Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada pembaca sekalian. Besar harapan aku agar admin sudi approve confession aku ini. Sebelum itu, maafkan aku andai ada ayat aku yang menjadi barah di mata kalian yang membaca dan memeningkan kepala. Bagi peluang, aku try ok.
Aku Jasmine. Seorang perempuan yang dah pun berumah tangga selama hampir 5 tahun.
Aku ada 6 orang adik beradik. Kesemua kami dah pun berumah tangga kecuali si adik bongsu. Apa yang aku kongsikan disini adalah kerana ingin mencari solusi, sebab aku lebih yakin bahawa di IIUM confession ini, nasihat dan pandangan kalian lebih ilmiah berbanding di KRT. InsyaAllah.
Disini aku tegaskan yang aku bukannya ingin membuka aib sesiapa, sebab bukan itu tujuan aku. Seboleh mungkin aku akan cuba lindungi dan ringkaskan sebaik mungkin supaya aku tidak menjadi derhaka.
Aku hanya nakkan pandangan dan solusi, bagaimana ingin aku ubah sikap aku yang selama 35 tahun aku mencontohi sikap ibu bapa aku, supaya aku tidak melakukan perkara sama pada pasangan. Pening kan ayat aku ni.
Hal ini tak jadi isu pun kalau hal yang positif. Isunya sekarang perkara yang negatif dan aku contohi.
Selama berpuluh tahun mata telinga aku menjadi saksi layanan dingin ibu pada ayah, bagi aku sangat susah untuk aku ikut nasihat dari si ibu bila ibu nasihatkan aku tentang sesuatu perkara dalam rumahtangga.
Contohnya ibu sering menasihati anak2 supaya hormat pada suami, tapi ibu sendiri sering meninggikan suara pada ayah, complain ayah, dan sebagainya.
Hal ini dah jadi ikutan kami anak2 pada pasangan kami. Bila ibu nasihatkan tentang sesuatu perkara berkenaan rumah tangga, aku seolah2 memekakkan telinga sebab teringat layanan ibu pada ayah.
Sangat susah aku nak buang jauh2 perangai jelik aku ini, yang memandang remeh nasihat ibu. Sebab aku lebih memandang siapa yang menasihati aku, berbanding nasihat yang diberikan.
Kakak aku juga alami masalah yang sama denganku. Sangat sukar kami ingin mengubah cara layanan yang dah lama kami dipertontonkan.
Ya, kami dah dewasa dan sepatutnya dapat fikir mana buruk mana baiknya. Yang baik ambil, yang buruk buang jauh2. Tapi inilah masalah aku sekarang ni.
Dilema…
Ibu juga sering nasihatkan kami adik beradik supaya hormati ibu mertua. Ya aku tahu, kami wajib hormati ibu mertua sebab ibu mertuaa umpama ibu kandung kami sendiri. Tapi bila nasihat itu keluar dari mulut ibu, aku seolah2 teawang2 ingat kembali cara ibu melayan nenek. Sangat sedih.
Apa yang ibu buat, aku akan simpan rapat dalam memori. Tapi makin aku simpan, aku jadi terikut2 contoh perangai yang tidak baik. Bantulah aku.
Aku rasa cukuplah aku berikan contoh2 itu hanya untuk kalian faham. Kalau ada nasihat yang baik, tolong la nasihatkan aku. Aku sayang ibu aku, aku takmau jadi anak derhaka. Tapi aku adalah saksi yang dah pun mencontohi segala apa yang telah pun dipertontonkan kepadaku sejak sekian lama.
Terima kasih semua.
– Jasmine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit