Buat Puan Dania dari “Struggle Jaga Anak” (https://iiumc.com/struggle-jaga-anak/), saya terpanggil kongsi tips. Saya juga ada anak seperti Puan. Fuh. Mencabarnya Ya Tuhannnnnn. Allah je tahu cabarannya. Letak menangis, bagi susu, tido 5 minit lepas tu terjaga menangis balik.
Pendek kata memang tak boleh urus diri. Lapar tolak tepi, rumah tolak tepi, mandi? Apa itu mandi???? Haha. Penat 24/7. Nafsu dengan suami pun hilang. Nak urus diri pun takda mood.
So saya cuba cari jalan masa anak saya 5 bulan supaya mental saya terjaga dan sihat. Saya taknak meroyan.
Anak tak nak diletakkan.
Puan boleh beralih kepada baby carrier. Yes puan dah cuba gendong anak, saya aware on that. Gendong is for newborn sampai 4 month baby, sebab tulang dorang belum kuat untuk duduk dalam baby carrier. While baby carrier untuk 4 bulan ke atas. Dorang enjoy duduk dalam tu. Pastikan beli yang ergonomics.
Sambil buat kerja, potong bawang, blender bawang, boleh carry anak. Anak sentiasa di dakapan dan insyaaAllah akan tido. Maybe akan ada yang kata.. “jangan ajar anak berdukung, nanti dia biasa nak berdukung je”.
Puan fikirkan balik, puan stress tak anak taknak tinggal sorang2? Puan stress tak anak asyik nak puan depan mata? Kalau stress saya sarankan, puan buatlah keputusan yang patut sebelum puan masuk fasa post partum depression.
Susah nak mandi.
Apa kata puan mandi sama2 dengan anak? Puan pakailah kain batik atau t-shirt dan kain batik. Asalkan tak naked. And puan mandikan anak dalam tub atau besen, puan ambik kerusi, puan sabunkan anak, bagi dia mainan sikit, sambil2 layan dia main, puan sabun badan puan, gosok gigi, cuci muka etc etc. Tak stress.
Tak boleh makan.
Macam tips pertama saya. Puan carry anak semasa memasak. Jadi puan boleh memasak. Puan boleh makan sambil carry anak. Puan duduklah, dan makan atau makan semasa puan layan anak bermain. Makan pakai sudu takut2 anak banyak songeh. Tak puas? Pilihan ditangan puan. Nak lapar atau nak kenyang.
Anak jatuh katil.
Saya syorkan, puan dan suami tolak ketepi katil tu sekejap. Tido beramai2 atas tilam kat lantai. Amek tilam queen atau king yang tebal tu. Letak je atas lantai. Kalau puan bangun pagi2, tak perlu dah nak angkat2 anak puan, nanti terjaga, kerja tak jadi. Biarkan dia tido atas tilam. Atau, puan boleh beli penghadang katil untuk baby. Boleh google saya tak ingat namanya.
Selain tu, saya syorkan, puan cuba blender bawang, cili, sediakan pes rempah apa2 masakan puan semasa suami puan ada. Buat banyak2, nanti tinggal nak prepare atas dapur sahaja. Atau kalau puan tak kisah, beli je pes2 masakan segera. Bawang blender, cili blender pun dah ada orang jual online sekarang ni.
Semua tips saya ni adalah berdasarkan pengalaman saya. Dan cara saya handle dan tangani masalah saya. Yes saya pernah masuk fasa postpartum depression. Anak saya pernah kena lempar atas katil. Saya pernah tengking anak saya sampai keluar suara jantan.
Saya tak boleh mandi, tak boleh masak, tak boleh makan. Setiap hari saya kena hadap muka anak saya. Dia tak boleh ditinggalkan langsung. Saya stress. Ramai orang komen, orang judge. Tapi tak sorang membantu. Siapa yang perlu bantu kita? Hanya diri kita sendiri. Puan pedulikan apa kata orang.
Pesanan saya, jaga mental baik2. Once puan dah kena postpartum depression, tak senang nak baik puan.
Saya dah lalui fasa baran, fasa nak mati, fasa nak tikam diri, fasa salahkan diri sendiri, fasa salahkan Pencipta, fasa suruh suami cari isteri baru sebab rasa diri dah tak function sebagai seorang ibu dan manusia biasa. Saya menangis sorang2 tanpa sebab. Rasa hopeless dan tak guna. Tambahan saya suri rumah. Nasib belum pernah rasa nak apa apakan anak.
Puan Dania, keharmonian sesuatu keluarga terletak kepada seorang ibu, kalau ibu “sakit”, tak ada kebahagiaannya. Anak2 asyik ditengking, dimarah, suami buat itu salah, ini salah. Semua tak kena.
Puan kena pandai tackle masalah puan. Kalau puan perlu pakai buaian untuk anak tido lena, pakailah. Kalau puan rasa puan perlu beli puting untuk bagi anak diam, belilah yang orthodontic anti jongang. Kalau puan rasa perlu buat dan guna benda2 ni, buatlah, jangan peduli apa kata manusia.
Kalau puan tak nak guna buaian sebab nanti susah travel, puan boleh beli enjut baby yang ada getaran tu. Mungkin anak puan suka. Kalau tak suka, puan boleh tutup getaran tu, goyangkan guna kaki. Anak boleh tido, puan boleh makan, main fon, tengok tv ke.
Saya tak kata cara saya ini betul. Cuma sekadar perkongsian dari seorang ibu kepada ibu lain. Maybe tak pernah ada orang katakan pada puan begini, tapi, jagalah mentalmu wahai ibu2.
– Puan Aimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit