Saya Sara. Saya telah berkahwin selama beberapa tahun dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Suami saya seorang anak yang sentiasa taat cakap ibubapanya nya daripada kecik.
Dia seorang yang sangat patuh dan dia masih patuh sehingga saya sebagai isteri terasa kerana saya tinggal bersama mertua. Kadang kadang saya rasa patuh dia kurang relevant sehingga tak tahu nak seimbang kan parents dan isteri.
Antara perkara yang saya berkecil hati adalah dia selalu menghabiskan masa dengan parentsnya, literally pagi, selepas kerja dan malam sebelum tidur.
Jika ada masa di bilik kamipun selalu bermain handphone sehingga abaikan saya. Saya berasa terabai dan kecil hati lagi- lagi kami masih tiada zuriat.. Jadi perasaan nak perhatian daripada suami tu mmg membuak.
Saya pernah berulang kali nasihat suami tapi dia selalu fikir apa dia buat betul, tiada salah dan selama ni apa dia layan saya cukup tiada yang kurang. Saya cuba cakap cara baik dan baik tapi masih sama. End up akan bergaduh juga dan dia masih dengan pendirian dia.
Kemudian saya fikir cara lain dengan mengajak suami saya berpindah rumah. Reason saya untuk pindah rumah bukan lah hanya untuk privacy kami berdua dan ingin kan dia beri perhatian kepada saya sahaja tapi more on fikir masa hadapan kami.
Tapi apa yang saya dapat hanya lah bergaduh teruk kerana suami tak sampai hati untuk tinggalkan ibubapanya kerana dia kata syurga nya di bawah ibubapanya bukan saya.
Selain itu, ibubapa mertua juga memang tunjuk kesedihan bila anak mereka ingin berpindah sehingga suami saya yang memang seorang patuh ni tak sampai hati untuk keluar rumah sehingga korbankan perasaaan saya. Bukan kan sediakan rumah untuk isteri juga suatu kewajipan jika mampu?
Semua orang sayangkan ibubapanya. Saya juga seorang anak.. selepas berkahwin saya masih ziarah ibubapa saya, bertanya khabar tapi pada masa sama saya tahu saya ada suami yang perlu saya akur. Begitu juga ayah saya.
Banyak lagi yang saya alami, contoh untuk pergi bercuti berdua pun suami selalu bagi alasan lain tapi saya tahu more on dia fikirkan parents dia.
Adik beradiknya yang lain ada cuma masing- masing dengan hal masing-masing. Hanya suami yang seolah taksub dengan perhatian daripada parents dia dan terlalu takut parents dia kecil sehingga abaikan perasaan isteri.
Yang saya sedih, semua adik beradik suami bahagia membawa keluarga kecil mereka ke luar rumah walaupun mereka tahu prents mereka kecil hati, tapi disebabkan ketaatan suami saya, kami sahaja berdua disini :(
Saya tidak juga salahkan siblings 100% kerana paham mereka ada tanggungjawab mereka sendiri, bagi saya itulah normal people selalu akan buat selepas berkahwin. Jahatkah saya terasa begini? Mungkin juga saya belum lagi dikurniakan zuriat menyebabkan saya jadi lebih sensitif sekarang ini. Mungkin. Tak pasti.
Entahlah kadang – kadang saya buntu, tak tahu apa perlu saya buat. Saya juga depress sebab berbincang baik pun tiada juga solusinya. Saya terfikir bila lah semua ini akan berakhir.
Saya selalu doa agar suami suatu hari nanti akan beri perhatian kepada saya dan paham isihati saya. Apa perlu saya buat? Tolong Saya. Betulkan saya jika saya salah.
Saya berasa sunyi dan sedih fikirkan kami tiada zuriat, suami kurang beri perhatian.
Saya juga mohon semua yang membaca artikel ini untuk mendoakan agar kami dikurniakan zuriat pada tahun hadapan dan doakan kami dapat selesai masalah ini dengan baik dan bahagia dunia akhirat.
Terima kasih.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit