Doa Si Kucing Tempang

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga sentiasa dalam keadaan yang positif. Terima kasih admin kalau confession ini disiarkan.

Cerita ini adalah pengalaman aku sendiri yang dah berlaku pada tahun 2016. Confession ni tak panjang dan aku cuba cerita secara ringkas dan santai agar pembaca dapat mengambil sebagai pengajaran.

Cerita bermula pada hari sabtu aku ada program universiti. Masa nak balik ke rumah sewa, aku terjumpa seekor kucing tempang di area car park.

Keadaan kucing tu macam rangka hidup, kakinya dibalut kain perca tapi dalam keadaan bengkak. Badannya kurus, mulutnya bising mengiau lapar atau meminta tolong barangkali. Aku tawakal untuk bantu dan merawat kucing ni.

Aku namakan dia Uyin.. Dalam keadaan aku sebagai student dan duit pun cukup-cukup makan time tu, aku mengambil tanggungjawab untuk membawa dia jumpa doktor veterinar. Ubat-ubatannya agak mahal, tapi takpelah aku anggap ini sedekah aku untuk dia.

Dalam perjalanan ke rumah sewa, kepala aku ligat berfikir macam mana nak jaga dia, sebab aku menyewa. Housemate pun ada yang tak suka kucing. Jadi aku ambil initiative kutip kotak di mydin. Aku buatkan rumah kotak untuk dia dan letak diluar rumah.

Setiap hari tak pernah jemu aku merawat dia, tapi housemate dah mula bersuara tak selesa sebab Uyin ni agak bising dan dia suka berak merata. Letih juga la time tu dan aku stress tak boleh fokus dalam kelas asyik fikirkan dia.

Ada suatu hari, waktu aku dalam class, housemate call bagitau Uyin berak dalam bekas baju dorang dan berak kat rumah jiran. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh terlepas keluar. Aku balik dan aku bersihkan rumah jiran. Malu tak payah cakap la, huhu.

Dalam masa seminggu aku dah nampak luka di kaki dia semakin sembuh. Dalam masa yang sama juga aku ada iklankan pada sesiapa yang nak jaga dia, sebab aku tak boleh nak teruskan jaga dia sebab kekangan tempat untuk dia.

Aku juga kena fikir keselesaan housemate aku juga, mereka nak study tak selesa. Setiap malam aku pandang dia aku stess dan menangis terkenangkan hidup dia lepas ni.

Tiga minggu bersama Uyin, kaki dan lukanya semakin sembuh. Dia pun dah aktif berlari dan melompat.
Bahagia aku tengok progression dia.

Suatu hari aku balik dari class, aku cari Uyin dah takde. Tak mungkin orang buang dia, sebab semua pergi class waktu tu. Mungkin Uyin dapat rasakan yang aku dah tak boleh jaga dia, akhirnya dia melarikan diri.

Sedih juga la senemarmya… Aku mengharapkan dia balik. Tapi dalam masa yang sama, aku lega sebab aku dah rawat dia sampai dia sembuh dan bebaskan dia, semoga Allah melindungi dia.

Dalam beberapa bulan berlalu, suatu hari aku ke bank untuk withdraw duit. Di luar bank ada seorang pak cik meminta sedekah, aku hulurkan sedekah pada dia.

Sampai di ATM, terkejut bukan kepalang bila tengok baki account bank aku berubah jadi LIMA ANGKA! Bayangkan student yang selalu ada RM50 je baki dalam bank berubah jadi RM50k++. Ini bukan dongeng, demi Allah aku tak menipu.

Aku balik ke rumah sewa, langsung tak boleh tidur malam tu. aku menggigil. Aku call mak aku, call ayah aku, ayah aku suruh minta bank statement. Esoknya aku ke bank semula untuk minta bank statement.

Pengurus yang menguruskan tu ucapkan tahniah pada aku. Aku jadi blur tetiba jadi orang kaya. Rupanya aku telah menang cabutan bertuah tahunan, hadiahnya seperti yang dinyatakan. Aku sujud syukur.

Alhamdulillah juga, selepas je aku tamat belajar, mana-mana interview yang aku pergi, mesti aku dapat panggilan kerja. Padahal aku bukan orang yang perform di Uni..

Mungkin berkat doa parents aku, adik beradik aku, orang yang pernah aku bantu, atau haiwan jalanan yang pernah aku beri makan. Alhamdulillah, rezeki aku tak pernah putus.

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan berkira untuk membuat kebaikan, memberi pertolongan, dan jangan pernah rasa miskin bila bersedekah.

Dunia adalah ladang pahala, semailah benih-benih pahala di dunia, diakhirat tempat untuk kita menuai. Ikhlaskan diri dan lapangkan dada. Jaga hubungan baik dengan Allah, jaga hubungan baik dengan manusia.

Semoga kehidupan anda semua dipermudahkan dan diberkati, Aamiin ya rabbal alamin.

– Penjaga Uyin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *