Bercinta 7 Tahun: Berpisah atau Bertahan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih admin sebab approve confession saya. Pertama sekali, saya akan menggunakan bahasa campur untuk keselesaan saya dan memudahkan pembaca sekalian. Saya minta maaf kalau tulisan saya panjang dan complicated.

Tujuan saya menulis confession ni adalah untuk meminta pandangan dan nasihat semua berkenaan keadaan yang saya alami sekarang. Sesiapa pun boleh memberi pendapat, pandangan atau pengalaman saudara saudari sekalian. Di sini saya akan menggunakan Amir (bukan nama sebenar) sebagai panggilan teman lelaki saya.

Bismillahirahmanirahim, saya dan Amir ni dah bercinta lama sejak zaman sekolah lagi. Awal-awal bercinta biasalah happy saja, actually happy saja tiap2 tahun sampai lah tahun ni, (tahun ke-7 kami bersama) banyak yang berubah.

Untuk pengetahuan, umur kami jarak 2 tahun dan pertengahan 20an. Dari segi pendidikan saya memang antara best student dalam bidang professional yang dan dia pula bukan bidang professional dan pendidikan pun biasa2 saja. Tapi sejujurnya saya memang tidak kisah langsung.

Tahun ini paling banyak dugaan bagi kami dua. Kami seperti di ambang perpisahan. Tapi saya sayangkan perhubungan kami yang dah lama ni. Tahun ni hampir hari2 saya menagis waktu malam. Saya tak kuat, sebab dia selalu ada dengan saya cuma dia tiba2 berubah yang membuatkan saya terkejut terkedu dan sedih yang tak terhingga.

Amir dah kerja setahun di sebuah IPTS sebagai staff dengan gaji RM1.5k. Start dia kerja dulu saya dah ingatkan suruh simpan duit untuk kahwin. Ya saya mengaku saya selalu paksa dia simpan duit kat saya sebab saya tak percaya dia simpan sebab dia memang tak pandai menyimpan duit.

Mula2 memang dia bagi saya simpan, tapi dia cakap dia tak cukup duit. Saya pun kesian sebab faham saja mana cukup nak hidup dengan gaji tu kat KL kan. Lately ni, dia macam mengaku dah tak ada hati dekat saya, dia nak tinggalkan saya. Kalau dulu dia yang sayang saya lebih dari saya sayang dia, tapi sekarang dia tiba2 berubah.

Saya tanya dia kenapa berubah? Dia kata dia sendiri tak pasti dan tak tahu. Lepas saya paksa2 dia, dia bagitau yang dia stress kerja, orang office pass semua kerja kat dia. Bayangkan bila tiba bulan exam untuk students, dia seorang yang kena OT sebab gaji bawah RM2k saja yang boleh OT.

Dia buat kerja hari2 termasuk sabtu ahad sampai malam pukul 12am baru balik selama dua bulan berterusan. Belum masuk kerja office dia yang stress juga katanya. Okay takpelah saya faham dia stress kerja sampai dia dah tak ada hati kat saya kot.

Tapi saya tak puas hati, saya tak percaya yang dia dah tak suka saya tiba-tiba macam ni. Saya tanya lagi elok2, saya ada buat salah apa2 ke? Dia kata taka da pun. Dia cakap dia dah tak nak kawin, tak nak ada apa2 hubungan dengan saya, dia nak hidup bujang selamanya. Saya ni dah banyak bagi sokongan kat dia, saya cakap tak apa kita boleh lalui sama2, tak apa kita boleh berubah dan sebagai nya.

Still dia dengan dunia dia, ya saya takut dia lalui depression sebab ada dalam 2 per 5 tanda2 depression pada dia, jadi saya walaupun diri dah terluka sangat2 still bagi motivasi hari2, ucap kata2 sayang dekat dia. Cuma kadang2 saya rasa dia sengaja buat2 stress and memang nak tinggalkan saya atas alasan yang tak masuk akal. Dia curang ada orang lain? Tak yang ini saya boleh jamin memang dia bukan orang macam tu.

Semalam dia baru bagitau saya yang selama ni dia merokok. Saya memang benci perokok. Dulu saya tahu dia merokok tapi sebab dia sayang saya, dia cuba berhenti. Tapi sekarang makin teruk, hari2 hampir 5 batang rokok dia hisap dan saya tersangat lah sedih dan kecewa semua. Saya buang ketepi semua tu walaupun perit. Saya cakap lagi tak apa nanti kita usahakan sama2 supaya abang berhenti.

Dia tetap dengan kata2 yang dia rasa kosong dekat saya, tak nak kawin dengan saya sebab dia tak mampu. Dia tak nak kahwin dengam saya sebab dia tahu kami tak akan bahagia nanti sebab banyak masalah yang akan timbul. Contoh masalah duit, masalah kerjaya saya yang banyak kesana kesini. Jadi saya jadi stress, lama2 saya pula yang jadi murung.

Lelaki ni kalau dia dah ego macam tu susah nak lembutkan. Tetapi saya tahu jauh di sudut hati, dia masih sayangkan saya, cuma saya tak tahu punca sebenar-benarnya apa. Dalam keadaan kami tengah macam ni kami still lagi guna abang-sayang walapun masing2 dah macam orang asing. Sebab itu saya rasa perhubungan kami ni masih boleh di selamatkan cuma saya tak tahu macam mana. Lagipun dia tak curang, dia saja yang faham perangai saya, ikut kehendak saya dan macam2 lagi.

Saya tahu kalau hubungan ni berakhir, saya susah nak jumpa lelaki macam dia lagi, yang rajin, pembersih, penyayang, peramah, hormat ibu bapa, pengemas, pandai masak dan segala ciri2 lelaki idaman. Muka dan badan dia berisi tapi saya tak kisah kalau dah sayang.

Lagi satu point yang saya takut adalah, saya takut saya dengan dia jadi macam ni sebab ada jin cinta kat saya. Orang kata kalau jin jatuh cinta kita susah nak kahwin. Saya tak pasti pasal ni, sebab saya memang jenis kerap kena tindih, pernah mimpi bersetubuh (tapi tak pasti sebab tak buat pun cuma dua2 dalam keadaan n*ked) dengan orang yang tak kenal, pernah mimpi kena cekik, mimpi seram2.

Saya tak pasti kalau ini adalah punca nya. Sebab saya nak berubat tapi family saya semua jenis tak percaya benda2 macam ni. Ke sebab jin2 tu halang? Entahlah mungkin saya tertalu banyak berfikir.

Untuk pengetahuan pembaca, nampak macam saya kemaruk sangat dengan Amir ni kan, sebab salah satunya saya suka family dia. Awal2 perkenalan dulu dia dah bawa saya jumpa family dia, dan sampai sekarang saya boleh pegi jumpa ibu dia bila2 masa yang saya suka (tanpa dia ada), sebab rumah kami satu daerah dekat saja. Ibu dia pun selalu bagi saya macam2 hadiah. Adik beradik dia pun dah biasa dengan saya.

Jadi sangat sayang kalau berpisah sebab susah nak jumpa keluarga mentua yang terima kita dengan baik sekarang ni. Cuma ibu bapa saya awal2 tak berkenan, tapi sebab kami dah lama jadi mereka pun dah restu. Typical ibu bapa saya ni pula nak menantu macam engineer, doctor semua tu. Tapi saya percaya kekayaan tak akan menjamin kan kebahgiaan.

Saya rasa setakat ini saja confession saya, saya harap pembaca semua boleh membantu untuk bagi pendapat sama ada untuk berpisah atau bertahan. Istikarah? Saya dan dia pernah buat tapi takda apa2 petanda sampai sekarang. Maaf sekiranya penulisan saya tunggang langgang. Doakan saya kuat menjalani ujian ini. Assalamualaikum.

– Gadis Terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *