Assalamualaikum admin dan pembaca. Terima kasih sebab sudi siarkan artikel saya.
Saya nak berkongsi sedikit tentang perkara2 yang sebenarnya semua orang patut tahu dan amal, dalam kata lain, patut jadi common sense dan tak perlu diajar. Tapi mungkin kesedaran sivik makin kurang sekarang, jadi perlulah remind each other..
– Ada yang tak reti nak flush selepas guna toilet. Susah sangat ke? Kalau kita nak masuk toilet, kita pilih toilet yang paling bersih kan? So sepatutnya kita bagi kualiti yang sama kepada pengguna seterusnya.
– Simpan plastik kecil dalam kereta. Tak perlu buang sampah keluar tingkap kereta. Kalau ada kereta belakang yang terbabas sebab terkena sampah kita, kan dah berdosa sebab memudaratkan orang lain.
– Kalau nak merokok tu, tengok tempat dan orang sekeliling dulu. Kalau ada kanak2, simpan dulu lah niat tu. Kesian kat anak2 kecil tu.
– Bila double parking, sila lah tulis nombor telefon atas kertas dan letak kat dashboard. Mudahkan kerja orang lain bila nak alihkan kereta. Kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita, insyaAllah.
– Beratur ikut barisan, especially masa membeli makanan dan shopping semasa sale, contohnya masa sale Padini. Haha. Pernah ada seorang akak ni tiba-tiba rapat tepi kami masa tengah beratur nak bayar, padahal queue panjang lagi di belakang. Mujur suami tegur baik-baik suruh si akak tu sambung queue di belakang. Katanya, dia tak perasan. Hehe, betul ke tak nampak line punya panjang? Hehe.
– Bila shopping pakaian, cuba tengok dulu kalau ada sample baju yang dah tersidai. Kalau ada yang berkenan, minta salesperson tolong ambilkan saiz yang sesuai. Bukannya buka lipatan tu, bila tak padan, tinggal semak atas rak tu. Kesian salesperson tu nk kena lipatkan balik.
– Utamakan lif untuk warga emas, pengguna wheelchair dan stroller. Kalau kita muda lagi, mampu window shopping 1 mall, takkan tak mampu nak naik escalator kot. Hehe.. Kesian kat pengguna wheelchair dan stroller.
Kadang-kadang tu kena tunggu 2-3 kali turn lif untuk naik, sebab ramai sangat yang malas nak naik escalator. Sampai ada parents yang penat menunggu dan terpaksa memilih untuk membawa stroller naik menggunakan escalator dan risikokan keselamatan anak.
Kalau di Seoul, warga emas dan kanak2 dalam stroller je yang akan guna lif, dan rakyat di sana sangat patuh dengan budaya ni. Diorang sanggup naik tangga bertingkat-tingkat. Kalau ada yang tourist muda belia guna lif, ahjussi ahjumma tu akan jeling sakan dan berleter dalam bahasa diorang.
– Bila makan di luar, susun pinggan elok-elok bila dah selesai. Jika perlu angkat dan letak di satu tempat, silalah angkat, terutamanya di foodcourt dan Ikea. Kadang-kadang dah ada notis terlekat atas meja, minta diangkat pinggan ke rak lain. Tapi ramai lagi yang buat-buat tak nampak notis atas meja tu (ke buta huruf? Haha).
Cukup lah dulu setakat ni. Kalau ada pembaca yang nak menambah, boleh tambah lagi list di komen ya!
– Kak pengawas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit