Pengalaman Sebagai SL1M/PROTEGE Trainee

16/1/19- Saya pergi interview di pejabat HQ company tersebut, dan ditawarkan untuk mula menjadi trainee bermuda pada minggu hadapannya. Amat bersyukur kerana akhirnya dapat bekerja setelah beberapa bulan tamat peperiksaan akhir degree.

Pada awalnya, pejabat HQ sudah agak jauh dari rumah dan saya tidak keberatan kalau terpaksa berulang alik ataupun duduk di rumah sewa. Tetapi ketika sesi temuduga itu, saya diberitahu yang saya akan ditempatkan di pejabat tapak yang lebih dekat dengan rumah dan disediakan juga rumah sewa.

Justeru, dengan tawaran yang diberikan amat menarik menyebabkan tiada alasan untuk menolak tawaran latihan ini.

18/1/2019- Saya menerima call dari HR company tersebut yang mengatakan bahada mereka tidak memerlukan lagi pelatih dan terpaksa menarik balik offer tersebut [Red flag]. Perasaan saya, of course very devastated, sebab family dah tahu yang saya berjaya interview untuk first job tu.

Tetapi setelah dua tiga jam, saya menerima call lagi yang mengatakan sebenarnya position itu masih diperlukan. The very roller coaster of emotion dalam masa yang sangat singkat. No choice or other option, saya menerima kembali tawaran tersebut. [Lesson: Offer letter is very important!!]

21/1/2019- Sudah mula bertugas di pejabat tapak dan pada masa yang sama mula mencari rumah sewa kerana diminta oleh staf kakitangan di sana. Amat lelah, kerana sibuk dengan kerja dan pada masa yang sama saya perlu pergi mencari rumah sewa dan deal dengan owner untuk membuat agreement.

Akhirnya, setelah dua kali terpaksa membatalkan purchase order kepada company kerana keadaan rumah yang tidak bersesuaian. Kami pelatih2 perempuan berjaya menduduki rumah sewa pada bulan Februari.

1/2/2019- Kami pelatih2 perempuan memasuki rumah dan kami memilih untuk mensertu satu rumah itu kerana owner rumah adalah Cina.

Satu bulan kemudian…

Isu mula timbul apabila owner bertanyakan bayaran rumah sewa kepada saya kerana payment belum dibuat. Saya tolong merujukkan hal berkenaan kepada HQ, pada awalnya ia seperti urusan payment yang pending.

Tetapi keesokkan harinya, saya menerima call dari HQ (orang yang sama) yang seperti memulakan ‘scene’ dengan mencuba untuk menyalahkan siapa yang membenarkan kami sebagai pelatih untuk menduduki rumah sewa yang perlu dibayar oleh company.

Saya menerangkan kembali bahawa perkara itu telah dijanjikan ketika interview. [Yes, there was no black and white; mengatakan kami layak menduduki rumah sewa sebagai SL1M Trainee].

Beberapa jam kemudian, saya menerima call lagi dari HQ. Mengatakan bahawa dia telah berbincang dengan management. Kami diberi pilihan untuk terus membayar sewa ataupun keluar dari rumah tersebut.

Jadi saya berkata, ‘So its up to us now right, kalau kami pilih untuk keluar deposit burn lah kan?’ and she said yes. That very night, saya menerima message WhatsApp dari rakan sekerja di pejabat tapak, yang HQ (orang yang sama), mengatakan bahawa saya ingin menarik diri dari program ini.

Bayangkan apa yang saya rasa, automatically my thought went, this was a sign that they want me to quit after the damage they thought was caused by me. [Psychology war].

Bekerja pada esok harinya seperti biasa, dan kami seperti dipaksa untuk terus tingal disitu. Kerana HQ mengatakan bahawa allowance SL1M kami akan dipotong sekiranya kami keluar dari rumah tersebut. Nekad, kami pilih untuk keluar dari rumah itu walau apa pun consequence nya.

Kami pelatih2 SL1M, terpaksa keluar on that very same day sebab owner tidak bagi kami extend sampai hujung bulan walaupun deposit adalah 1+1. After habis kerja, saya balik rumah sewa untuk mengemaskan semua barang.

Sebelum packing, I were very devasted so I broke down crying while i was on call with my dad explaining all things I’d been through satu minggu ni. That night, I came back home with all the stuff dan esok pagi saya ada pre-konvo dengan kawan2.

So I jokingly said, “Abah, I just become homeless despite having a job and have convocation day coming”. :’)

– Trainee A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *