Testimoni Doa Dzun Nun

Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih kepada confessor yang menulis artikel bertajuk Doa Dzun Nun, (https://iiumc.com/doa-dzun-nun/).

Semoga Allah berikan rahmatNya kepada confessor kerana telah menunjukkan jalan yang baik bagaimana untuk mencari penyelesaian akan masalah yang sedang saya hadapi.

Dah lama saya mendoakan agar Allah dapat mempertemukan saya dengan seorang perempuan. Setiap hari saya mendoakan kebaikan untuk dia. Saya juga memohon kepada Allah agar Allah dapat beri peluang untuk saya bertemu dengan dia.

Hampir 3 bulan dah saya berdoa. Tapi, masih belum dimakbulkan. Namun saya tak pernah putus asa berdoa. Saya berdoa setiap hari. Saya yakin Allah akan makbulkan doa saya. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan melalui artikel Doa Dzun Nun yang saya baca.

Sejak saya membaca artikel tu, saya membaca doa tersebut dan berzikir dengan doa tersebut.

Percaya tak kalian, bahawa seumur hidup saya, saya tak pernah bertemu pun dengan perempuan ini yang setiap hari saya mendoakan dia tanpa jemu?

Saya tak pernah bercakap dan bertexting dengan perempuan ini? Namun saya selalu mohon pada Allah untuk bertemu dengan perempuan ini tanpa putus asa.

Saya menangis teruk tadi kerana bebanan ujian yang Allah berikan. Saya cuba lapangkan hati dengan membaca beberapa surah daripada Juzuk 30.

Saya selesaikan solat Maghrib dan Isyak. Saya baca surah Al Mulk. Saya zikir dengan doa Dzun Nun. Kemudian saya cuba lelapkan mata sebab dah terlalu penat menangis. Al Quran saya letak di sebelah wajah saya. Saya peluk Al Quran tu sambil cuba lelap.

Tiba – tiba saya yang dalam keadaan yang dah lemah dan mengantuk kerana menangis teruk berdoa pada Allah akan perempuan itu, perempuan yang tak pernah seumur hidup pun saya jumpa.

Saya mohon dalam keadaan lemah berdoa agar Allah pertemukan saya dengan perempuan tu. Entah bagaimana tiba – tiba saya tergerak hati untuk berbuat sesuatu. Terus saya buat. Dan akhirnya saya dapat jalan bagaimana untuk mencari perempuan ini. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Sebelum ini saya ada berusaha untuk jumpa perempuan ini. Saya minta pertolongan dari dua orang kawan saya. Tapi, semuanya gagal. Akhirnya Allah tunjukkan juga jalan melalui gerak hati yang Allah beri pada saya. Dan Allah permudahkan.

Sekarang cuma tinggal selangkah lagi untuk saya bertemu dengan perempuan ini. Hati saya berdebar sangat nak jumpa dia. Setelah sekian lama hati saya penasaran tentang perempuan ini, akhirnya saya cuma tunggu waktu untuk bertemu dengan dia.

Moga Allah permudahkan segala urusan.

Semoga Allah mudahkan saya bertemu dengan dia. Moga pertemuan ini ada hikmah. Cuma tinggal selangkah saja lagi untuk saya bertemu dengan dia.

– Gadis yang Tak Putus Asa Berdoa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *