Assalammualaikum semua pembaca. Aku nak kisahkan tentang apa yang aku lalui selama berkahwin. Maaf kalau jalan cerita aku agak celaru. Fikiran aku sendiri pun tak boleh nak tetapkan part mana yang aku perlu mulakan dulu. Terlalu banyak aku simpan.
Tahun ni tahun kedua perkahwinan aku dan suami aku. Kami dikurniakan seorang bayi perempuan berumur setahun sekarang. Selama aku berkahwin aku tak tau dan keliru adakah aku sayang kan suami aku atau tidak. Tapi orang kata sayang tu bila2 boleh hadir. CINTA tu. Wujud ke dalam diri aku untuk suami sendiri? Boleh ke hidup dalam perkahwinan tanpa cinta? Semuanya bermula dari fasa kami bertunang.
Kami bertunang tak lama. Beberapa bulan je terus nikah. Alhamdulillah allah permudahkan urusan. Tapi selama bertunang macam2 jadi. Kami kerap bergaduh. Dan aku memang taknak kawin dengan suami aku sebabkan sikap dia suka berfikiran negative dengan setiap pendapat aku, selalu perlekehkan apa yang aku cerita tentang diri aku (contoh: eleh yela tu), tak pernah nak percaya setiap apa aku kongsikan mesti nak anggap aku tipu atau bergurau.
Aku ada prinsip aku sendiri dalam perhubungan. Kalau dari awal dah buat masalah, sampai kesudah akan ada masalah. Aku tak tau la nak cakap betul atau tak. Tapi sikap dia berlarutan hingga kami berkahwin. Tahun pertama aku mengandung aku lalui hari2 yang sangat menyedihkan. Hari2 aku menangis kerana sikap dia.
Suami aku ni pemalas sikit orangnya (tak sanggup nak cerita tapi terpaksa luahkan sorry husband). Baju2 dah pakai semua campak atas kerusi. Barang dah ambik atau dah guna taknak letak kat tempat dia balik. Biar je bersepah. Bilik air tak cuci dah kena bebel macam mak limah baru nak cuci itupun tak bersih. Sikit pun taknak sentuh part urusan rumah. Semua harapkan aku sampai sarat la aku lalui semua tu.
Bila aku mengadu macam2 mintak perhatian dia tak pernah pedulikan aku. Sekadar mendengar tanpa tindakan. Kecewa sangat2 sebab kami bercinta lepas nikah. Sepatutnya masih sweet2 gituh. Tapi lebih banyak bergaduh, bermasam muka. Awal2 kawin kami bergaduh suami aku dah sentuh fizikal aku macam bergaduh dengan kawan lelaki.
Semua tu menusuk dalam hati hingga sekarang. Selama aku mengandung aku menangis setiap hari dalam bilik air sambil bercakap dengan anak dalam kandungan tak ubah macam orang gila sebabkan mulut suami aku dan perangai malas dia. Aku teringin dimanja dan dibelai macam layanan daddy pada mummy aku dan layanan abang kepada kak ipar aku.
Pada dia aku tak keje. Aku perlu buat semua kerja dan itu tanggungjawab aku sebagai isteri. Dan dia suka perli2 aku sindir2 aku. Walaupun aku mengadu tak larat dia tak peduli. Sebab apa? Sebab tanggungjawab aku. Aku mabuk ke, aku nak pitam ke ( sebab hb aku rendah selama pregnant ) dia tak peduli. Adik2 dia yang pregnant elok je kerja takde masalah kenapa isteri dia tak boleh. Yang penting makan minum pakai dia siap!
Mungkin mak dia kena buli dengan bapak dia kot. Tu yang dia buat kat aku macam tu. Mak dia ikut je apa bapak dia suruh. Kenapa aku cakap buli? Sebab dia memang membuli aku. Kandungan dah besar masa tu aku pulak badan kecik memang macam penguin buncit dah gayanya. Dia suruh aku angkut barang2 berat beli di pasaraya masuk ke rumah. Katanya tak larat angkat banyak2 . Rumah bertangga pulak. Ya allah… Sabar je rasa. Banyak kali jugak la kandungan aku jatuh sebab kan angkat barang berat.
Lepas aku bersalin suami aku jaga aku pantang seminggu. Sebab seminggu je dia dapat cuti. Selebihnya mummy aku jaga. Kalau hujung minggu suami aku akan balik jaga aku dan baby. Alhamdulillah rapi penjagaannya. Luka aku pun dia cucikan dengan tertib dan teliti supaya aku tak rasa sakit dan bersih.
Setiap hari rutin dia bangun pagi siapkan breakfast, mandikan aku, sapukan param pilis segala bagai tu, boleh dikatakan perfect from A to Z. Ramai orang yang meroyan masa berpantang disebabkan tekanan. Aku cuba elakkan dari ingat semua perkara yang suami aku buat pada aku. Aku nak lalui detik berpantang yang menenangkan.
Habis berpantang balik ke rumah kami semula. Semuanya bermula bila aku dh habis pantang. Aku jadi manusia yang sangat lain. Aku suka marah2, suka tinggi suara, cepat naik angin, dan hati aku semakin keras macam batu. Aku dah tak peduli nak jaga perasaan suami aku macam kami mula kawin dulu. Even tersakiti semasa preggy aku tak pernah cakap kasar dan tinggi suara. But then, semuanya berubah. Aku jadi agresif sebab nak protect diri sendiri dari terus disakiti.
Setahun pertama perkahwinan kami suami aku suka marah2 aku. Pantang silap sikit mesti tinggi suara. Ada la baran tu. Kalau tengok rupa suami aku ni nampak baik je tapi sisi lain dia aku je yang tahu. Family dia pun takkan pernah tau perangai suami aku ni macam mana sebenarnya. So disebabkan tu la aku jadi seorang pemarah. Bukan aku cuba membalas perbuatan suami aku.
Semua tu berlaku tanpa sedar. Mungkin kerana apa yang aku pendamkan. Dan yang buatkan aku berubah jugak adalah sebab suami aku pernah cakap dia tak cinta kan aku. Nak cakap sayang pun berat sangat. Well kita boleh nampak orang sayang dan cinta kita macam mana. Kecewa tak? Hahahaha
Makin berlalu waktu makin besar baby aku. Pada aku anak aku je satu2 nya makhluk kecil yang jujur dan sayang sangat pada aku sepertimana aku sayangkan anak aku. Dan pada aku jugak, kalau suami aku takde pun aku tak heran.
Sebabnya dari part menjaga hati, urus rumah (sekarang boleh tahan dah rajin dia sebabkan mulut puaka aku selalu membebel ni la dia berubah slowly), jaga anak (lebih banyak malas dari rajin), cari duit (aku tak kerja tapi ada duit sampingan sendiri suami aku tak pernah bagi nafkah), semua aku boleh buat sendiri tanpa bantuan dia. Aku rasa aku mampu hidup sendiri.
Mungkin perit sikit awal2 tanpa suami tapi lama2 aku yakin aku boleh berjuang hidup sendiri dengan anak aku. Banyak kali aku mintak cerai sebabkan hal2 yang aku sebut tadi. Kehidupan aku seolah2 hanya berkahwin. Tapi apa yang selayaknya seorang isteri dapat, aku tak dapat.
Suami aku tak pernah pujuk aku. Suami aku tak pernah nak sweet2 dengan aku melainkan kalau nak tutttttt tuttt tut. Suami aku tak romantik walaupun berkali2 aku tekankan tolong jadi romantik sikit. Suami aku seorang yang sangat kasar. Boleh dikatakan aku hidup untuk diri sendiri dan untuk urus diri dia je. Tapi diri aku? Jadilah kau seperti wanita yang menahan derita di alam perkahwinan hahahaha.
Dan…. Disebabkan apa yang dah berlaku la buatkan aku konfius dengan diri aku sendiri. Suami aku dah slowly berubah. Cuma….. Aku sayang atau tidak suami aku? Perlu ke aku teruskan perkahwinan yang kosong ni? Boleh ke aku teruskan hidup dengan orang yang aku tak pasti perasaan aku pada dia macam mana, hanya lebih kepada tanggungjawab. Apa yang buat aku berubah sekarang ni adakah disebabkan aku dendam atau fobia?
Aku cuba selamatkan jiwa aku dari terus jauh dari suami sendiri. Bila tersakiti aku akan mohon pada Allah s.w.t supaya bantu aku. Aku rasa berdosa tiada perasaan pada suami sendiri. Tapi bukan sengaja. Semuanya disebabkan apa yang aku lalui. Aku boleh berubah sekiranya suami aku berubah. Tapi tidak.
Dia masih tetap dengan pendirian dia yang dia tak salah. Apa yang dia buat betul. Tak salah pun dan aku je yang mengada2. Yang paling kelirukan diri aku adalah, aku tak boleh nak mendoakan supaya hubungan kami ni kekal hingga ke jannah, tak boleh nak doakan supaya aku lembut hati untuk suami sendiri. Seperti ada sesuatu yang menghalang.
Aku cuba jugak mintak pertolongan dari pakar. Tapi tetap sama. Kalau ada dikalangan pembaca yang pakar dan tau apa masalah aku sebenarnya dan pernah lalui perkara yang sama macam aku.
Berdosakah aku sebagai seorang isteri tiada perasaan pada suami sendiri?, berdosakah aku suka tinggi suara dan marah pada suami sendiri bila dia buat salah?, berdosakah aku terpaksa melakukan semua pekerjaan atas dasar perlu buat dan bukan disebabkan buat untuk suami?
Terima kasih sudi membaca hingga akhir cerita. Aku masih keliru. Jadi aku sangat2 memerlukan bantuan untuk perbetulkan semuanya.
Assalammualaikum w.b.t.
– Aku yang keliru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit