Assalamualaikum. Aku Tom (bukan nama betul). Usia awal 30an. Dah berkahwin. Hari ini genap 20 hari aku bersalin anak pertama. Anak aku sihat alhamdulillah. Aku pun berpantang dengan baik bawah jagaan emak aku. Macam2 resipi berpantang dia masak. Seronok aku berpantang.
Semasa tempoh berpantang ni aku banyak masa terluang. Anak aku alhamdulillah tak banyak ragam setakat ni. Berjaga bila nak menyusu atau nak tukar lampin saja.
Jadi kebanyakan masa aku banyak berehat sambil sembang2 dengan mak. Itu yang terkenang2 zaman silam so aku bercadang untuk kongsi kat sini. Kisah mak, aunty Lim dan sayur. Kenapa sayur? Hehe, nanti aku cerita.
Emak… Dia manusia yang paling special dalam hidup aku. Lemah lembut dan susah nak marah. Kami tiga beradik. Yang sulung abang Di, Kak Jia dan aku. Masa aku darjah 4, ayah dengan mak bercerai. Dalam diam ayah ada perempuan lain.
Mak tak sanggup nak bermadu, jadinya mereka berpisah. Lepas cerai ayah terus kahwin dengan perempuan tu dan diorang berpindah tinggal jauh ke selatan. Mak cakap perempuan tu janda anak dua. Masa tu aku tak ambik port sangat sebab kecik lagi kan. Lagipun sebelum cerai lagi ayah dah macam biskut. Kejap ada kejap takde kt rumah. Jadi bila dia dah takde pun aku tak begitu terasa kehilangan.
Lepas ayah takde, kami 4 beranak teruskan hidup macam biasa. Aku perasan mak nampak sedih tapi depan anak2 dia buat muka happy. Kadang2 masa tengah basuh pinggan mak termenung kejap lepas tu dia nangis tapi aku tak berani nak tegur.
Mak meniaga nasi lemak dekat pasar. Masa ni lah aunty Lim muncul. Aunty Lim ni meniaga sayur dekat pasar tempat mak meniaga. Orangnya baik tapi suara dia kalau bercakap macam satu pasar boleh dengar! Haha. Mak anak yatim piatu dari kecik, jadinya aunty Lim ni dah macam mother-figure untuk mak.
Bila ayah tinggalkan mak, jarang sangat2 ayah kirim duit belanja. Boleh kata belanja rumah dan sekolah banyak datang dari duit niaga nasi lemak tu. Tak banyak tapi cukup. Mungkin sebab tu mak memang sangat berjimat cermat.
Setiap kali mak habis niaga dan nak tutup kedai, mak akan pergi gerai sayur aunty Lim. Selalunya aunty Lim dah pack siap2 timun dalam plastik untuk nasi lemak mak. Sambil2 beli sayur2 selalunya masa ni lah mak dengan aunty Lim sembang2. Dari situlah diorang start rapat.
Aunty Lim ni umur dah 50 lebih masa tu tapi awet muda je. Kulit muka dia cantik sangat, badan pun sihat lagi. Buat kerja ligat. Laju je tangan dia timbang sayur, bungkus dalam plastik sambil tu mulut duk mengira2 harga.
Aunty Lim tahu kisah mak dan ayah. Masa mak dan ayah baru2 bercerai, dia bagitau mak, “you tak payah sedih2. Anak2 semua ada dengan you. Biar lah itu lelaki dia yang bodoh tinggal sama you dengan anak2. You jual nasi lemak elok2 kasi anak2 dengan you happy” Haha. Kemain aunty Lim ni pujuk mak.
Aku perasan waktu diorang bersembang, aunty Lim ni selalu bagi nasihat dan petua2 untuk jaga kesihatan kat mak. Dan setiap kali dia mesti akan ingatkan suruh makan SAYUR. Ye sayur. Ada je nanti dia share khasiat sayur itu ini.
Jadi nya mak ni dah macam terpengaruh dengan aunty Lim ni. Setiap kali balik meniaga banyak jenis sayur dia bawak balik sekali. Tapi dia beli sikit2 je setiap satu jenis tu. Katanya beli sikit2 untuk sekali masak baru lah fresh. Selalunye aunty Lim pun banyak sedekah je sayur lebihan niaga dia.
Sebab mak suka beli dan masak sayur, kami 3 beradik pun dah jadi penggemar sayur. Ayam dan daging sesekali dapat makan. Biasanya mak akan masak lauk ikan sejenis. Lauk sayur pulak sampai 3 jenis sekali masak.
Mak kata makan sayur banyak2 baru kenyang dan sihat. Kami tiga beradik ni ikutkan je tak banyak cakap. Tapi kami tahu sayur je yang paling murah boleh mak sediakan masa tu.
Macam2 mak masak sayur2 dia ni. Tiap hari bertukar2 menu. Kadang2 bila tengok menu sayur haritu macam pelik sikit aku dah boleh agak ni mesti aunty Lim yang bagi resepi. Tapi aku makan je, tak banyak soal. Sedap apa.
Kubis, sawi, carrot, petola, kangkung, tomato, peria, kailan, labu air, kucai, taugeh, kacang panjang, bendi, pak choi dan macam2 lagi lah semua mak paksa kami makan. Kalau teringat balik terasa kelakar. Abang Di pernah bagitau mak. Beruntung kita baik dengan aunty Lim, selalu dapat makan sayur macam2.
Aku sendiri pun memang suka makan sayur. Favourite aku, tomato. Selalu kalau bawak bekal nasi lemak pergi sekolah aku hiris tomato banyak2 letak sekali dalam nasi lemak. Ada je orang ejek makan nasi lemak dengan tomato. Tapi aku sengih je. Dah aku suka macam tu kan.
Bila masuk sekolah menengah ramai kawan2 tanya aku pakai pencuci muka apa sebab muka takda jerawat. Kulit aku tak putih pun. Sawo matang sama mcm mak. Tapi jerawat jarang2 keluar dan kulit nampak sihat dan glow. Aku syak ni mesti tomato punya kerja.
Habis sekolah menengah, aku ke matrikulasi setahun. Lepas tu aku sambung degree. Alhamdulillah, perjalanan study aku baik2 saja. Habis degree, aku dapat kerja yang agak stabil.
Emak? Sekarang dah tak meniaga nasi lemak lagi. Umur mak pun dah dekat 60 tahun. Tapi sebab mak sangat2 jaga makan, alhamdulillah mak masih kuat lagi. Jalan pun lagi laju dari aku. Badan pun maintain je. Sepanjang jadi ibu tunggal, 2 3 kali jugak pinangan orang mak tolak. Katanya tak mau serabutkan kepala.
Abang Di dengan Kak Jia pun dah ada kehidupan diorang masing2. Sekarang masing2 dah duduk agak jauh dengan mak, tapi kami usaha juga untuk balik sekerap mungkin. Mak selalu pesan tak perlu risaukan dia. Geng2 usrah dia baik2. Ada je aktiviti diorang kat surau tu.
Sekarang bila balik rumah mak, anak2 abang Di dengan kak Jia pulak yang kena paksa makan sayur dengan tok emak diorang. Cucu2 pun suka je tengok sayur macam2 jenis, macam2 warna. Hehe.
Aunty Lim pulak, kami dah lost contact dengan dia. Masa aku sambung degree, abang Di dan kak Jia dah kerja masa tu. Jadi mak dah tak meniaga nasi lemak dan kami pulak pindah ke rumah lain. Tapi dari yang mak dengar2, aunty Lim dah tak meniaga sayur lagi kat pasar tu.
Ayah? Kami masih lagi contact cuma jarang dapat jumpa sebab jauh. Dia pun dah ada 2 orang anak dengan isterinya tu.
Sepanjang tempoh berpantang ni mak ada kat rumah aku. Jadi sementara mak ada ni banyak aku luangkan masa sembang2 dengan dia. Dan setiap kali bila sembangkan waktu meniaga nasi lemak dulu, mesti mak sebut nama aunty Lim. Aku tau mak rindu aunty Lim. Aku harap sangat aunty Lim pun hidup bahagia jugak macam mak sekarang.
Tanpa sedar sebenarnya aunty Lim banyak tolong mak. Masa mak down masa baru2 berpisah dengan ayah dia banyak bagi sokongan emosi dekat mak. Belum kira sayur2 yang disedekah dekat emak bukan sikit2.
Siapa sangka orang luar yang tiada pertalian darah boleh jadi orang yang paling rapat dengan kita suatu ketika dulu. Dan semuanya sebab sayur. Dari sayur terjalinnya hubungan erat.
Aku rasa sampai sini dulu. Dah panjang sangat. Maaf kalau penulisan aku lintang pukang. Aku doakan korang temui kebahagiaan masing2. Kebahagiaan itu kita yang pilih, kita yang cari.
– Tom Ato (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit