Ikhtilat

Rumahtangga bff saya hampir goyah disebabkan bermulanya hal ni; isteri orang yang berkereta hebat tu selalu mengambil suaminya di pejabat dan mereka keluar makan tengah hari hanya berdua duaan. Isteri orang tu merupakan kawan baik suaminya ketika di Universiti dulu.

Nampak macam takde apa kan? Keluar makan je. Bukan buat apa pun. Tapi berdua duaan tu yang Allah larang. Allah larang tu ada sebabnya. Allah tak larang saja saja. Allah yang jadikan kita. Allah Maha tahu setiap inci ceruk tubuh badan dan hati kita.

Saya sedar, ramai antara kita yang ambil enteng soal ni. Dengan alasan makan je pun. Tu pun kat tempat ramai orang. Tapi selaku bini orang dan laki orang, hal tersebut boleh mendatangkan fitnah. Boleh membuka ruang untuk orang membuat fitnah.

Memang mula mula keluar makan je. Lepas tu bercerita kisah tu, kisah ni. Lama kelamaan bercinta… Biasa dengar kan?

Kalau nak juga keluar makan, ajaklah sahabat atau kawan lain supaya dapat jadi peneman. Itu lebih baik. Lebih terhindar dari fitnah.

Tapi kalau terpaksa juga berdua-duaan di tempat awam atau tempat makan disebabkan urusan kerja dan sebagainya, elok lah kiranya dimaklumkan kepada pasangan masing masing terlebih dahulu. Agar pasangan kita sedia maklum akan perkara itu, dan bukannya pasangan kita dapat tahu dari mulut makcik pakcik bawang. Lain pula persepsinya nanti.

“Alaa, aku selalu dihantar pergi kursus dengan dia tu, kena pergi cari barang lah. Memang selalu pergi sekali berdua dengan satu kereta. Jimat sikit duit minyak dan duit parking”

Kalau hal sebegini, usahakan lah dengan apa cara sekali pun untuk pergi berlainan kereta. Tak mengapa kalau terpaksa berbelanja lebih sedikit. Demi nak jaga hak Allah.

Kawan saya pernah sebut kat saya satu masa dulu. Kita nak jaga hak Allah ni memang susah. Lebih lebih lagi zaman sekarang. Tapi yakin lah, selagi kita jaga hak Allah, Allah akan jaga kita.

Ada waktu, kita tertanya tanya juga. Kenapa lah anak anak aku degil, kenapa la isteri aku dulu dengar je cakap aku, sekarang dah pandai lawan cakap aku, kenapa la suami aku tak dengar nasihat aku. Mungkin kena check kot kot kita ada buat benda yang Allah larang, kadang dah tahu, tapi kita buat juga dengan macam macam alasan kita, dan tak menjaga ikhtilat ni mungkin salah satu darinya.

Jadi, para suami atau isteri atau sapa sapa saja yang terkadang terlepas pandang hal ni, atau mungkin tak tahu pun bab ikhtilat ni. Ooo tak boleh ye berdua duaan macam tu?

Tapi aku selalu buat. Macam mana?

Allah ada untuk kita mohon ampun.

Kalau di ikutkan, saya tak layak pun nak tulis post sebegini, kerana saya bukan lah ustazah, cuma manusia biasa yang naif dan banyak khilaf. Tapi ada sesuatu yang menjentik rasa, menjerut hati memaksa juga tangan untuk menaip kisah ni.

Mungkin atas dasar rasa prihatin dan kasih sayang kepada kawan kawan, sebab ramai yang tak tahu, ramai yang ambil mudah hal yang Allah larang ni.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا

Dan janganlah kalian mendekati zina.
(Al-Quran 17:32)

Saya minta maaf kalau ada yang terasa dengan post ni. Kalau ada kata kata saya yang tersilap, saya mohon tolong lah betulkan.

Tapi percaya lah, niat saya adalah untuk memberitahu, berkongsi ilmu tentang bab ikhtilat ni. Saya berharap agar tiada lagi rumahtangga yang goyah disebabkan hal yang ramai orang sangka ‘kecil’ dan ‘ala-kuar-makan-je-pun’ ni.

Saya harap benar, agar kawan kawan semua dapat baca tulisan saya ni dengan hati yang lapang dan mengambil isinya sebagai nasihat dan teguran, bukannya hukuman. Siapa lah saya untuk menghukum kerana hanya Allah saja yang layak menghukum.

Apa yang lepas tu, biarkan berlalu. Cuma yang akan datang, sama sama kita berazam untuk meninggalkan apa yang Allah larang, sama sama kita mohon ampun kepada Allah, sama sama kita bertaubat.

Saya teringat akan satu hadith:

“Setiap bani adam berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah).

Pernah dengar ayat yang kata, syurga itu dipenuhi pendosa yang bertaubat?

Allahualam.

– UmmuUkasyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *