Hati Seorang Sales Person

Assalamualaikum… Nampak je kerja sales orang ingat gaji berkepuk-kepuk. Maybe ada sesetengah produk memang boleh buat duit betul-betul. Tapi macam mana cara kerja bukan semua orang endah. Jual rumah, jual kereta, penapis air semuanya ada struggle masing-masing kan?

Nak-nak zaman sekarang ni. Bukan semua orang mampu. Susah sangat. Aku dapat rasakan betapa susahnya nak dapat customer sekarang ni. But, its okay. Usaha tangga kejayaan. Selagi kita usaha insyaAllah, Allah akan bantu juga. Tapi bukan ni aku nak story. Aku nak cerita pasal sikap pelanggan pada hari ini.

Aku dah lama dalam bidang sales ni. Memang aku nampak sangat sikap orang sekarang yang dingin. Ya, aku tahu apa yang aku promote tu mahal dan bukan semua orang mampu. Even aku sendiri pun tak mampu. Cuma, aku minta korang semua appreciate kerja aku. Bukan tak ada. Ada je yang hargai. Terima kasih.

Kadang-kadang aku buat roadshow dengan kawan-kawan. Bagi-bagi flyers kat korang. Nak-nak bila ada bos depan mata lagilah aku dan yang lain kena agresif kalau tak nanti di cop slow pula. So, aku perhati ada segelintir orang tak kira umur tak suka nak ambil flyers atau brochure yang aku beri tu. Aku tak tahu kenapa tapi ada yang jawab:

Dah ada 5 biji rumah. Oh! Aku jual rumah. Tak nafi rumah sekarang mahal. Bukan semua mampu. Kalau mampu pulak mestilah mereka akan demand macam-macam. Aku tak kesah pun yang nak duduk tu mereka. Pembeli ada kuasa/hak memilih.

Yang jawab ada 5 biji rumah ni tak tahu nak cakap berlagak atau menipu. Bila aku hulur flyers dia jawab macam tu sambil berlalu pergi. Flyers yang aku hulur tu ibarat angin lalu je. Aku pun angguk jela sambil tersenyum. Alhamdulillah kalau dah betul-betul ada 5 biji rumah. Bukan mudah orang sekarang nak kumpul hartanah sebanyak tu.

Ada yang menjeling je bila aku hulur flyers dengan senyuman paling manis sekali. Jeling sambil berlalu pergi. Dengan muka masam kalah cuka yang dah expired.

Ada sesetengah yang lalu depan aku sambil buat tak nampak. Jeling pun tidak tengok pun tidak. Aku ibarat halimunan. Hulur jelah flyers pastu orang sekeliling tengok je aku yang tengah cari rezeki halal ni.

Bila part distribute pulak, aku dan kawan-kawan selalunya memang akan distribute masa kereta tengah banyak. Time solat jumaat ataupun pasar pagi pasar malam. Kadang-kadang dia nampak aku yang berjalan tengah panas sambil letak flyers kat cermin kereta tapi depan-depan aku di wiper nya flyers tu.

Ya Allah! Manalah korang punya hati. Aku tahu korang anggap flyers tu sekadar sampah kat mata korang tapi apalah salahnya ambil dan masukkan dalam kereta. Sampai masa masukkan je dalam tong sampah. Ada yang ambil flyers tu sebelum masuk kereta. Aku appreciate sangat. Terima kasih.

Ada tu yang buang terus depan aku pun ada. Ada juga yang pulangkan balik. Dia cakap, tak nak lah. Mahal! Aku faham. Faham sangat rumah sekarang mahal. Tak mampu. Tapi salah ke kalau korang ambil je flyers yang aku dan kawan-kawan hulur tu then buang je.

Tak mampu jangan sampai sakitkan hati orang lain. Tak salah pun buat baik mana tahu akan datang Allah bukakan hati bersama rezeki untuk kau beli rumah pertama kedua atau ketiga atau keenam? Kan! Kita tak tahu. Sekarang tak mampu, bukan selamanya tak mampu.

Kita buat baik sesama manusia, nanti Allah buat baik dengan kita semula. Aku hanya bekerja dan makan gaji dengan kompeni tu. Aku pun manusia. Aku pun ada hati. Tu cara kerja aku. Bila korang buat macam tu (sesetengah orang) aku rasa macam terhina sangat. Dengan orang ramai tengok. Ada juga sesetengah orang tu aku pernah jumpa siap menghina lagi.

Kalau macam ni punya rumah awak memang takkan mampu jual. Takde yang akan beli. Bukan ke kata-kata kau tu satu doa? Dah la aku ni cari rezeki kat situ kau doa pulak macam tu.

Ada sesetengah orang pulak marah aku bila rumah yang aku promote tu tak kena dengan citarasa dia. Last-last aku jawab, bukan aku yang design rumah ni. Bukan aku yang tetapkan harga. Aku cuma jual. Tugas aku menjual. Kalau aku tuan punya kompeni tu takpelah jugak kau nak komplain macam-macam.

Kadang-kadang aku sedih dengan sikap sesetengah orang ni. Lepas ni, korang yang baca ni bila ada orang hulur flyers kau ambil je ye. Dah tu tugas dia. Bila flyers tak habis nanti kang bos bising pulak. Kau ambil dan kau buanglah kat mana-mana tong sampah kalau tak nak tengok. Atau boleh jadikan ispirasi buat korang ke, korang tampal jelah kat dalam bilik. Hehehe!

Sekian.

– Melor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *