Terima kasih kerana membaca kisah anak yatim ke menara gading, (https://iiumc.com/anak-yatim-ke-menara-gading/). Atas permintaan pembaca maka saya kongsi pengalaman membeli 6 buah rumah sebelum umur 30 tahun.
Boleh juga baca confession ini, dari penulis yang sama, (https://iiumc.com/cabaran-anak-yatim-selepas-graduasi/).
Pengalaman semasa menyewa tuan rumah bagi notis pengosongan kurang daripada tempoh sebulan membuatkan saya pasang impian untuk miliki rumah sendiri.
Rumah 1, 2013: Terbeli Tanpa Sengaja.
Rumah pertama dibeli tanpa dirancang. Ejen Hartanah atau REN yang uruskan pembelian rumah abang yang rekemen. Rumah dua bilik dekat tempat kerja. Rumah kecil tempat berteduh lepas kahwin. Rumah pertama tak perlu mewah. Saya sedar gaji tidak besar. Saya beli rumah mampu milik ibarat ukur baju dibadan sendiri.
Rumah 2, 2015: Pengorbanan Untuk Miliki Rumah Kedua.
Dapat semangat nak tambah rumah selepas attend talk pasal hartanah. Cadangnya beli untuk tinggal sendiri di rumah yang lebih selesa. Pembelian pada harga sama market value sebab belum ada ilmu hartanah.
Antara pengorbanan yang dibuat untuk miliki rumah kedua.
1. Berjimat cermat. Hidup dibawah kemampuan.
2. Set target berapa perlu simpan tiap-tiap bulan.
3. Nature kerja memang perlukan komitmen untuk Overtime hampir setiap hari disebabkan kurang kakitangan. Saya sorang sahaja handle bahagian engineering.
4. Jual kuih. Yup. Kami tak malu untuk menjual. Apam gebu, ais krim goreng dan sate sosej kami jual. Saya balik office pukul 10 malam tolong isteri siapkan tempahan dalam pukul 1 pagi. Rutin sama hampir setiap hari.
Rumah 3, 2017: Rumah Lelong Pertama
Kebetulan hujung tahun 2016 ada attend gathering group hartanah. Salah satu aktiviti adalah talk berkenaan lelong.
Beberapa bulan selepas tu saya cuba hubungi ejen lelong tersebut tentang hasrat untuk beli rumah secara lelong. Ini adalah rumah pertama dari segmen lelong. Pembelian sebelum ini secara subsale. Alhamdulillah menang Reserved Price. Rumah dihadiahkan kepada isteri.
Rumah 4, 2018: Saya Tidak Suka Menyewa
Sudah jadi tabiat saya, memang tidak suka menyewa lama-lama. Mungkin fobia pernah dihalau tuan rumah. Untuk pengetahuan, saya dan isteri berpindah ke Pahang disebabkan kerja baru. Terpaksa menyewa selama 2 tahun. Nekad nak beli rumah untuk tinggal kat Pahang.
Modal untuk deposit rumah 30% hasil jualan tanah saya. Sayang sebenarnya nak jual tanah tersebut. Tapi memandangkan tanah tersebut hanyalah tanah bendang dan sudah tidak diusahakan saya buat keputusan muktamad untuk jual. Alhamdulillah hampir setahun dah dapat kunci dan tinggal di rumah sendiri.
Rumah 5, 2019: Deposit Rumah Lelong Mungkin Hangus.
Alkisahnya deposit lelong rumah saya kena hold disebabkan ada isu semasa tukar nama. Developer bermasalah. Walaupun team lawyer sedang mohon refund, for worst case scenario saya anggap deposit sudah hangus. Sudah lebih setahun belum ada berita.
Maka saya cari rumah untuk ganti rumah yang tak dapat tu. Alhamdulillah rezeki. Dapat rumah yang lagi ok. Biarpun pernah ada isu dengan lelong, saya tak pernah takut untuk beli rumah secara lelong. Buy At Your Own Risk.
Rumah 6, 2019: Rumah Lelong Ke-Empat.
Rezeki 2019, ada duit lebih dan masih boleh mohon house financing lagi. Beli kawasan sama dengan rumah ke-3. Kawasan permintaan tinggi.
Rumah 7, 2019: Jual Rumah, Beli Rumah.
Saya masih dalam proses jual rumah pertama. Alhamdulillah untung lebih 100k dalam masa 5 tahun. Perancangan saya adalah jual 1 rumah untuk buat modal pembelian 2 rumah.
Alhamdulillah untuk rezeki yang diberikan. Ingatlah, rezeki ini hanyalah pinjaman. Jangan sombong dan bongkak. Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk.
– Kulikutif (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit