Belenggu Seorang Isteri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/belenggu-seorang-isteri/).

Assalamualaikum wbt buat kali kedua dalam IIUM Confession..

Terima kasih kerana siarkan confession aku yang pertama dan kedua ni. Tujuan confession ni di tulis, bukan untuk apa2, sekadar memberi maklum balas setelah membaca semua komen dari pembaca. Aku terima dengan hati terbuka walaupun penuh kecaman. Terima kasih.

Ramai yang kecam, tak kurang ramai yang memberi kata2 semangat. Aku faham, yang menyokong bukan menyokong dosa yang aku dah lakukan, tetapi memberi semangat bahawa, Allah tak pernah memandang hina hamba yang ingin bertaubat.

Untuk pengetahuan semua, hubungan aku dengan suami masih seperti biasa. Aku masih tidak dilepaskan walaupun aku ada minta berkali-kali setiap kali isu mengungkit kisah lama terjadi. Aku minta di lepaskan bukan saja2 okay, aku minta kerana aku sedar siapa diri aku.

Daripada terus terhina atas dosa lalu, biarlah aku harungi hidup seorang diri. Bukan selfish, tetapi untuk apa aku di simpan sedangkan aku sedar, aku hanya lah seorang pendosa yang seolah2 tidak layak diampunkan? Bukan tak bersedia dengan harga yang perlu dibayar dengan kejahatan yang aku buat.. tapi, adakah diceraikan itu lebih dasyat harganya?

Tidak sama sekali aku tak akui salah silap yang aku lakukan. NEVER, setiap kali dimarahi, aku akur, aku diam dan aku taubat. Aku tak berhenti mohon ampun, solat malam hari hampir setiap malam. Bukan takbur, itu tanda memang aku dahagakan keampunan.

Aku juga tak berhenti diberi petunjuk kenapa suamiku masih tak melepaskan ku jika hati sudah hancur? Aku baca setiap bait komen kalian yang mana memang sukar melupakan walau telah memaafkan. Betul, aku sangat faham..

Aku tak serik untuk menangis ditikar sejadah, sebab aku tahu, tak tertanggung dosa aku pada suami. Dan jangan kata aku tak mohon ampun dari suami juga.

Bukan tujuan aku membuka pekung suami ( baran dan tidak romantik ). Sekadar memberi keadaan sebenar bagaimana karektor suami ku dari sebelum dan selepas kes.

Ya, dia memang orang yang cepat panas tapi siapa sangka, bila keadaan sebegini, dia masih ingat Tuhan. Tipu aku tak bersyukur, malah aku panjatkan doa di berikan seribu kebaikan buat beliau setiap kali aku solat atas kebaikannya ( menerima dan memaafkan dosa aku ).

Suamiku masih menjaga solat, selepas kejadian kami kerap berjemaah walaupun masih ada cacat cela, tapi kami cuba kembali kepada Allah.

Beliau juga pernah menyatakan pada aku, mungkin ini adalah satu teguran buat dia juga ( bukan aku yang cakap ), untuk terus mendidik aku ke jalan yang lurus. Kembali pada Allah. Dia cuba melihat kekurangan diri instead of menunding jari.

Cuma mungkin dia masih berlawan dengan attitude pemarah itu yang mana bila ada silap sikit, memang dia mudah melenting, dan aku.. seperti dulu, diam dan menangis saje bila tak tahan. Dulu pun mcmtu, bukan dah ada kes baru mcmni. Cuma selepas kes, ia menjadi lebih buruk kerana kisah silam aku akan diungkit dan dijadikan bahan tambahan untuk bergaduh.

Yer, suami masih merahsiakan password hp, thumbprint whatsapp, tukar password email dsbnya. Wallahi, aku tak mahu bersangka buruk hanya kerana ingin menutup kesalahan diri, tapi jika ada sesuatu di sebaliknya, aku yakin Allah akan tunjukkan juga.

Pernah je aku jumpa gambar2 (3 orang berlainan) perempuan yang sama, agak banyak dalam drive (aku accidently terdapat access), bila ditanya, katanya adik angkat or tidak dijelaskan kerana perkara ni ditemui setelah aku kantoi dengan kes scandal. Jadi seolah2 tidak sesuai untuk aku pertikaikan, sebab gambar2 tersebut bertarikh 3-4 tahun sudah ketika beliau kerja jauh di seberang.

Jadi bila aku ingin pertikaikan siapa perempuan ni, dia akan mula keluarkan cerita curang aku yang lebih dasyat tu. Jadi terpaksa lah aku tutup mulut walaupun tertanya2 siapakah mereka. Dan kenapa gambar tu orang yang sama dan perlu ke simpan gambar2 mereka? Gambar aku pun tak sebanyak tu..

Ya, aku tetap bersalah. Kenyataan yang tidak boleh diubah. Suami terima aku walaupun aku telah curang dan terlanjur, tapi dalam masa yang sama masih tidak boleh menghentikan kata2 yang menyakitkan.

Itu sebenarnya menjadi persoalan.

Jika tidak suka, lepaskan. Itu sahaja. Aku jadi takot untuk ke hadapan kerana aku sering diugut untuk dibongkarkan aib ni terhadap keluargaku, itu punca kenapa aku stuck di sini lagi…

Bagi aku, jika dah benci, lepaskan dan selesaikan cara baik tanpa mengaibkan sesiapa. Yer, aku memang salah dan berdosa, dari terus dilabel isteri derhaka, aku lebih rela menjadi janda dan teruskan berdoa untuk diberi keampunan dari tuhan..

Berkenaan anak, aku bersedia jika dilakukan ujian DNA dan dilepaskan lepas tu. Tunggu sahaja lah.. aku redha..

– Zarine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *