Kesalahan Kita dan Orang Lain: Satu Renungan

“Tiap kali situasi tegang atau konflik apa-apa datang, aku cuba sedaya upaya aku untuk kekal fokus mencari solusi bukan semarakkan masalah-masalah lain, matang, rasional dan menggunakan daya intelek bersesuaian dengan apa yang Allah bagi.”

Tu aku selalu ingatkan diri aku, ada masa aku berjaya ada masa orang lain berjaya dan ada masa syaitan berjaya dan kalahlah geng manusia ni. Fuh, pedih dengan ayat sendiri tapi itulah realitinya!

Kita selalu nak kenalpasti kesalahan orang lain lebih daripada kita nak nampak kesalahan sendiri. Ayat aku kat situ bukan suruh kita tengok kesalahan kita sahaja, abaikan kesalahan orang lain, tak! Bukan juga tengok salah orang je, lepas pergi kesalahan sendiri. It’s a big no guys! Maksudnya, kita ni biar tengok kesalahan kita lebih sikit daripada kita tengok kesalahan orang lain.

Jangan bagi jadi 50-50, sebab ruang untuk kita nak baiki diri jadi lebih kurang dengan orang lain. Kenapa kena bagi ruang lebih kat diri sendiri dalam memperbaiki diri? Sebabnya tak ada orang lain yang kat dunia ni boleh perbaiki diri kita melainkan kita sendiri.

Maksudnya setiap individu tu kena bagi ruang lebih untuk diri sendiri menjadi lebih baik. Setiap kesalahan itu ada pelajaran. Kesalahan dia ke, kesalahan kita ke, dua-dua tu ada maksud, kalau tak taklah Tuhan jadikan keadaan tu macam tu. Agar dengan itu kita lebih banyak berfikir dan belajar.

Orang yang sama mungkin dah lama pun nampak kesalahan kita, tapi dia senyapkan sahaja, sebabnya mungkin dia fikir satu benda je. Satu benda ni “Aku pun buat kesalahan juga dan mungkin salah yang sama dia buat sekarang dah dia nampak aku buat dulu.”

Manusia ni masa tak sedar pun boleh buat silap ye kawan-kawan, apatah lagi masa sedar. Lemahnyalah kita ni kan. Cuma cantiknya kat sini kita boleh baiki lagi (1) tak payah nak highlight sangat berulang kali salah orang tu macam kita ni maksum.

Cakap berpada-pada sudahlah, jangan kau bedal dia sampai makan bulan dan tahun. Kita beringatlah sama, “yang aku tegur tu pun manusia sama macam aku dan tak ada satu makhlukpun yang nama manusia ni suka direndah-rendahkan walaupun kita ni dah sedia rendahpun sebagai hamba-Nya.”

Tapi point aku kat sini, tak ada manusia lain yang ada hak untuk merendahkan sesiapapun kecuali Tuhan yang jadikan kita semua. Malah, Tuhan tak rendahkan kita wey, diangkat lagi adalah bagi ‘aqal la apa semua keperluan. Nampak tak manusia ni suka suki je nak ambil alih fungsi Tuhan.

Lepas tu, kita boleh mewahkan lagi pemikiran kita dengan (2) berlapang dada dan bertenang. Perkataan berlapang dada dan bertenang tu semua orang faham tapi memaknakan perkataan itu dalam kehidupan bukan semua orang tahu dan ada upaya untuk melakukannya.

Dengan maksud lain, berlebih kurang dan ‘berbaiklah’ dengan situasi yang tak menyenangkan dan mengeyangkan perasaan tak puas hati tu. Maksud lain lagi, kita fikir sekadarnyalah tak payah serius sangat sampai keluar ayat-ayat sadis.

Contoh ayat sadis “yela aku tak belajar tinggi macam kau sebab tu aku tak tahu”, “aku akhlak biasa-biasa je tak hebat macam kau”, “kau bijak tak apalah, aku ni diploma pun tak lepas” dan macam-macam lagi ayat kanak-kanak ribena sangat. Berlapang dada dan bertenang ni untuk kita jaga hati kita juga, bukan untuk menangkan pihak lagi satu atau memenangkan diri kita sendiri.

Lepas dah berlapang dada dan bertenang tu barulah kita berupaya nak buat langkah emas iaitu langkah akhir (3) berdoa untuk kita dan orang yang terlibat. Berdoa tu maksudnya biar terjadi win-win situation, maksudnya pihak kita dan pihak dia ambil pelajaran daripada benda yang dah jadi ni. Pihak dia faham apa salah dia dan pihak kita juga.

Jangan sekali-kali biar keadaan ni datang dan pergi tanpa dipelajari sesuatupun daripadanya. Tak payah memekik memekak, tak payah berdebat cari salah, cukup kita mohon kat Tuhan dua-dua pihak dapat manfaat. Tak perlupun kita tunggu orang tu datang mengaku salah dia dan kita cakap “tahu pun salah kau.”

Katakanlah, dalam satu situasi tu memang salah lelaki A, bukan B. Lepas tu lelaki A ni mai la minta maaf kat lelaki B. Betul dah apa yang lelaki A buat kat B, salute for that.

Tapi aku harap lelaki B jangan seronok sangat kau kat pihak yang betul sampai kau mungkin mengelincirkan hati kau kepada niat yang salah. Masing-masing perkasakanlah nak jaga hati masing-masing, biar muhasabah kat hati tu berjalan kat A dan B.

“Orang yang berdakwah kena dekat dengan orang yang didakwah, cara tegur main peranan, sama ada menjauhkan atau mendekatkan.”

Aku bukan nak cakap pasal dakwah sangat cuma aku nak sentuh inti ayat tu dan cantik dia kat situ. Aku tak ingat sangat ayat betul dia macam mana, tapi lebih kurang macam tu la. Aku lebih selesa istilah menegur ikut keperluan.

Kalau ada situasi yang kau kena juga libatkan babak menegur ni, orang akan cakap “tegur biarlah hikmah.” Tapi hikmah tu bukan ada SOP yang semua orang boleh guna dan sesuai untuk semua peringkat usia, ianya mengikut orang yang didakwah tanpa mengorbankan syariat.

Jadi, kalau aku dengar kenyataan tu aku akan soal balik dalam kepala aku ni, tegur hikmah tu macam mana. Kat sini dia berkait dengan kenyataan atas tu, kena dekat dulu dengan orang yang ditegur barulah teguran itu efektif.

Kalau cara teguran tak kena, bukan sahaja kita buat orang rasa tak senang dengan kita tapi jauh, apa lagi nak diterima teguran berkenaan. Akhirnya, teguran masuk tong sampah je. Timbul persoalan dekat macam mana tu untuk bagi teguran tu efektif? Jawapan dia dekat kat hati dia (orang yang ditegur), bukan cinta berlainan jantina je kena dekat kat hati ye.

Jadi, dekat kat hati tu macam mana. Dekat kat sini bukan bermaksud bila aku atau kau bercakap, orang yang ditegur tu kena terima seratus peratus tanpa bantah.

Pada aku, dengan apa yang kita tegur tu boleh buka pintu untuk dia berfikir dan kalau cantik dia boleh terima. Tentulah kejayaan sesuatu teguran tu apabila kita boleh nampak perubahan orang yang ditegur tu iaitu menjadi lebih baik daripada babak tegur-menegur itu berlaku.

Kawan-kawan, apa yang aku duk cakap ni mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak dan mungkin ada yang dah tahu atau praktikkan pun, tapi semuanya aku terima. Moga kita sama-sama menjadi diri kita yang lebih baik, berlumba-lumba dengan diri sendiri.

Aku cukup suka peribahasa Melayu tapi disebabkan aku nak melindungi identiti aku yang tak ada penting sangatpun ni kekeke, aku tinggalkan pepatah orang putih atau mat salleh.

“The world is full of nice people. If you can’t find one, be one.”

Terima kasih tuan tanah, siarkan tulisan aku.

Terima kasih pembaca budiman, baca tulisan aku.

Sekian.

– cokmAr (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *