Hi. Aku perempuan, awal 30 dan masih bujang. Seorang pekerja swasta di salah satu Bandar besar Malaysia. Pendapatan aku, Alhamdulillah, boleh dikatakan besar. Aku menetap bersama Family. Seperti tajuk di atas, “Bread Winner” pasti pembaca dah dapat teka hala tuju confession aku. Tapi kenapa Bullied Victim?
Sebelum aku teruskan cerita aku, aku perlu terangkan sedikit latar belakang keluarga aku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana ekonominya tapi besar. Ada seorang abang, 3 orang kakak dan 3 orang adik perempuan. Adik beradik aku semuanya berpendidikan tinggi kecuali Abang.
Abang sulung aku adalah drug addict dan pusat pemulihan adalah rumah kedua beliau. Kak ngah dah berkahwin, dan menetap diluar Negara kerana ikut suami bekerja di sana. Kak Lang dan Andak juga dah berkahwin dan bekeluarga. Ketiga-tiga mereka adalah suri rumah. Nasib Kak Ngah dan Andak baik kerana berkahwin dengan suami yang stabil ekonomi nya.
Namun malang buat Kak Lang, hanya sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kak Lang berhenti kerja kerana terpaksa menjaga anak. Upah pengasuh di kawasan tempat kak Lang lebih dari kemampuan dia, disamping anak-anak yang ramai.
Adik bawah aku, Perempuan, bujang dan degree holder. Kerja yang dibuat layaknya untuk executive, tapi gaji yang diterima adalah gaji lantai Malaysia. Bukan dia tak berusaha untuk dapat kan kerja yang lebih baik.
Aku saksi bagaimana dia berhempas pulas pergi job fare, drop resume dan apply online. Jawapan yang dia terima selalu mendukacitakan ataupun rate gaji yang tak jauh beza dari kerja sekarang. Sudahnya, dia tiada pilihan selain terus bekerja disitu.
Seorang lagi adik aku baru habis belajar ,banyak menghabiskan masa dalam bilik, siang malam menghadap phone ataupun Laptop kerana addicted dengan kumpulan kpop. Tak ada usaha untuk mencari kerja. Nak berehat dulu katanya. Dan adik last aku sekarang tingkatan 5. Aku dan adik-adik masih tinggal di rumah parent.
Mak Ayah aku dah bersara. Ayah, duit KWSP habis bayar hutang AhLong. Hutang AhLong sebab pengaruh MLM. Diperdaya kawan untuk pinjam buat modal Bussiness MLM yang akhirnya tak ke mana. Senyap dan sepi je business nya. Ayah langsung tiada simpanan dan tidak bekerja selepas bersara atas masalah kesihatan. Mak juga sudah bersara. KWSP mak masih selamat. Itulah talian hayat terakhirnya. Simpanan terakhir.
Sekarang boleh Nampak kenapa aku jadi Bread Winner? Yes, aku sorang dalam keluarga besar ni yang bekerja dengan pendapatan yang mampu untuk menanggung semua. Semua. Sewa rumah, Bil Air, electric, wifi, groceries, top-up Mak ayah, duit minyak, and the list go on. Semua adalah dalam tanggungan aku.
Dari aku start bekerja sampai sekarang (lepas aku start kerja, Mak & Ayah bersara). Abang memang tidak pernah menyumbang untuk keluarga. Kakak-kakak tidak bekerja,walaupun abang ipar ada menghulur wang, tetapi jarang-jarang. Adik yang bekerja, gaji hanya cukup-cukup makan.
Boleh dikatakan 80% gaji aku adalah untuk menanggung segala perbelanjaa dalam rumah ni. Dulu aku boleh dikatakan sebagai perfect child. Aku pelajar cemerlang dari sekolah sampai zaman Universiti, rajin uruskan rumah, masak, mengemas, basuh bilik air, anak yang paling hormat mak ayah dan semua yang baik-baik.
Mak Ayah selalu jadikan aku sebagai contoh untuk adik-adik dan adik-adik pun memang jadikan aku someone yang mereka look up to. Kakak-kakak banyak meluah perasaan pada aku. Tidak kira lah masalah rumah tangga mahupun kewangan. Aku juga Banker mereka. Sesiapa yang perlukan bantuan kewangan memang aku yang di cari. Mak Ayah juga suka berbual dengan aku.
Pergi mana-mana minta aku hantar. Bila ada apa-apa kejadian atau keputusan yang perlu dibuat, Mak Ayah akan berbincang dengan aku. Mak Ayah rajin bercerita tentang betapa perfectnya aku pada sedara mara dan kawan-kawan.
Sampai suatu hari, aku dapat call dari psikiatri. Guess what? Adik bawah aku alami tekanan dan kemurungan yang teruk. Sebab apa? Sebab aku. Dia alami tekanan sebab tidak dapat match dengan aku. Dia selalu dibandingkan dengan aku. Aku perfect. Aku sempurna. Dia rasa sampah. Kenapa aku, boleh dapat kerjaya idaman, gaji besar, disenangi mak ayah, tapi dia suffer nak dapat semua tu walaupun dah berusaha teruk.
FYI, dia pernah menganggur lebih 8 bulan selepas grad. Hari-Hari mak ayah push supaya dia cari kerja. Aku sendiri juga dapat rasakan layanan Mak Ayah terhadap aku, dan adik aku berbeza pada masa ni. Tapi aku buat tak ambil pusing kerana anggap mak dan ayah hanya concern.
Start dapat tahu pasal tu, aku mula slow down. Urusan perbelanjaan rumah, masih dalam tanggungan aku, memandangkan adik aku belum mampu untuk beri contribution. Tapi aku slow down dalam urusan rumah dan hubungan dengan mak ayah. Aku sedar, aku tak boleh ambil semua kredit. Aku jarang kemas rumah, jarang memasak, jarang berbual dengan mak ayah and ect.
Aku balik kerja lambat. Clock out 5.30pm, tapi sampai rumah pukul 9/10 malam. Aku pergi jalan dekat park, mall, atau pun aku hanya iktikaf dekat masjid. Balik kerja aku terus masuk bilik, tidur. Hubungan aku dengan Mak Ayah jadi renggang. Sampai suatu hari tengah makan, mak cakap aku banyk berubah, tak macam dulu. Aku jadi pendiam, tak banyak masa dengan keluarga, dan makin malas.
Mak puji adik rajin kemas, selalu teman mak pergi masak, adik masak sedap. Aku tak tahu perkembangan kemurungan adik aku. Tapi yang aku Nampak dia semakin okay dan ceria lepas aku slow down.
Bullied Victim? Tak, aku bukan dibuli oleh Family. Tapi aku dibuli di tempat kerja. Kontra kan? Watak aku ditempat kerja dengan rumah sangat lah berbeza. Rumah, aku played big role, so aku perlu untuk jadi kuat, aku perlu dijadikan contoh, tanggungjawab aku besar so aku played strong character dekat rumah.
Someone yang keluarga aku boleh depends on. Someone yang menyenangkan semua orang. Ceria, Berprinsip, matang dan bijak buat keputusan. Perfect child mak ayah, someone yang adik-adik look up to, penasihat paling bernas untuk kakak-kakak, tapi hakikatnya dekat tempat kerja aku dibuli?
Luar rumah, bila aku bukan dengan keluarga aku, aku terlalu pendiam, socially awkward, kurang keyakinan diri, jarang menyurakan pendapat dan langsung tidak pernah marah. Masa kerja aku banyak ikut je. Character ni lah yang buat aku senang dibuli.. Aku kerja dekat company yang sama hampir 10 tahun. Dari lepas grad sampai sekarang. Aku dah 3 kali naik pangkat. Sekarang aku kena lead 6 orang pekerja bawah aku. 3 orang darinya adalah super senior aku yang dah kerja lebih dari 15/20 tahun.
Aku tak dibuli physically tapi lebih kepada mentally. Contoh buli dari mereka adalah setiap pagi aku wajib singgah gerai belikan sarapan diorang(kadang-kadang bayar balik, kadang-kadang tak), alasan sebab laluan aku pergi kerja.
Ada je 2/3 orang yang lalu jalan sama. Kenapa aku sorang? Kenapa tidak bergilir? Hantar balik rumah. Dia selalu guna “Akak nak tumpang balik” tapi laluan balik kami berbeza. Bila aku menolak, dia tetap memaksa. ‘Ala, sekejap sahaja. Ala dekat je” Kadang-kadang tak bagi tau pun, terus masuk kereta aku. Waktu rehat tak ada yang nak rehat dengan aku atau ajak keluar. Laju je masing-masing keluar.
Tau-Tau update status di media social makan dekat restoran tu, restoran ni. Sedih.. Alasan? Lupa nak ajak. Tapi balik pandai pulak naik kereta aku. Bila aku suarakan, okay, aku pulak yang kena pulau. Bila kena pulau ni sedih, tertekan, rasa loser. Aku pernah kena pulau hampir setahun. Sudahnya, aku Cuma follow dan layankan je lah.
Bab kerja lagi lah susah, lagi-lagi dengan super senior. Aku bagi arahan, tapi selalu dipersenda. Selalu MC/Cuti dan tinggalkan kerja yang berlambak-lambak. Aku lah yang kena settle. Kalau tak settlekan, aku jugak yang kena menghadap Big Boss. Tak tahu lah potensi apa yang big Boss Nampak pada aku sampai dia naikkan pangkat aku. Aku rasa aku tak lebih dari seorang loser.
Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku socially awkward, kenapa aku kurang keyakinan diri, kenapa aku tak boleh nak marah, say no, or ect? Sebab dari awal aku dah digrooming macam ni. Mak besarkan kami adik beradik dengan sangat tegas(ayah langsung tak amik port). Waktu kanak-kanak dan remaja kami tiada TV, tiada HP, tiada main dekat luar, spend time dengan kawan-kawan.
Waktu remaja tiada pakaian yang sesuai dengan trend. Yang kami tahu belajar dan belajar. Pergi sekolah kawan-kawan bercerita pasal cerita tu, cerita ni, aku langsung tak boleh nak masuk, ketinggalan sebab langsung tak tengok TV.
Ajak keluar pergi mall, makan fast food, karoke, tengok gig, join sukan, semua aku tak boleh join sebab Mak tak bagi. Dekat rumah pun kami tiada entertainment. Tiada hobi. Mak ayah tidak pernah bawak kami keluar atau bercuti kerana sibuk kerja.
Bab boyfriend lagi lah. Dari kecik kami dimomokkan yang lelaki ni tidak berguna. Contoh terdekat abang dan ayah. Abang dadah, ayah culas nafkah. Kami dilarang bercinta zaman sekolah dan university, lagi-lagi selepas kakak-kakak kahwin awal (as usual, sedara mara mengata).
Sudahnya, kami adik beradik macam kayu. Tak pandai bersosial, kami tak exposed dengan dunia luar, kami jadi sangat timid. Kawan-kawan lari sebab bila bergurau kami tiada reaction atau tidak faham. Heatless, tak tahu lah tengah gembira atau sedih.
Bukan aku hendak salahkan mak dalam hal ini, tapi pada aku, ini punca kenapa aku tidak boleh nak bawak diri bila di luar. Orang anggap aku membosan kan. Mereka tidak suka keluar atau berbual dengan aku sebab aku awkward.
Aku confess bukan aku nak menyalah kan sesiapa, cuma aku hendak meluah. Di bahu aku, bebanan untuk menanggung keluarga aku rasakan berat. Dalam masa yang sama tekanan aku dekat tempat kerja jugak menyesakkan dada aku. Aku tersepit.
Aku tak tahu aku hidup untuk apa. Aku rasa keliru dengan diri aku. Aku tak tahu apa yang aku nak, Aku tak tahu apa yang aku rasa, dan aku tiada rasa. Hidup sekadar bekerja untuk hidup.
TABAH…
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit