Assalamualaikum dan hi. Terima kasih kalau artikel aku ni di publish. Coretan ni sedikit sebanyak terbit lepas aku terbaca artikel ‘Hal-Hal Dalam Tempoh Bertunang’, (https://iiumc.com/hal-hal-
Aku hanyalah perempuan bandar yang biasa, kalau ada unsur islamik sikit tu, itu pun sebab aku cuba nak baiki diri sendiri dan aku harap semua yang membaca pun sama. Apa yang aku suka nak katakan ialah, dalam hidup ni sangat lah banyak dugaan. Aku marah sangat bila ada makcik-makcik yang kata dugaan tunang ni banyak, jangan tunang lama lama.
Tapi, lupakah kita, perkahwinan itu juga penuh dengan dugaan. Yang kenal sekejap terus kahwin, ada ujiannya. Yang kenal lama, kemudian baru nak kahwin, ada ujiannya. Ada yang tak kenal langsung, tapi dikahwinkan, ada juga ujiannya. Ujian dan dugaan dari Allah SWT ni nak datang, bila bila pun boleh datang. Sedangkan yang dah berkahwin lebih 10 tahun pun bercerai, bukan kah itu juga satu dugaan untuk mereka.
Apa yang aku suka nak sarankan ialah, kurangkan lah ketaksuban kita untuk cakap kepada mereka yang sudah bertunang dengan ayat-ayat sebegitu. Silap-silap kita ni lah rupanya punca dugaan diorang, oh-oh. Untuk kita ni, apa yang kita boleh buat ialah dengan mendoakan. Berdoa yang baik baik, seperti ‘semoga ikatan pertunangan awak berdua diberkati, dan semoga semuanya berjalan lancar, amiin.’ dan sebagainya. Yang baik-baik sahaja. Jangan lah kita asik nak takutkan diorang pulak.
Dugaan pertunangan yang datang.
Semua yang berlaku, adalah atas diri kita sendiri. Mindset kita sendiri. Keteguhan hati dan iman kita sendiri. Antara point asal dari artikel Hal-Hal Dalam Tempoh Bertunang tadi, ialah ‘Kemunculan kekasih lama / orang ketiga.’ Contohnya, diri kita sendiri yang diuji dengan benda macam ni. Secara rasional, apa yang kita perlu buat kalau kita dah betul-betul sayangkan tunang kita?
Jadi, berbalik kepada keteguhan hati kita tadi, kenapa nak kena melayan kan? Kalau melayan maksudnya emm tahu tahu lah sendiri. Apa yang aku cuba nak sampaikan, sebenarnya kita boleh pilih samada nak keluar atau terus timbus kan diri kita dalam dugaan yang kita dah create sendiri, walhal kita ada pilihan. Maybe ada yang akan cakap, belum rasa senanglah cakap. Tak, aku dah rasa semua ni. Dah lepas pun semua ni. Next aku nak kongsikan apa yang selayaknya kita buat ketika dalam tempoh ni.
Selawat/Zikir.
Rajinkan lah ucap atau dengar selawat. Untuk jauhkan bisikan bisikan syaitan (mak aku cakap). Apa yang aku buat, aku masuk kereta je aku akan play lagu-lagu dari album Tahajjud Cinta – Siti Nurhaliza. Ada Selawat, ada lagu Ya Rasulullah dan lain lain, yang aku boleh jamin sangat lah sedap didengar.
Solat.
Rajinkan nasihat tunang kita dan diri kita untuk menjaga solat. Alhamdulillah, suami aku dulu (masa masih bertunang), mudah dengar nasihat. Makin lama, makin tak payah disuruh. Kalau keluar ke mall, dia yang akan cakap ‘I solat dulu lah.’ Allah permudahkan bab ni, Alhamdulillah. Satu benda yang aku suka nak tegur tentang solat, jangan lah tergopoh gapah nak solat laju laju. Baca Al-Faatihah tu sebiji-sebiji ye. Google lah bacaan dalam solat yang mana perlu disebut dan didengari telinga dan yang mana yang tak perlu. Insyaallah, makin hidup kau berkat dan penuh nikmat.
Al-Quran.
Jujur, suami aku dulu tak rajin baca Al-Quran. Aku pun kadang-kadang je baca. Tapi lepas je kami bertunang, aku pasang rule. Lepas maghrib je, mesti baca sehelai dua muka surat Al-Quran. Dulu aku ni sejenis pemalas nak mesej-mesej, jadi kami selalu on call je lepas balik kerja. Call pun free, so biarlah on call lama mana pun kan, dah free call. Jadi, lepas dia balik kerja, dia akan call, dia pergi mandi, lepastu solat dan teruskan dengan baca al-quran. Aku dapat dengar lah dia baca, bab ni pun Alhamdulillah dia setuju nak buat.
Doa.
Subhanallah, yang ni paling penting. Jangan lah malas berdoa setiap kali lepas solat. Paling malas pun, tolong jangan tinggal doa ni “رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ” “Robbana aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhiroti hasanah, wakinaa ‘azaabannaar,” “Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201). Ni pun mak aku yang pesan masa kecik dulu. Dan kemudian, doalah semoga urusan menghalalkan hubungan kau dan tunang dipermudahkan.
Makin lama, semua jadi makin mudah Alhamdulillah. Nampak tak, sebenarnya dugaan-dugaan ni yang mendekatkan kita dengan Allah SWT. Kita tak nak sesuatu yang buruk terjadi, kita dekatkan diri dengan Dia. Kalau sesuatu yang buruk jadi pun, kita akan dekatkan diri kita dengan Dia. Percaya pada qada’ dan qadar Allah SWT. Kita nak kan kebaikan, kita berdoa lah dengan ikhlas, bersungguh sungguh. Insyaallah, akan dipermudahkan.
Aku doakan semua yang masih di fasa nak menghalalkan hubungan masing-masing, semoga Allah SWT permudahkan dan melancarkan segalanya, Insyaallah. Jangan takut dengan apa yang orang kata. Hanya kita yang tahu tentang diri kita dan pasangan kita. Kalau buntu, istikharah lah. Rajinkan dhuha, yang baiknya 4 rakaat. Yang penting, jangan tinggal Allah SWT. Apa apa yang terjadi, berbaliklah pada Allah SWT.
Assalamualaikum.
– Yang Masih Cuba Perbaiki Diri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit