Ramainya Muslim Tidak Solat

Assalamualaikum. Saya pernah kerja di tempat tumpuan pelancong yang ada main salji dan rumah hantu tu.. Company cina.. Hah situ staff mostly melayu muslim.. Perempuan ramai bertudung tapi sayangnya ramai tak solat..

Boleh dikatakan 5% sahaja staff yang solat, itu pun kadang-kadang saya tengok mereka pun tak full solat.. on off.. Yang betul2 full solat 3% sahaja..

Kenapa begitu? Padahal supervisor melayu Islam bertudung… tapi punyalah staff takut nak solat sebab kerja customer service kalau solat, kerja jadi jammed. Mana boleh tinggal kerja. Staff pompuan tak solat sebab sayang nak tinggal make up

Sekarang saya kerja bahagian F&B sebagai waiter di sebuah restoran fast food terkenal di Malaysia.. 95% staff adalah melayu muslim tapi semua tak solat.. wanita bertudung tapi tak solat.. Mengapa? Boss tak bagi solat? Tak juga. Boss bukan tak bagi, tapi kerja customer service ni kerja yang susah nak tinggal kerja.

Kalau pergi solat sekejap, habis jammed kerja. Sebab tu ramai staff tahan kencing. Staff dah la tak cukup. Customer pulak semua perangai macam hampeh. Dah nampak staff tak cukup berlari sana sini ambik order tapi korang boleh pulak marah-marah kitorang sebab lambat ambik order dia. Korang tak tahu kami ni dah la lapar tak makan lagi, solat pun terabai gara-gara nak serve korang.

Saya tak salahkan staff. Saya tahu mereka semuanya struggle nak solat. Terpaksa abaikan solat sebab komitmen kerja. Ada lelaki Muslim ramai tak dapat solat jumaat sebab customer terlalu ramai time solat jumaat tu.

Customer pun satu, tak reti nak pilih masa sesuai untuk makan. Tahulah korang tak pergi solat jumaat tapi cover-cover la sikit. Time tu la laki perempuan semua nak serbu kedai makan. Staff lelaki yang patut boleh pergi solat jumaat kejap pun tak dapat solat gara2 customer.

Saya sendiri seorang yang sangat jaga solat. Tapi sepanjang kerja ni dah banyak miss solat sebab tak dapat nak elak. Customer suka serang kedai time waktu sebelum zohor berderet sampai isyak karang. Tak sempat rehat. Penuh selalu kedai. Dapat pula customer have-have yang kaki complain.

Nampak staff tu sorang je terkapai-kapai nak ambik order dari 10 orang customer tapi dia sempat lagi sound kenapa servis lambat gila? Order dia bila nak ambik? Hello species macam kau ni patut pupus. Takde timbang rasa langsung. Yang jenis takde timbang rasa ni mostly melayu.

Chinese Indian baik je suka senyum. Kalau kami lambat ambik order pun depa cakap it’s okey take your time. Lepas makan siap bagi tips kat staff tanda appreciation sebab serve diorang. Melayu? Kaki maki je ramai. Suka marah-marah staff. Demand lebih.

Tanya member-member yang kerja fast food, semua confess benda sama. Susahnya nak jaga solat dalam line customer service dan f&b ni. Kalau customer tak ramai barulah kami boleh gilir-gilir solat. Paling susah nak jaga ialah solat zohor & maghrib. Kalau restoran full, memang kena say bye bye la kat solat.

Cane nak atasi masalah ni ek? Ada rukhsah tak untuk staff macam kami yang takleh nak elak dari tinggalkan solat ni? Maybe ustaz atau alim ulama boleh tolong komen tentang rukhsah solat jamak untuk staff f&b ni.

Sebab saya just terfikir, kalaulah boleh solat jamak dah lama saya buat. Memang betul2 membantu solat jamak sebab masa solat kami mmg terhad. Time free je baru boleh solat. Itu pun susah gila nak dapat masa free. Rehat pun setengah jam je. Surau pun jauh bebenor.

Struggle gila makan terkejar kejar, kadang rehat pun 15 minit je sebab restoran busy. Kena ada common sense. Member kau terkial kial layan customer ramai2 kau pulak sedap2 makan rilek2. Sudahnya member kau asyik kena maki dgn customer sebab dia sorang diri nak buat semua benda.

Saya tengok staff lama rilek je tak solat. Tinggal solat pun tak rasa pape dah. Sebab line f&b ni sangat susah jaga solat. Tolong bagi suggestion. Rasa sedihnya hidup kalau solat tunggang langgang.

Harap kita semua mampu jaga solat. Baik macam mana pun kita, benda pertama Allah hisab kat akhirat nanti adalah solat. Solat out, semua amalan out. Bazir. Wasted. Rugi banyak amalan burn kerana tak solat. Jagalah solat korang ye.

– Aiman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *