Amalan Yang Melindungimu

Assalamualaikum. Thank admin kalau confession aku ini di approve. Aku Si Lily Pinky (Bukan nama Sebenar), seorang perempuan yang masih single, punyai harta sendiri, kerjaya sendiri, punyai hobi sendiri, suka travel, family baik, senang cerita hidup aku allhamdulillah masih baik dan okay.

Aku buat confession bukan nak bukak aib sesiapa, lama jugak aku fikir nak tulis atau tak sebab aku risau kalau ia bukak aib aku sendiri. Benda ini keep always come in my mind untuk aku becerita. Jadi, aku pilih untuk becerita dalam page ni. Since kat sini ramai tak tahu siapa aku sebenar dan aku inbox admin pon bukan guna real fb, aku pakai fb aku yang lama aku tak bukak. Harap tak de lah yang kenal aku sebab ramai gak friends fb aku follow page ini.

Aku tak tahu dari mana aku nak bercerita. Kisah ini berlaku 3 tahun yang lalu, lama dah tapi aku cuba lupakan. Kadang-kadang ia buat aku teringat balik. Bila bersendiri aku terfikir,apa yang aku pernah buat zaman dulu sampai aku terima ujian sebegini.

Sebelum itu, aku cerita sikit pasal diri aku dulu. Lepas grade, aku memang suka join seminar untuk improvekan diri aku seperti seminar kewangan, seminar motivasi, seminar bisness, dari yang berbayar ke yang FOC. Sampai sekarang pon aku masih join seminar untuk jumpa ramai orang. Paling aku suka datang yang seminar FOC. Dari situ aku banyak kenal ramai orang, aku kenal kakak-kakak (makcik2 yang berusia) dan abang-abang (majority banyak suami orang).

Disebabkan muka aku sedikit matang, dorang tak expect aku terlalu muda. Jadi, aku senang bergaul dengan mereka. Aku join group dan kami berdiskusi dan berborak dalam itu, majority banyak lelaki lah dalam group tu. Kadang-kadang ada gather kitaorang join sekali sebab ramai yang share ilmu. Kat situ, aku dah familiar n kenal peel lelaki orang, jadi aku akan buat gap siap-siap dan tak over sangat. Kiranya kami masih jaga adat-adat dan batas-batas pergaulan.

Benda ini still continue, sampailah suatu hari aku ada join 1 seminar FOC mengenai ilmu kewangan jugak di ibu kota. Kat situ aku bertemu seorang lelaki, kami berborak dan add each other kat fb. Disebabkan minat kami sama, jadi kami selalu contact discuss and share ilmu-ilmu yang berkaitan. Dari fb, tukar ke whatsapp dan kadang-kadang berborak lama just untuk berbincang and argue each other.

Entah macam mana aku tak tahu aku jadi suka kat dia, dia pon suka borak dengan aku jadi kami jadi makin rapat. Sebelum aku bersetuju nak add friend dia kat fb,aku pernah bertanya direct statusnye, dia kata dia masih single. Bila makin rapat kami decide nak berjumpa lagi. Oh yeah, Dia bekerja di selatan tanah air, dan aku bekerja di ibu kota.

Kami jauh jadi terpaksa prepare nak jumpa macam mana dan bila. Bila makin jumpa, lama-lama kami bercinta, kami pon masing-masing single and minat benda yang sama. Orang kata sekufulah. Kadang-kadang perbincangan kami akan menjurus untuk bawak hubungan ini lebih jauh. Bila kita dah terikat hati dengan seseorang, kadang-kadang kita rasa macam ada sesuatu yang di sorokkan.

Ya, aku rasa ada benda something yang dia cuba sembunyikan dari aku. Bila aku Tanya, dia tak nak jawab, dia kata aku akan marah kalau aku tahu. So, dia selalu kata jangan fikir sangat dan tiada apa-apa. Suatu hari, aku ada bemimpi dia.

Dalam mimpi itu aku Nampak dia ada perempuan lain sambal pegang tangan. Bila aku suarakan mimpi aku itu dan cerita semula kat dia. Dia nafikan. Kami masih berhubung melalui fb dan whatsapp dan lama-lama aku rasa macam dia nak jauhkan diri. Bila aku Tanya kenapa dia tak nak jawab. Adat bercinta, kadang-kadang gaduh dan berbaik balik. Makin lama aku rasa hubungan ni jadi hambar. Aku rasa dia ada sorokkan sesuatu, dia tak nak bagitahu aku.

Aku cuba keep positif, mungkin dia penat. Kami pon berkawan lah macam biasa. Kadang-kadang aku rasa sedih dengan layanan dia buat kat aku. Tak berbaloi dengan effort aku dan sayang aku kat dia. Mungkin sebab aku terlampau saying kat dia, aku jadi susah nak putuskan hubungan kami. Even masa tu, aku da rasa something yang dia cuba sorokkan.

Lama-lama aku penat nak fight perasaan sendiri bila aku sedih, aku berdoa minta Allah tunjukkan. Aku doa, kalau betul dia jodoh aku permudahkan kami, kalau bukan jauhkan dia selama-lamanya. Bagi dia accident supaya aku dapat lupakan terus dia. Jahatnye aku doa macam tu. Hati aku terluka dia tak peduli pulak, huu..

Lama-lama aku terus jauhkan diri dari dia padahal rindu tu jangan cakap, selalu tengok dia dari jauh bila dia update status dia kat fb. Aku berperang dengan diri aku sendiri supaya dapat lupakan dia dan teruskan hidup walaupon aku tak kuat, aku rindu aku contact dia semula. Lepas tu menyesal sebab terluka. Aku cuba lagi untuk tak nak contact lagi.

Keep counting beberapa hari ‘Kejayaan aku tak contact dia’ tu Berjaya. Bila nak dekat hampir 2 bulan tak contact, suatu hari kawan dia call aku bagitahu dia meninggal sebab excident dan tiba-tiba mention pasal isteri dan 2 orang anak dia. Aku terkejut. Aku Tanya betul ke dia ada isteri. Kawan tu kata Ya. Dorang ni dah lama kahwin. Aku rasa nak menangis. Aku terkejut dan menangis bukan sebab dia meninggal, aku terkejut sebab dia dah kawin dan dia tipu aku.

Kawan aku minta dia maafkan arwah. Rupanye kawan dia tahu pasal kami tapi tak nak bagitahu pasal status arwah tu kat aku. Aku down teruk. Aku tak boleh nak maafkan dia. Masa tu, dalam hati aku, aku akan tuntut dia kat akhirat. Berbulan-bulan aku cuba untuk lupakan sampaikan ada seseorang bagitahu, “maafkanlah supaya hati kita tenang”..

Sumpah, lama aku redha dan cuba maafkan apa dia dah buat. Selepas beberapa bulan baru aku tenang untuk maafkan dia. Betul orang kata, kita boleh memaafkan tapi kita tak boleh melupakan.

Ada sahabat pernah bagitahu pada aku, “mungkin ada amalan kita yang menyebabkan Allah lindungi kita dari bala bencana ” . Bila aku fikir-fikir balik, aku setuju apa yang sahabat aku cakap. Allah banyak bagi ‘Hint’ termasuk dalam mimpi, tapi aku tak faham dan aku tak dengar dari mulut dia sendiri jadi aku cuba positif. Sometime when we are too positive will kill the instinct. Kalau rasa tak sedap hati, give the time to follow our instinct.

Even kisah ni dah berlalu, aku masih teringat. Allhamdulillah aku Nampak hikmahnye, aku sekarang lebih berhati-hati dengan lelaki. Even sekarang ini, ramai je lelaki orang nak try-try aku, tapi aku da tahu tektik2 dorang tu. Kalau mengatal teruk Terus aku block n seen jer. Malas nak layan sangat. Kerjaya aku banyak jumpa orang especially lelaki.

Pengalaman ni banyak ajar aku untuk bertoleransi dan berprinsip. Jangan ganggu hak orang, tapi aku cuba tak mahu terlampau menolak sebab aku takut dengan ujian Allah pada aku. Kadang-kadang Allah akan uji apa yang kita cakap dan buat, tak hari ni mungkin esok dan akan datang.

Sekarang ini aku masih lagi single, menunggu jodoh tak kunjung tiba. Tipulah kalau tak de orang approache, ada je tapi aku tak tahu dan kadang-kadang aku rasa fobia. Sebelum ni aku ada rapat dengan seseorang dan aku mimpi dia bukan jodoh aku. Aku terus jauhkan diri.

Then, sekarang ni Aku ada mimpi “seseorang” yang aku kenal dalam mimpi aku lebih 2 kali. Tetapi lelaki tu cuba mengelak dengan aku sekarang ni. Aku tak tahu sampai bila aku terpaksa bersabar dan menunggu. Aku jadi malas nak fikir pasal mimpi ke pasal lelaki dlm mimpi aku.

Doakan aku guys. Semoga jodoh aku kunjung tiba tahun depan. Tahun depan aku nak travel lagi tapi mak aku tak bagi, suruh aku kahwin walaupon sekarang aku enjoy dengan hidup aku yang single dan seronok nie. Harap doa-doa salah seorang dari kalian ni Allah angkat untuk mempercepatkan jodoh aku. Aamiin.…

Btw, Thank sebab sudi membaca confession aku. Harap semoga sihat dilindungi Allah.

Teruskan berjalan,

– Si Lily Pinky (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *