Bukan Kedekut Ilmu, Tapi…

Aku seorang pelajar Sem 3 di sebuah institusi pengajian awam dalam kursus IT. Alhamdulillah, aku dapat belajar benda yang aku minat. Benda yang aku ada passion. Mungkin kerana itulah, aku mendapat result yang bagus dan 2 semester lepas mendapat anugerah dekan.

Aku ada kawan rapat, dua orang masa belajar dekat sini. Boleh kata merekalah orang yang aku paling percaya dekat sini. Tak macam aku, mereka ni tahap sederhana dalam belajar. Tapi aku tak kisah. Bila mula menjejak kaki disini, aku tak lihat orang tu pandai atau tidak. Bijak ke tak.

Sepanjang aku dari kecik duduk kelas depan, aku dah experience berada di kalangan budak ‘bijak’. Bukan semua boleh pakai. Masa sekolah menengah pun, aku punya kawan kebanyakannya dari kelas belakang. Kawan baik aku pun budak kelas belakang tapi dialah orang yang akan berada disisi dan sentiasa tolong aku.

Bagi aku, kau baik dan kau nak berkawan dengan aku, aku boleh berkawan dengan kau. Dan sejak sem lepas, aku berkawan rapat dengan mereka berdua sampai sem ini. Cuma aku hadapi satu dilema semester ini. Aku cuba menidakkan tetapi makin lama semester ini akan berakhir, makin aku sedar. Tentang kawan yang aku rapat. Dua orang tu kita namakan sebgai AA dan BB.

Semester ini, aku rasa mereka berdua terlalu bergantung dekat aku especially tentang belajar atau lebih tepat dalam assignment. Semester ini, aku ada dua subjek yang melibatkan programming/coding. Senang cerita mula mula aku buat dengan si AA sebab AA ni roomate aku. Ni pada awal semester untuk pengetahuan semua. BB ni duduk asrama.

Sebelum ni, kita bertiga tak pernah duduk sebumbung sekali. Jadi ini first time duduk sebumbung dengan AA. Tapi aku perasan kadang kadang bila kerja coding, aku buat sorang. Bukan kadang – kadang pun tapi memang 100% aku buat. Tapi aku tak salahkan dia. Sebab aku memang seorang yang laju. Bila dapat assignment aku terus buat dan kerja aku tu aku selalu tetapkan dalam tahap tinggi dan mesti perfect. Aku jujur, bukan semua boleh follow aku.

Tapi bila aku tengok balik, AA sendiri tak pernah bersungut bila aku buat sorang. Tak pernah macam bersungguh nak buat. Macam gembira bila aku yang buat. AA pun memang masa sekali rumah dengan aku, hampir tiap hujung minggu tak ada dekat rumah. Lepastu AA kata dia ada masalah duit dan pindah ke asrama dengan BB.

Lepas AA pindah, aku cakap dekat mereka berdua lepasni korang coding buat satu group. sbb AA dah duduk dengan BB dan lagi senang macamtu. Jadi, aku buat sorang sebab lecturer tak kisah aku nak group atau tidak. Lepastu aku cakap lagi, “kalau korang nak suruh aku mengajar cakap je atau datang rumah aku.”

Aku ni suka mengajar orang terutamanya budak kelas aku. Walaupun ada beberapa aku tak boleh ngam, kalau mereka suruh aku ajar, aku akan ajar. Sebab aku suka mengajar. Entah kenapa, aku selalu dapat kepuasan bila mengajar orang. Rasa gembira dan nikmat. AA dan BB pun sejak hari tu selalu datang rumah aku. Mintak ajar coding.

Sampailah satu tahap, aku rasa rimas tiap kali mereka datang. Sebab aku tak rasa aku mengajar mereka, aku rasa aku “menyuap” mereka. Lepas tiap kali aku tengok coding mereka, aku nak marah sebab basic pun boleh salah. Kalau masa mula mula tak apalah. Tapi berkali kali datang, aku kena betulkan benda tu.

Jadi annoying sebab rasa macam mereka tak belajar betul betul. Lepastu bila nak suruh aku mengajar macam tak fokus, pasang lagu kuat kuat. Lepastu AA main henset, BB je pegang laptop. AA kadang kadang tengok tapi gitu gitu jelah. Lepas rommate aku tu kawan baik BB, and borak lah panjang. Bila aku check coding, cakap salah kat mana, kadang kadang aku kena tunggu dorang habis bual.

Lastly apa aku buat, aku ambil laptop dorang aku tulis dan siapkan. Aku terangkan tapi tak tahulah masuk kepala ke tak. Janji dorang balik. Yelah dah la kacau hujung minggu aku. Aku pun nk rehat. Kadang kadang aku cakap aku penat pun, mereka tetap nak datang.

Tapi oklah. Biarlah aku try think positive. Maybe mereka tak pandai tentang coding, yang lain mesti ok kan. Kami ada ambil subjek perniagaan(tetibe..haha), dan memang kami group bertiga. Bila ada assignment dan sebagainya, aku yang selalu kena cover. Kita bahagi dan aku selalu ambil lebih sebab aku takut mereka tak sempat. Mereka ni selalu ada program sebab budak majlis pelajar katakan.

Lepastu apa yang mereka berdua hantar dekat aku. Satu page document tak sampai separuh untuk soalan 8 markah. Hantar malam sebelum esok tarikh akhir. Aku siap 2 hari sebelumnya dan aku ambil dalam 3 soalan. Dorang aku kasi kongsi satu soalan 8 markah. Dan malam tu jugaklah aku coverkan kerja dorang dan tambah sampai 2 mukasurat panjang. Kalau ikutkan banyak lagi kes macam tu. Buat asal siap. Takada komitmen langsung.

Lepastu ada satu hari, aku tak dapat nak ajar dorang coding sebab aku busy dengan kerja lain, dorang macam terus tarik muka. Lepastu, hari keesokkannya harinya, aku kesian tau. Dorang nampak lost. Aku cakap boleh aku nak ajar. Cuma lepas kelas ni aku kena print kerja untuk satu subjek ni(dorang tk ambik subjek ni) dan lepastu kita jumpa kantin. Dorang pun balas, buatlah dekat library sebab sejuk. Aku cakap aku tak sihat dan tempat print kerja memang jauh dengan library.

Lepastu tahu apa dia balas. AA balas “Tak apalalah awak, pandai pandailah kitorang jaga diri. Dah besar kan”. Lepastu dorang pun pergi dan aku pun macam pelik. Aku tahulah bising tapi nak buat macammana. Aku pun sakit time tu. Nasib baik aku offer nak tolong. Lepastu aku check kantin, dorang tak ada. Aku pun balik.

Dalam malam tu ke petang tu ke, dorang mesej cakap coding dorang tak jadi. Dorang dah buntu dan aku balas aku memang tak sihat ni. Lepastu BB cakap tak apalah. Aku rasa bersalah gila time tu. Aku nak jaga persahabatan kita. Tak nak retak sebab bab kerja mereka memang macamni. Tapi bab kawan mereka memang baik.

Cuma satu insiden jadi buat aku hilang sabar dan persahabatan kita retak. Kelas aku aku ada anjur program santai di pantai. Kita bertiga bercadang untuk sewa kereta ke sana. dua hari sebelum tu pun aku ada tanya macam jadi tak pasal kereta tu dan mereka cakap jadi je. Hari sehari sebelum tu program tu, BB pun mesej PA dalam group chat kelas kitorang cakap tak boleh pergi dan buat list siapa tak boleh pergi. Nama mereka berdua ada.

Aku pun macam pelik tak boleh pergi sebab aku tak tahu apa apa. Tapi aku sanggup tunggu sampai malam untuk mereka at least cakap lah personal. Yelah sebab kita kawan kan. macam “Sorry kereta tu tak jadi sebab asrama ada program” ke macammana ke. Sebab aku dapat tahu dari group chat tu je. Kalau tak memang tak tahu.

Lepastu aku pun mesej ketua program tanya tentang tempat nama apa sebab aku nak naik grab je lah. Tapi ketua program tu kesiankan aku dan tumpangkan aku. Pagi esoknya, masa nak bersiap. Tiba tiba BB mesej aku. Aku ingat inform ke apa. Nak sorry ke kan. Dia mesej aku cakap lepas program asrama tu dia nak datang rumah sebab coding dia tak jadi. Aku terus naik marah. Bab kerja ingatlah aku. Aku tanya kenapa tak cakap apa apa pasal tak boleh pergi tu..

Dia cakap sorry dan dia ingat aku tahu sebab dalam group kan ada list nama dia sekali. Aku pun cakap aku tahu dan aku cakap at least cakaplah sepatah. Lepastu dia balas cakap aku marah ke? Aku cakap tak marah, cuma kau tak cakap apa apa. Lpstu dia senyap. Tak datang rumah aku. Entahlah aku tak tahu aku ni overly sensitive atau apa, tapi kalau kau ada kawan dan kau dan janji sama sama, at least cakap personal atau inform lah personal.

Ye aku memang dah tahu dari group tapi at least cakaplah satu dua. Aku pun faham je kalau tak boleh pergi sebab tak ada pelepasan. Tapi apa dia buat tu buatkan aku rasa macam aku ni bukan kawan dorang dan dorang hanya perlukan aku bila bab kerja. Hari keesokkannya, dalam status dorang, aku nampak dorang sewa kereta dan keluar jalan jalan bersama. Siap caption macam nak perli pun ada. Tapi biarlah kan. Husnuzon.

Hari menjelang kerja berlambak dan projek tiba. subjek coding memang ada projek. Aku lepas je insiden macamtu jadi, aku start berbaik dengan CC(karakter baru) dan buat kerja dengan dia. Walaupun ada certain benda aku tak boleh ngam dengan dia, tapi sebab dia pun macam aku, kerja selalu siap. Bila group dengan dia, aku tak pernah rasa risau sebab dia akan siap. Kerja hari ni buat esok hantar. Kerja memang berkualiti.

Aku rasa tenang buat kerja dengan dia sebab bila dengan AA dan BB, aku selalu kena tanya siap dah ke. Lepastu satu benda buat kerja dengan AA dan BB ni kau kena cakap satu satu dekat dorang. Jangan harap mereka nak research sendiri. Masa dengan AA awal sem dulu pun aku kena tunjuk lama web apa, ambil bahagian mana. baris berapa apa tu semua. Selalunya aku tak nak serabut, aku siapakan nota dan isi diperlukan, mereka hanya salin balik.

Group project selalunya 4 orang dan aku tanya CC nak group dengan siapa. Dia kata as long as aku dalam group dia, dia tak kisah. Sebab dia pun selama ni buat sorang assignment (sebab sama macam aku). Aku pun cakap AA dengan BB boleh tak sebab rasanya semua dah ada group. Aku pun still kesian dengan dorang. CC ni tahu je AA dengan BB ni macammanaa sebab CC ni ex roomate AA. Dulu aku selalu dengar AA ni cakap pasal CC ni kedekut ilmu, suka buat kerja sorang. Tapi bila aku rasa sendiri, aku faham kenapa dia buat sorang.

In the end, sebab kekangan masa, aku dengan CC bahagi kerja. Sebab ada dua projek subjek coding, aku buat subjek tu dia buat subjek satu lagi. Then persoalannya, CC tanya aku dorang macammana. Aku pun tahu tak. You see, AA dan BB ni basic pun ke laut lagi. Mostly sem ni dia bergantung dekat aku atau copy coding orang lain@internet. Aku cakap tak apalah, kita fikir nanti.

Jadi around hujung minggu hari Sabtu tu, aku sebagai wakil group aku kena ke satu bengkel berkaitan project dan aku pun suruh AA dan BB buatkan aku satu base web yang simple tak perlu tulis apa apa untuk aku guna dalam program ni. Aku buat coding untuk web design dan CC buat java. Web punya coding ni kalau siapa tahu nilah yang paling mudah. Setakat base tu 10 min tak sampai. Kalau malas sangat contoh berlambak dekat internet.

Tapi aku pelik jugak dorang tak balas apa apa. Sebab aku tak specific base tu kena ada apa. Sampai hari program aku tak dapat khabar berita. Lepas program, dorang balas tanya tajuk apa macamaana bla bla bla. Aku pun dah fed up, aku cakap tak apalah. Aku buatlah. Silap aku aku tak cakap aku nak guna base tu untuk program Sabtu tu. Tapi aku cakap petang Khamis, takkan hari Sabtu baru balas tak kiralah untuk program atau tidak.

Kalau yang basic ni tak boleh, apa tah lagi yang payah daripada tu. Aku tahu je yang petang Khamis tu dorang pergi rumah keluarga BB dan enjoy their hujung minggu di sana. Hari Sabtu tu dorang balik sebab Ahad dah ada kuliah. Sebab tu Sabtu petang baru balas. Lepastu CC cakap kalau yang tu pun tak boleh apa tah lagi yang lain. Dia pun tak tahu nak bagi kerja apa sebab coding Java tu lagi payah daripada aku.

Dalam 2-3 hari lepas tu, dorang mesej dalam group cakap buat kerja tu bahagi bahagi lah. Nanti nampak sangat dorang tak buat kerja. Aku pun cakaplah yang aku dh mintak dorang siapkan base web tu tapi lepas program tu baru balas. Aku cakap tkpelah aku dah alang alang ada ilmu dari bengkel tu, baik aku buat terus sebab aku dah buat sikit time bengkel tu.

Tak lama kemudian si BB balas cakap panjang jugak. Marah yang aku bagi suruh buat base web tapi tak cakap apa pasal apa, tajuk apa. Lepastu dia cakapa dia dah tanya hari Sabtu tu tapi aku cakap “Tak apalah”. Lepastu tambah cakap tahulah dia ni bodoh bab coding.

Bagi aku itu salah dia. Kalau tak tahu, kenapa awal awal tak tanya. Takkan masa aku cakap kena buat base web tu, aku kena cakap ni nak bentuk macamnni, warna macamni. Tu dialah kena tanya. Lepastu aku tak suka bila dia guna “aku tahulah aku bodoh bab coding”. Bodoh tak bodoh, kalau kau ada komitmen bodoh tak kacau kau. Habistu satu sem belajar, lecturer sama, aku siap personally mengajar kau. Kenapa masih lagi boleh bodoh dalam basic. Silap siapa.

Tapi aku kesian nak balas macamtu, jadi aku just senyap. CC cakap nak suruh dorang buat report untuk coding tu.. Benda basic macam intro, scope, objective, problem. Tapi CC mengadu dekat aku cakap dia pening. AA dengan BB asyik tanya dia satu satu nak tulis apa. Dia dah terangkan tajuk pasal apa, coding ni buat sistem apa. Takkan lah intro, objective dengan problem tu dia kena terang apa.. scope tu ok lagi.

Tapi aku nasihatkan dia sabar and just layan je sebab aku busy dengan coding aku. Nak tolong pun tak sempat. Masa presentation, berapa kali lecturer tegur bila tengok report, cakap ejaan salah dan aku nampak CC macam marah. Aku faham perasaan dia. Dia dalam seminggu lebih siapakn coding tu. 200 lines lebih. Aku pun cakap terima kasih dekat dia sebab aku pun rasa bersalah tak dapat tolong dia. Dia pun ok sebab memang kerja kena bahagi kalau tak memang tak sempat.

Coding kita berdua dah siap cuma aku tak boleh present lagi sebab report aku tak siap. Aku suruh dorang jugak buat. Tapi aku seronok bila CC suruh aku send coding aku sebab dia nak study dan ajar dia macamana aku buat sampai boleh tukar web coding tu tukar jadi mobile apps. Aku rasa macam ada orang hargai kerja aku. Dia puji cakap cantiknya dan dia pun tak boleh buat macamtu. Masa aku dengan AA dan BB, aku tak pernah rasa macamtu. Dia siap ambil apps aku tu tunjuk kat lecturer subjek lain, cakap aku buat.

Tapi bila jadi macamtu, orang anggap aku ni dah sombong dan kedekut ilmu. Orang bijak nak kawan dengan orang bijak je. “Tengok dia tu tinggal kawan. Tahulah kawan dia tu tak sepandai dia..” Tak salah aku rasa aku nak yang terbaik untuk diri aku. Aku pun ada komitmen nak sambung belajar.

Aku tanya pendapat roomate aku, dia cakap “Lupakanlah. Maafkan dorang. Lagipun dorang tak pandai. Tak adil untuk dorang. “. Tak tahulah sebab roomate aku ni kawan baik BB ke. Tapi aku terkejut. Macam jahat ke aku ni. Aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk maintain persahabatan ni.

Kalau betul aku ni kedekut ilmu dan nak berkawan dengan orang pandai je, kenapa dari mula aku kawan dengan dorang. Aku tak pergi mengajar dorang. Aku tak kisah kau bijak ke bodoh, tapi bila aku bagi komitmen dalam kerja tapi kau tak bagi benda sama, sampai bila aku kena sabar. Takkan aku kena tipu diri aku.

Entahlah kadang kadang aku rasa macam aku ni jahat tapi aku tahu sampai bila aku nak lembut hati. Salah ke aku? Jahat ke aku?

– Betik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *