Assalamualaikum semua. Aku dari kecil sampai besar memang tak banyak senang cakap tak ada kawan langsung. Orang tak nak kawan aku atas beberapa sebab yang kadang2nya tak menggambarkan aku pun ada.
Bersabar ya sebabnya banyak sebab orang tak nak kawan dengan aku antaranya ialah aku sombong berlagak, keras kepala, boring tak fun2 macam diorang, tak menarik, tak pandai buat kerja, anggap aku boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang, aku banyak cakap, aku banyak tanya, aku pendiam, dorang takut dengan aku, anggap aku untung sebab orang KL, anggap aku kaya sebab orang KL, anggap aku tahu semua.
Aku tak pandai ambil hati orang, anggap aku cool tak kisah kena pijak2 oleh orang lain pun tak apa, kata aku lemah dan menyusahkan hanya kerana aku sakit, anggap hidup aku mudah sebab mak bapak bantu yang mana sebenarnya semua betul tapi semuanya salah. Dorang ingat aku ni robot tak ada perasaan, ingat aku bola boleh ditendang2, ingat aku albert einstein tahu semua benda.
Aku dipulaukan dari tadika sampai zaman universiti oleh sebab2 tak munasabah tu tadi. Aku bukan minta ramai, seorang kawan yang betul2 boleh membantu aku, ikhlas kawan dengan aku dan tinggalkan aku sorang terkapai2. Sorang pun tak ada. Banyak je alasan dorang bagi. Kadang2 sakit hati aku sakit sangat bila dorang tanya aku ok ke? Ada masalah tak? Bila kau orang semua yang buat aku. Kalau aku kata aku tak ok ada ke yang kisah?
Baru2 ni kawan yang satu kls dengan aku selama bertahun yang aku anggap dia tak akanlah tikam belakang sanggup buat aku macam ni. Bukannya dia tak pernah dulu tapi dulu tu lain sekarang ni lain. Aku cerita panjang2 dari atas tadi nak cerita tentang Dian (nama samaran).
Kalau di universiti assignment bergroup memang banyak. Selalunya orang akan dah stay di group yang sama bila dah sedap tu. Maksud sedap tu ialah bila sentiasa nak duduk dalam group yang rajin ke/ glamour ke/ pandai ke? Macam tulah sedangkan masuk group macam tu pun kau tetap teruk.
Berbalik kepada DIAN ni tadi, bila dah grouping nama dia dengan aku sekali satu group B dan dalam group A ni ada sorang budak bermasalah (minah) dalam tu. Group A ni kira ramai nak lah sebab group budak rajin. Group B ni biasa2 dan kearah lebih teruk. Group lain pun ada. Si DIAN ni dengan berlagaknya boleh kata yang dia dalam group A jadi dia ditukarkan ke group A tu.
Tinggal lah aku di dalam group B jahanam ni sebab apa aku kata jahanam, bila DIAN masuk group A, budak minah tu terpaksa ditukarkan ke group B tadi. Kan aku dah group B tak ok sangat tapi bila dah masuk si Minah memang boleh jadi lingkuplah. Minah ni dia ni selalu menyusahkan orang (kerja tak buat, ponteng kelas, buat kerja salah, keras kepala, rasa dia betul je, tak tepati masa, banyak lagilah masalah dia tu).
Aku yang tadinya gembira sebab Minah dalam group A sebab sekurang2nya dia dalam group pandai cuma dia sorang je lah bermasalah. Ni Minah bermasalah, yang lain pun tak pandai sangat. Sedangkan semalamnya elok je si DIAN ni kutuk minah tu sungguh2 depan aku macam orang tak ada adapnya.
Hari ni dia sanggup tinggalkan aku masuk dalam group lain dengan tak bincangnya. Nanti Dian tu bagilah alasan dekat aku yang dia tak tahan dengan perangai Minah sebab tu dia keluar group lain. Maknanya biar hidup dia mudah, biar dia dapat markah lebih dan macam2 lagilah.
Aku bukanlah jealous tapi aku tak tahan kenapa asyik aku je yang kena? Bila pilih orang dalam group, asyik aku je dipulaukan, tercicir, group dah penuh lah macam2 alasan je dorang bagi. Antara alasan yang aku tak suka ialah kata buat group ikut siapa cepat dia dapat. Ok aku pun letak nama dan nama aku dibuang sebab kata dah reserved nama kawanlah macam2.
Sebenarnya masalah aku ni biasa je tapi aku sedih dan geram sangat2. Kenapa asyik2 aku je yang kena. Katakanlah kalau aku tak datang sama juga tak ada siapa pun yang nak letakkan aku dalam group siap sedangkan untuk orang lain boleh je. Aku juga selalu dapat maklumat lambat kalau aku tak datang aku tak dapat maklumat langsung.
Kenapa hidup aku malang? Aku tak buat orang lain macam tu. Kalau orang tak dapat maklumat aku bagi tahu. Kalau orang lain minta teman aku temankan. Bila orang lain pulaukan aku, aku ikut je. Aku bukanlah pak turut atau tak reti menyuarakan pendapat tapi sebab benda tu semua tak berguna.
Bila aku menyuarakan pendapat kata aku degil, keras kepala, garang nak m4mpuslah. Manalah aku tak garang balik2 aku juga yang kena. Kau orang nak aku sabar je kan? Bila orang tanya aku ok aku kena kata aku ok kan? Bila muka aku masam disuruhnya aku senyum sikit. Agaknya kalau aku mati pun mesti dorang tak kisah.
Aku dahlah tak kuat physical mental aku pun tak kuat asyik stress je. Bertimbun2 stressnya. Tak ada tempat nak luah. Bila luah dikatanya mengungkit. Aku pelik betul lah, dorang buat aku pun masih ramai kawan, badan sihat, lecturer baik dengan dorang, tak sakit dan tak ada masalah. Aku tak nak cerita masalah keluarga ke tapi kalau masalah keluarga pun aku rasa tak ada sebab apa aku tahu sebab asyik update whatsapp keluarga bahagia, assignment siap, jalan2, makan sedap.
Aku orang KL pun tak makan, aku cuma makan sehari sekali je sebab nak jimat dengan jalan kaki lagi waktu hujan panas. Tapi bila kita bagi tahu masalah kita balik2 dorang balas ‘alah hidup kau senanglah sebab ni sebab tu’. Macam2 alasan bagi kata mak ayah miskin, adik beradik ramai.
Memanglah aku tak macam tu tapi ayah aku pencen swasta, mak aku gaji 2000 je mana cukup dengan duduk KL nya ulang alik habis duit dekat parking, saman parking, minyak banyak guna bila jam dan tol. Sebelum nak masuk simpang rumah pun ada tol. Duit yang mak ayah aku ada tu selalu je buat sedekah, belanja orang makan, pinjamkan duit orang lain dan macam2 lagi. Aku pulak tak guna pinjaman langsung. Ingat aku ni kaya sangat ke? Mewah dan mudah sangat ke hidup aku sampai aku dipulaukan?
Aku sedihlah tak ada siapa pun yang kisah. Sebelum ni aku ada je tulis confession2 yang lain tapi aku dikutuk dan dikecam teruk sebabnya aku tulis ayat dalam nada yang marah. Korang comment macam2 yang teruk tentang aku kata aku tak bersyukur. Ye lah sebab masa tu aku luahkan geram aku tanpa cerita sebab. Sampai hati korang guriskan hati aku.
Dekat comment lain tunjuk baik macam tak patut kecam orang tapi dekat confession aku kutuk2 sampai kata patutnya aku mati. Ada sorang tu comment siap kata mesti aku stress sekarang dan padan muka. Aku tak naklah bagi tahu confession mana yang aku hantar sebelum ni sebab banyak je yang aku hantar tu dikejam dan dicaci secara berjemaah.
Berbalik kepada confession aku, aku bukan nak menyalahkan dan tak percaya takdir tapi kalau dari kecil aku bermasalah sampai ke besar nanti pun akulah orangnya yang sentiasa malang. Salah orang lain tak nampak asyik salah aku je yang nampak. Aku buat baik pun tak pernah nampak siap terkejut lagi kalau ternampak aku buat baik.
Adakah orang2 lain yang pernah menyusahkan aku tapi hidup senang tu dapat ISTIDRAJ sebab kalau macam tu ramainya lah yang pernah menyusahkan dan fitnah aku. Kisah malang ni pun bukan setakat jadi dekat aku je tapi mak ayah aku dan susur galur keluarga aku macam makcik aku (sebab apa aku kata macam ni sebab kami semuanya pernah difitnah, dipulaukan atas sebab2 yang tak munasabahlah). Bezanya sekarang ni mak ayah, makcik aku dah ramai kawan dah mula orang ramai mendekati nak kawan. Nak menyendeng atas kelebihan yang mereka ada.
Jadi aku nak nasihatkan korang semua, lain kali kalau dengar/ nampak/ baca orang bermasalah jangan senang2 nak buat andaian dan nak memadankan muka orang walaupun kalau nampak dan baca cerita dorang ke arah agresif marah2. Kadang2 kami ni tak reti nak luahkan cara baik ataupun dah geram sanagt. Bukannya tak reti sabar, tak ambil wuduk, baring, tidur ke apa tapi masalah tu tak selesai2. Masalah datang bertimpa2.
Kami lah antara orang yang disakiti tanpa menyakiti orang lain. Kalah aku ada orang datang mengamuk2 aku layankan je sebab apa sebab aku kesian. Sebabnya masalah aku orang tak nak dengar tak nak tolong tapi aku tak sanggup orang lain simpan dan pendam masalah dia.
Memanglah doktor ada untuk diluahkan tapi doktor tu dah tugas dia patutnya kita sebagai setiap orang mesti memainkan peranan dan ambil berat sesama kita. Ni tidak cerita yang baik bagi good semua. Cerita sedih letak ikon sedih. Bila cerita marah letak ikon marah. Korang yang pembaca ni semua banyak yang bias.
Sulli mati pun sebab siber bully dan atuk aku seorang yang pemarah tapi sepanjang hidupnya selalu tolong orang sampai akhir hayat dia pun tolong orang. Jadi aku mungkin seorang yang pemarah dan panas baran tapi aku sanggup tolong orang kalau ada orang dalam kesusahan. Maksud aku bukan tolong biasa2 yang orang lain pun boleh tolong contohnya aku sanggup selamatkan orang yang lemas jika tak ada orang lain masa kejadian walaupun aku mungkin lemas lepastu.
Maaflah cerita aku tunggang langgang sebab aku tak pandai buat cerita dan aku nak luahkan semua walaupun masih tak terluah.
– ~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit