Layakkah Untuk Aku Terasa?

Assalamualaikum. Terima kasih jika admin menyiarkan cerita ini.

Aku N, umur 20 an yang masih struggle untuk membina kerjaya. Keluarga aku susah. Maknanya, mak ayah tak kerja. Mengharapkan bantuan kebajikan sahaja.

Dulu ayah aku kerja, tapi kerana percaya kata2 kawan untuk join MLM. Dia berhenti kerja. Akhirnya ditipu. Diikuti dengan kesihatan yang merundum, akhirnya ayah aku berhenti kerja.

Kami ada 6 beradik. 4 yang atas semua dah bekerja. Semua masih berusaha untuk membina kerjaya. Masih berusaha keluar dari kepompong kemisikinan keluarga kami.

Umpama ada pemberat yang menarik kami dan menghalang kami keluar dari belenggu kemiskinan. Setiap kali ada peluang untuk keluar dari kemiskinan, akan ada penghalang. Macam macam dugaan.

Alhamdulillah, di usia 20 an aku mampu membeli kereta menggunakan loan bank. Dengan gaji aku, aku sentiasa mengingatkan diri aku bahawa nafkah keada mak ayah adalah satu kewajiban.

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama aku buat adalah transfer duit ke mereka. Paling sikit aku bagi kat mereka ialah RM500. Kalau rezeki aku lebih, aku bagi lebih. Aku tinggal di KL, dengan gaji basic 2k sahaja, aku rasa kalian tau cara hidup di sini. Betapa aku struggle.

Nak dijadikan cerita, bulan ni gaji aku dipotong 50% sebab masalah kesihatan. Maka, aku amat berat hati tapi terpaksa maklumkan pada mak ayah bahawa aku hanya dapat beri separuh dari kebiasaan aku beri pada mereka.

Jika ibu bapa orang lain, mereka pasti memahami malah berterima kasih walaupun sedikit. Sebab aku dah cuba sehabis baik. Kalau aku boleh beri segalanya, aku beri segalanya. Biar pun aku makan pasir asal mereka gembira.

Mereka mengadu pada adik beradik aku yang lain. Mereka kesal dengan aku. Sebab aku tak mampu nak beri mereka sebanyak mana yang selalu aku bagi. Salah ke aku? Aku tersepit. Aku ada masalah kewangan. Aku ada masalah kesihatan. Mereka hubungi aku saat mereka perlukan wang.

Saat aku tak sihat, mereka tak ada bertanya khabar. Malah hanya mengatakan, “nanti dah sihat call la, baru boleh cakap”. Dosa ke aku? Terasa dengan mereka? Ada benda ke yang aku terlepas pandang sebagai seorang anak? Aku buntu.

Dah beberapa hari aku tidur dalam tangisan. Mimpi yang macam2 sebab terlalu memikirkan hal ni.

Aku ni anak tak guna ke? Aku ni anak atau pembayar sewa yang baru bayar sewa setiap bulan? Mana kasih sayang dan sokongan yang aku perlu saat aku jatuh ke tanah? Yang ada cuma hinaan.

Saat aku naik, mereka ada. Saat aku jatuh, mereka tiada. Kecewa…

Doakan aku dipermudahkan segala urusan.

– Anak terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *