Angan-angan Jadi Cita-cita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Normally I just read the articles and this is first time for me to write the article. Kalau baca tajuk pun dah boleh agak. Sebelum tu aku nak minta maaf kalau gaya penulisan aku ni caca marba sikit..

Aku asalnya hanya budak kampung yang bukan dikategorikan dalam keluarga yang berada.. Masa kecil aku dok dengan arwah Tok aku selalu jugalah aku teman dia hantar kuih waktu awal pagi dekat gerai.. kadang pukul 3 pagi dia dah bangun untuk siapkan kuih.

Bab mandi air telaga tu biasalah, rumah pun cuma pakai pelita. Nak menonton tv terpaksa pergi dekat rumah jiran. So dari kecik dah biasa hidup susah. Tapi aku selalu berangan bila besar nanti aku nak dapat kerja yang bagus dan stabil. Kalau boleh tak mau hidup susah. Kadang bila nampak kapal terbang atau nampak helikopter lalu aku akan jerit panggil kapal terbang sebab nak naik kapal terbang.

Kemudian, bila dah sekolah rendah aku pernah teman sepupu aku pergi ke airport Subang dalam tahun 1996 kalau tak silap. Masa tu dia nak sambung study dekat US. Bila aku tengok dia dapat naik kapal terbang aku selalu berdoa yang suatu hari nanti aku dapat juga sambung study dekat oversea sebab nak merasa naik kapal terbang.

Bila result STPM keluar aku terus applied untuk sambung degree dalam course Perhubungan Antarabangsa sebab boleh jadi diplomat. Boleh naik kapal terbang dan melihat negara orang. Minta pula nak sambung dekat UMS (Universiti Malaysia Sabah) sebab niat aku nak merasa naik kapal terbang tapi bukan nak belajar sangat pun.

Tapi tu lah kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Mungkin disebabkan niat aku yang terpesong tu, Allah tak tunaikan. Yela orang suruh p belajaq bukan p main.. Yang sedihnya semua course yang aku minta tak dapat walaupun result STPM aku bukan teruk sangat pun. Member aku yang result lagi rendah pun dapat masuk USM. Time tu aku rasa looser gila. Sedih pun ada.

Jenis aku sedih dan frust ni tak lama sebab hidup mesti diteruskan. Lepas tu aku pun sambunglah degree dekat 1 IPTS ni. Aku ambik kos Perniagaan Antarabangsa major in Marketing sebab aku suka kerja yang deal dengan orang. Ditambah pula sebab keazaman aku yang memang berazam nak naik kapal terbang tak pernah pudar.. Masa ni lah aku berjaya capai impian aku nak naik kapal terbang. Alhamdulillah..

Bila dah berjaya capai impian aku nak naik kapal terbang, aku harap aku boleh travel and do the business in other countries. Disebabkan niat aku tu, I was choose to do the internship at the company that they have branches in oversea.

Masa praktikal ni memang aku buat betul-betul supaya aku boleh terus kerja dekat situ dan score A untuk praktikal. Tapi sayang tak lama lepas tu company tu terpaksa ditutup. Bos tempat aku praktikal walaupun dia India tapi baik sangat. Aku anggap macam bapa sendiri. Sebab cara dia mengajar dan nasihat ibarat macam seorang bapa mengajar anak.

Lepas tu terpaksalah cari kerja lain tapi still dalam bidang sales and marketing sebab aku studied marketing dulu. Dari 1 company ke 1 company. Lepas tu aku dapat offer kerja dengan 1 US company ni, kerja buat sales and marketing. Kena cover South East Asia market. Tak lama lepas tu ekonomi teruk bila kerajaan started to implement the GST.

Mak aku pula sakit dan aku pun fikir juga macam mana aku nak berikan kehidupan yang selesa andaikata aku dah kahwin dengan ex gf aku masa tu kalau aku still stay living in Klang Valley. Tak lama lepas tu terus aku hantar surat resign walaupun masa tu kami tengah prepared nak participated in 1 exhibition in Indonesia. Masa tu, aku anggaplah takda rezeki dan bagi aku mak aku lagi penting.

Kemudian, aku hantarlah resume via jobstreet dan ada 1 company yang sekarang ni. Dia panggil untuk interview. On my interview, the marketing manager asked me why I want to resign? I told her that, actually I have no problem with the company. The reason I resigned because I plan to get married with my ex gf and stay back in my hometown.

Kira total 4 kali aku kena interview dekat company yang sekarang ni sebelum aku berjaya diserap masuk. Alhamdulillah aku berjaya juga dapat kerja yang sekarang ni dan tugasan aku kena handle Middle East market dan setiap tahun aku dapat naik kapal terbang.

Sekarang ni sambil kerja aku ada juga buat bisnes. Aku harap, bisnes yang aku buat ni mampu untuk dikembangkan ke negara lain. Sebab impian aku nak sediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

I love my country! Andaikata waktu aku hidup tak sempat nak kembangkan ke negara lain, aku harap sangat pewaris aku berjaya lakukan walaupun sekarang ni aku masih belum berkahwin.. (Berangan tak rugi)

Kesimpulannya, jangan takut untuk berangan dan berusaha untuk menjadikan angan-angan kita tu menjadi realiti. Teringat lagu apa khabar nyanyian Joe Flizoe. Dalam tu ada bait lirik ‘angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita. Siapa kata ku bermimpi, doaku pada Yang Esa.

– Nas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *