalu sokong dan support dengan sebaik mungkin dan terima seadaanya.

4. Jangan pernah bagi cadangan atau pendapat tentang macam mana dia nak urus life anak dia, sebab dia tau yang terbaik untuk anak dia. Kalau kau rasa apa yang anak dia buat tu salah, kau biarkan je sebab anak dia tak pernah salah even end up kau akan nampak situasi anak2 dia buat kerja separuh jalan je dan menyusahkan dia jugak nanti. (Kadang kita tau sebab dah selalu jadi benda yang sama)

5. Kau jangan pernah sekali-kali jadi isteri derhaka depan dia. Bila depan dia, even kau bengang dan geram sekali pun dengan anak dia sila bersabar. Kau layanlah anak dia macam raja yang disanjung tinggi. Jangan mengarah, jangan marah, cakap lembut-lembut jadi isteri paling solehah sekali even masa tu husband ko buat perangai taik (sorry).

Sebab bila kau buat macam tu, dia akan chop kau sebagai perempuan tak guna, tak pandai jaga suami, kurang ajar. Even masa kau tegur suami kau tu dengan nada yang normal tapi tegas. Isteri tahu dosa pahala kan dengan suami.

6. Sila jaga anak korang sendiri, mak mentua korang bukan pengasuh anak2 korang, dia dah tak larat dah nak jaga budak2 kecik . Yang ni aku setuju sebab aku pun tak boleh terima kalau balik rumah mentua lepas tu tinggalkan cucu kat nenek dia, pastu laki bini keluar berdating, mak mentua memang akan jaga, tapi bila dia sendirian tengah stress ke apa, semua tu akan diungkit dikemudian hari.

Macam kes aku, aku kalau aku balik rumah mentua, seboleh nya aku tak nak susahkan mak mentua aku, honestly, tapi anak dia (husband) akan cuba cari peluang nak relax2, suruh adik or mak die yang uruskan anak, bila aku tegur or geram, dah aku pulak kene chop kurang ajar dengan suami.

7. Mak mentua kite akan insecure kalau menantu dia tak bekerja, kesian kat anak dia membanting tulang sorang diri cari rezeki. Isteri kene sama-sama cari rezeki bantu suami kalau suami tu tak mampu. Jangan harapkan suami je.

Dalam bahasa mudahnya, jangan nak susahkan anak dia sangat. Kene tolong. Suami dah bagi kepercayaan keizinan untuk bekerja pegang duit sendiri, jadi kite kene pergi bekerja membanting tulang empat kerat bersama-sama suami ye.

Rasanya cukup kot sampai disini. Ini apa yang aku nampak dari sisi apa yang aku hadapi la. Kalau korang ada experience lain boleh la share sebab ada je kan yang mertua dia lagi sayang menantu dari anak sendiri. Dan itu pun bergantung pada mertua tu sendiri. Apa yang aku nak cakap, perkahwinan melibatkan 2 keluarga. Jadi penerimaan itu adalah lain antara dua keluarga.

Even dah jadi family honestly gap tu seakan masih ada. Baik la macam mana pun, tittle ‘orang luar’ tu masih ada. Jadi sebagai menghormati suami kita hormati dan jagalah hati insan yang lahirkan dan besarkan suami kite jugak.

Lagi satu, apa pun masalah suami isteri, tak perlu la sampai ke pengetahuan mak ayah, penerimaan mereka berbeza, bila ada masuk campur pulak akan jadi cerita lain. Betul kan orang cakap, mak sendiri punya kasih sayang takkan sama dengan kasih sayang mak orang lain.

So korang yang masih ada mak tu, hargai lah mak korang. Mak akan defend dan back up anak dia sebaik mungkin untuk pastikan anak dia berada di tempat yang terbaik. Aku dah tak ada mak dah, mak aku dah balik rumah abadi dia. Mengharap menumpang kasih ibu mertua je sekarang ni.. huhu (awkward lough)

Okla.. Terima Kasih Sudi Baca…

– Farha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *