Saya dan Hiperhidrosis

Assalamualaikum.. Saya masih bersekolah dan berumur 17 tahun. Saya ada penyakit hiperhidrosis. Atau bahasa mudahnya tangan berpeluh. Tak kira masa dan keadaan, mesti tangan saya berpeluh. Ni tengah menaip pun, tangan berpeluh ni. Habis ‘berair mata’ skrin dibuatnya.

Penyakit ni sebenarnya dah mula dari saya tadika lagi. Setiap kali menulis dan mewarna, mesti kertas jadi comot. Sampai dah tak nampak tulisan, huhu. Tapi waktu tu kecil lagi, tak faham apa pun. Sampailah saya darjah 6. Saya ingat lagi, waktu tu ada majlis restu ilmu untuk UPSR.

Setelah selesai ucapan, pelajar kena beratur untuk bersalaman dengan guru-guru. Waktu tu saya perasan tangan saya basah. Rasa pelik sangat kemudian saya basuh tangan. Tapi masih tak hilang peluhnya.

Lepas salam dengan cikgu, terus cikgu lap tangan dia kat seluar pastu tanya, kenapa tangan awak basah ni?? Waktu tu saya mampu tersenyum sahaja. Tak mampu nak balas apa2.

Sejak dari tu, saya rasa takut sangat nak bersalam dengan orang lain. Malu dengan cikgu dan rakan2. Pernah juga kawan tanya sambil pandang jijik, “Eii, kenapa tangan kau basah? Waktu tu memang terasa sangat-sangat.

Kalau ada hari keluarga dan sambutan raya, saya rasa berdebar sangat sebab saya malu nak salam dengan orang. Takut orang pandang saya pelik. Biasanya saya akan pakai baju lengan panjang sampai tapak tangan. Jadi dapat la cover tangan sikit walaupun masih basah. Rasanya dah banyak koleksi baju menggelebeh saya ada.

Dengan tangan yang berpeluh ni, susah saya nak buat kerja.. Contohnya bila nak tampal kertas mahjung pada papan putih, mesti tak melekat sebab dekat solotep ada kesan berair. Apa lagi bila pegang kertas, habis basah hujung kertas tu.

Pelajaran yang paling saya tak suka tentulah kemahiran hidup. Benda pertukangan, menjahit dan elektrik betul2 saya tak boleh buat. Susah sangat nak pegang barang sebab tangan licin dan hasilnya PT3 KH saya dapat C. Tapi saya tak kisah.

Saya seorang pengawas dan selalu ikut kem pengawas. Saya gembira dapa ikut kem tapi saya takut nak bersentuh tangan dengan orang lain. Contoh nya bila selesai buat tugasan, mesti akan ada tepuk tampar (dengan perempuan sahaja ye). Hmm benci betul saya benda ni.

Strategi saya.. saya jauhkan diri dari ahli group. So tak de la diorang perasan saya seorang je tak. Bertepuk tampar lagi satu, yang menggerunkan bila fasilitator suruh pegang tangan antara satu sama lain dan genggam kuat-kuat konon nak eratkan ukhuwah antara satu sama lain.

Cuba bayangkan betapa berpeluhnya tangan saya! Dah lah tangan saya memang basah, terpaksa pula genggam tangan orang lain. Rasa macam nak lari sekuat hati dari tempat tu.

Selain tu, saya juga selalu pergi lewat untuk ke padang. Biasanya waktu pj murid-murid akan buat bulatan sambil pegang tangan. Ha apa lagi , saya pun pergi tandas konon-konon buang air besar. Jadi saya boleh lepas kan diri dari pegang tangan dengan orang lain. Tapi taktik ni kadang2 je… lagipun cikgu pj saya tahap garang macam monster.

Saya selalu rasa bimbang kalau tangan saya basah. Tapi kebimbangan tu lah yang buat tangan saya bertambah- tambah basah. Dah bertahun-tahun pun saya masih susah nak kawal. Tapi biasanya kalau dalam keadaan yang sangat tenang, tangan saya akan normal. Contoh nya waktu solat. Bila tangan normal, saya selalu rasa excited nak salam dengan orang lain. Maklumlah benda tu jarang boleh buat.

Sejujurnya saya selalu tanya pada Allah, kenapa saya diuji sebegini? Kenapa tangan saya tak normal macam orang lain? Saya tak nampak lagi hikmah di sebalik tangan berpeluh ni. Apa yang saya nampak dia hanya buat diri saya lemah dan tak berguna depan orang lain. Tapi, saya cuba pujuk diri dengan bersabar.

Awak semua doakan saya kuat tau. Rasa penat sangat dengan penyakit ni. Rasanya dah lebih 5 tahun saya berlawan dengan penyakit ni.

Di sebalik penyakit ni, saya bersyukur sangat bila jawab peperiksaan terutamanya bila tulis karangan, tangan saya langsung tak berpeluh. Alhamdulillah. Saya tak pasti kenapa. Mungkin sebab saya selalu semangat nak jawab peperiksaan dan selalu buat ulang kaji awal.

Saya baru sahaja habis menjawab kertas Bahasa Arab SPM. Alhamdulillah, soalan yang keluar mudah dan sering keluar seperti peperiksaan SPM yang lepas. Saya berdoa supaya target saya untuk dapat A+ tercapai.

Mungkin ada yang tertanya, ibu bapa saya tak tahu ke pasal masalah saya? Saya rasa mereka tak tahu sebab mereka tak pernah tanya saya. Lagipun selalunya saya akan bersalaman waktu pagi. Waktu tu tangan saya boleh dikatakan agak kering jadi mereka mungkin tak rasa apa-apa.

Saya selalu terfikir nak buat pembedahan hiperhidrosis tapi tak berani dah beritahu ayah dan ibu. Mungkin bila tiba masanya saya akan beritahu. Saya rasa saya masih boleh tahan lagi.. Abang2 dan kakak2 semua doakan saya agar terus kuat ya. Terima kasih.

– NNZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *