Assalamualaikum admin dan warga iium confession. Alhamdulillah, terima kasih jika admin siarkan luahan hati ini.
Sikit perkenalan tentang diri ini. Izinkan aku untuk membahasakan diriku sebagai ‘AKU’ agar selesa untuk aku bercerita. Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun. Wanita bekerjaya. Masih belum sampai rezeki untuk kami suami isteri mempunyai zuriat sendiri.
Berdasarkan tajuk diatas, aku meminta pembaca2 sekalian untuk memberi komen2 yang membina agar aku redha dengan masalah yang aku alami sekarang
Aku dan suami tiada mempunyai masalah. Tapi standard lah kalau ade masalah sikit2 tu kan. Tapi bukan isu ini yang aku mahu ketengahkan. Masalah yang aku alami berkaitan dengan keluarga suamiku.
Suamiku merupakan anak sulung dalam keluarganya dan mempunyai 1 adik perempuan dan 2 adik lelaki. Suamiku merupakan anak yang diharapkan oleh keluarga untuk menampung perbelanjaan keluarga, mendengar masalah keluarga dan menyelesaikan masalah keluarga.
Suamiku setiap bulan tidak culas memberi perbelanjaan untuk kedua ibu bapanya di kampung melebihi jumlah nafkah yang aku perolehi dari suamiku. Bagi aku jumlah yang diberikan sangat2 cukup untuk menampung kedua ibubapanya.
Tetapi malangnya setiap bulan ada saja masalah duit tidak cukup. Ini kerana didalam rumah tersebut mempunyai 2 orang anak buahnya (sekolah rendah), 2 orang adik lelaki (25 & 29 tahun) yang tinggal sekali bersama ibu bapanya. Ayah mertua tidak lagi bekerja. Emak mertua yang menguruskan semuanya. Ayah mertua tidak mempunyai kuasa didalam rumah tu.
Jika orang luar melihat keluarga ini, mereka pasti tidak percaya yang duit menjadi masalah pada keluarga ni kerana emak mertua ku mahu dipandang seperti orang ada2. Semua perfect hanya keluarga sendiri sahaja yang tahu apa kurangnya.
Sedikit tentang emak mertuaku, dia merupakan seorang ‘perfectionist’. Kalau mahu berbelanja mestilah di tempat ada2. Jika mahu beli baju mestilah baju yang nampak mcm orang ada2. Kalau berkereta mestilah kereta yang nampak mewah.
Senang cerita semua nak nampak yang dia berduit tetapi hakikatnya duit itu datang dari suamiku. Ini kerana dia sudah biasa mewah dari dulu kerana ayah mertuaku dulu bekerja offshore dan setiap bulan tabur je duit pada emak mertuaku.
Jika ada saja masalah dirumah tu yang melibatkan duit, semua dituju pada suamiku. Anak yang lain hanya berdiam diri. Adik lelaki tidak bekerja. Putus cinta dan frust sampai kerja asyik bertukar2.
Aku tidak mahu mengungkit apa yang suamiku korbankan pada keluarganya (terlalu banyak yang dia dah lakukan) tetapi apa yang aku nampak aku kesian pada suamiku. Dia bekerja 14 jam sehari. Sihat dan sakitnya aku yang tahu. Apa yang keluarganya tahu jika ada masalah wang, suamiku perlu bantu. Kalau tidak akan dilabel sebagai ‘anak derhaka’. Suamiku tersepit antara komitmen untuk familynya dan isteri.
Baru2 ni, kereta mak mertua problem. Kereta tu secondhand tapi kereta yang mahal la sebab nak nampak mewah katanya. Akhirnya kereta rosak. Baru pakai dalam 5 tahun. Sekarang nak beli kereta baru pulak dan mewah. Kalau ikut pada kemampuan, dia tidak mampu pon. Umur dah lanjut masih nak berhutang. Kereta lama masih elok boleh baiki tapi tegas mahu kereta baru.
Apa yang membuat aku tidak redha dan sakit hati ialah buat loan kereta atas nama suamiku. Ya Allah…. apa lagi ujian.. Jika tidak diturutkan jadi anak derhaka. Jika tidak diturutkan akan dipaksa2 untuk submit juga dokumen nak apply loan. Suamiku tidak boleh cakap ‘TIDAK’ so submit jela semua yang diperlukan. Kalau tak, jadilah adegan air mata diaman anak tidak mahu membantu family sendiri.
Bukan aku cemburu, aku pun ada kewangan yang stabil tetapi aku kesian melihat suamiku banyak sangat berkorban untuk keluarganya (moga adik beradik tahu menghargai pengorbanan abangnya). Sebenarnya banyak lagi masalah lain dalam familynya tapi aku malas nak hurai satu2 dan mungkin sampai esok pon tak habis lagi. haha.
Ok, pointnya yang buat aku sakit hati ialah dah la buat loan tu tak ada bincang pon dengan isteri. Isteri tak ada hak untuk tahu ke? (confirm2 kalau isteri tahu, isteri memang akan berleter dululah, haha).
Then, sebelum ni pon kereta yang ada kat kampung tu (2 kereta) tiap bulan culas nak bayar apatah lagi ambil kereta baru dan bayar kereta baru ni selama 9 tahun. 9 tahun ok suami aku perlu tanggung komitmen ni! Loan atas nama suamiku.
Emak mertuaku pesan pada suamiku potonglah tiap2 bulan perbelanjaan pada family. Tergamak ke suami aku nak potong? Then tengah bulan, hujung bulan cari lagi suamiku sebab ada masalah lain. Masalah tu pasti berkaitan duit.
Jujur aku cakap, emak mertuaku memang memandang duit. Baginya duit adalah segala2nya. Bayangkan jika mereka tidak dapat bayar bulan2 kereta baru tu, aku pasti suamiku yang kene bayar. Kalau tak jadilah anak derhaka. Itu je ugutan emak mertuaku pada anak2nya.
Aku pandang muka suamiku, aku bincang dengan dia. Aku terangkan pada dia apa risiko jika loan atas nama sendiri tapi kereta orang lain pakai dan orang lain bayar. Apa risiko jika mereka tak dapat bayar. Tapi suamiku hanya cakap, aku fikir terlalu jauh. Doakan yang baik2 agar tak ada masalah. Doakan baik2 agar niat dia bantu familynya dipermudahkan.
Ya Allah, baik sungguh suamiku. Dia hanya cakap ujian yang dia hadapi semua nie datang dari Allah swt. Ya Allah positif sungguh suamiku biarpun terpaksa tanggung anak2 buah dan adik lelaki yang tak berkerja di kampung.
Kadangkala aku terfikir, adakah ini sebab kami masih belum dikurniakan zuriat sendiri? Sebabnya suamiku masih perlu menampung keluarganya sendiri from A to Z. Perlu dibantu walau bagaimana susah pun suamiku. Tiada siapa yang tahu. Hanya aku yang tahu segala perbelanjaan suamiku sehinggakan tiada simpanan untuk kami.
Aku sering bincang bersama suamiku bagaimana dengan simpanan kami? Dia hanya cakap doakan dia sihat, dipermudahkan urusan untuk dimewahkan rezeki. Ya Allah, tolong ajar aku wahai pembaca bagaimana aku mahu redha seperti suamiku? Mulia sungguh hatinya.
Aku boleh terima semua masalah ni tapi memang ambil masa yang panjang untuk terima semua ni. Tak habis2 dengan masalah duit yang datang dari family mertua. Kadang2 aku fedup. Jika aku ada masalah dengan suamiku yang melibatkan hal suami isteri aku boleh selesaikan. Tapi kalau isu yang aku nyatakan diatas jujur aku tak larat.
Apa yang aku ceritakan baru 1/3 sahaja, Selebihnya aku pun dah malas nak ingat. No wonderlah sekarang banyak kes cerai berai yang melibatkan keluarga mertua, bukan masalah dengan suami/isteri sendiri. Cuma apa yang aku doakan moga suamiku dimewahkan dengan rezeki yang melimpah ruah serta sihat tubuh badan meskipun kami masih tidak mempunyai zuriat sendiri.
Oklah aku rasa macam dah panjang sangat. Baru 1/3 masalah dari keluarga mertua belum lagi semua. Kalau semua benda aku cerita, aku rasa pembaca mesti minta aku undur diri dari family tu, haha..
So guys please bagi kata2 membina, kata2 yang boleh buat aku redha dengan masalah yang lepas, sekarang dan akan datang yang melibatkan keluarga suamiku.
Terima kasih semua…..
– ~Isteri yang Belajar Untuk Redha~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit