Assalamualaikum semua. I will try to keep this short and simple. Sebelum tu saya mohon maaf seandainya penulisan saya ini berterabur sikit – emosi saya sedang tidak stabil.
Dan saya baru lepas menangis puas-puas kat toilet pejabat. Masih menangis sebenarnya sambal taip confession ni. Please be warned, this is another marriage confession. Maaf, saya tak ke KRT kerana saya percaya audience di sini lebih matang dan sophisticated, insyaAllah. <3
Hari ini saya bergaduh (lagi) dengan suami saya. Saya dah berkahwin, 10 tahun dah. Ada anak-anak yang masih kecil. Anak-anak ini nyawa saya – the reason I keep and force myself to function as a normal human being.
Masalah saya di sini – I have been diagnosed with depression since last year tapi tidak mendapat sokongan daripada suami, sedangkan puncanya adalah dia. Baru diagnose tahun lepas sebab I keep on delaying getting help.
Finally, saya paksa diri pergi klinik kesihatan, dan mereka referkan saya kat hospital. Saya masih dalam rawatan kerana saya ni mangsa (masih mangsa, bukan survivor) domestic abuse dari segi mental, fizikal dan emosi.
Penderaan fizikal dah tak ada sebab mak ayah saya dah tahu hal ni. Mungkin dia takut ada bukti fizikal yang boleh diambil tindakan ke atasnya.
Sekarang ni dia banyak torture saya dari segi mental dan emosi. Saya mudah triggered dengan apa saja yang dia buat especially benda-benda yang saya tak berkenan. Kadang benda kecil pun boleh buat saya meletup dengan dia.
Sebelum ni saya tak macam ni. Saya terpaksa tahan sabar sebab takut kena pukul. Dan juga mungkin sebab dah lama sangat saya pendam macam-macam dan tahan sabar dengan apa dia dan keluarga dia buat kat saya.
Masa mula-mula mak ayah dia tau tentang abuse ni, mereka masih backing dia. Adik beradik dia pun sama. Sebenarnya, sampai sekarang pun mereka masih sokong dan tak nasihatkan pun anak mereka ni. Nasihat pun ala kadar, dan masih cari point salahkan saya juga.
Mula-mula dulu, mak ayah dia sekadar minta maaf begitu sahaja dengan saya dan mak ayah saya. Tiada sebarang jaminan tak akan berlaku lagi, dan tiada sebarang penyesalan semasa mereka minta maaf tu.
Cuma saya dipujuk untuk terus bertahan demi anak-anak – most possibly sebab mereka malu kalau ada penceraian di dalam keluarga mereka. Malu dengan sedara mara sebab mereka ini keluarga sakinah, mawaddah, warahmahlah kiranya di kalangan sedara mara, jadi image kena jaga walaupun menantu terseksa.
Tapi kalau ikutkan mak ayah saya, dorang memang lebih rela saya dilepaskan daripada menderita macam ni. Saya bersyukur masih ada mak ayah yang memang support system saya paling kuat.
Dulu masa mengandung ke, tak mengandung ke, pantang, tak pantang, saya tak dilayan dengan baik. Sikap pemalas, berkira memang tak dapat dipisahkan dengan suami. Sekarang ni dalam rumahtangga, boleh kata 98% saya yang uruskan. Dan saya ini juga bekerja sepenuh masa.
Saya yang uruskan semuanya bukan sebab saya tak suruh dia tolong, bukan sebab saya tak minta kerjasama dia, dan bukan sebab saya tak percayakan dia uruskan sama-sama. Dah puas disuruh, diajar, dididik, masih sama.
Dia suka menangguh urusan, suka leka dan lebih banyak menghabiskan masa dengan gadgets dan kawan-kawan. Semua nak kena tunggu saya mengamuk macam orang takde pedoman dulu, baru nak berubah, Berubahlah sekejap sebulan dua, lepas tu buat hal balik.
Bila minta tolong buatkan susu anak contohnya, dia akan mengeluh penat. Ye, dia sorang je penat kat dunia ni. Saya memang tak penat sebab saya ni robot agaknya. Lama-lama saya jadi malas nak minta tolong apa-apa dengan suami, dan saya dah tak harap apa-apa kat dia. Saya rasa lebih baik saya jaga anak-anak sorang-sorang. Dia ada ke takde ke sama je. I feel like a single mother anyway.
Selama berkahwin ni, I have been conditioned to think that I am useless, saya isteri yang selalu berdosa, yang derhaka, syurga di bawah tapak kakinya walaupun salah daripada dia. Saya sering diugut dengan agama.
Masa belum ada anak dulu, saya pernah disuruh berhenti belajar sebab dia kata saya tak pandai uruskan masa saya dan saya tak bagi SEPENUHNYA perhatian kat dia.
Masa tu, office dan rumah kami dekat, jadi kalau saya tak balik masak tengahari contohnya, sayalah yang kena keluar pejabat dan belikan makanan untuk dia dengan duit saya dan hantar kat dia kat rumah – sedangkan dia ada motor dan boleh je pergi mana-mana untuk lunch sebelum dia pergi kerja.
Sekarang ni saya dah kena sambung PhD pula atas tuntutan kerja, bosses dah tanya. I doubt my husband will be supportive. Kadang dia ni macam tak faham bahasa pun ada. Mengalahkan anak-anak. Anak-anak saya pun lebih matang dan memahami saya walaupun mereka masih kecil.
At that time, masa mula-mula kahwin dan tak ada anak lagi, I was expected to serve him and wait on him hand and foot macam surirumah sepenuh masa. Mungkin masa tu dia terpengaruh dengan adik beradik lelaki dia yang di mana isteri dorang semuanya surirumah.
Disebabkan ini juga, saya pernah dipaksa berhenti kerja. Tapi saya pertahankan, sebab saya tahu kalau saya berhenti, dia takkan mampu sara hidup kami berdua. Yang kelakar dan sakit hatinya, idea ini disokong oleh mak mertua saya. Ini pun satu hal, in laws saya manjakan sangat anak-anak lelaki mereka. Yang menanggungnya sekarang, the wives.
Take note please, dalam keluarga tu, bukan saya sorang je yang hadapi masalah dengan suami. Biras-biras saya yang lain pun sama rupanya – cuma saya tak taulah kalau biras-biras saya tu pun ada depression ke tidak. Tapi kes kami semuanya lebih kurang sama. Tapi itu pun in laws masih tak sedar dan nampak agaknya.
Especially adik beradik perempuan suami – ada je yang kami menantu-menantu perempuan ni buat tak kena di mata dorang. Kena perli, kena pulau, tu perkara biasa – saya dah tak heran dan dah tak kuasa nak melayan pun bila dah berusia ni. Tapi sampai bila saya harus biarkan diri saya terdedah dengan perkara negative macam ni? It is really eating me up slowly from inside.
Honestly, saya dah tau apa nak buat. But I am determined to get out of this toxic marriage sebab dah tawar hati yang amat, in fact dah takde hati sebenarnya. Cuma I don’t know where to start. Right now I really need good advice – emotional advice ke, legal advice ke.
Any kind of positive advice. Especially legal advice because I don’t wanna lose my nyawa – my kids. Anak-anak jelah penguat semangat saya sekarang ni.
Will I lose them just because I have depression yang puncanya daripada suami saya juga? What are the consequences, etc? Please help. I am really desperate for your kind help pada hari Jumaat yang mulia ini. Thank you in advance dan sayang semuanya. :)
Love,
– Manisah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit