Poligami dan Solat

Assalamualaikum. Confession ini adalah sekadar satu luahan perasaan dari seorang pekerja swasta di tengah-tengah Kuala Lumpur.

By the way, aku tak pasti sama ada tulisan aku ni sebab aku perempuan yang triggered dengan one of the confession yang mention pasal kehidupan abangnya yang berpoligami.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/tolonglah-berpoligami/).

Pendek kata, confessor tersebut menggalakkan kehidupan berpoligami disebabkan boleh ‘membantu’ wanita-wanita katanya.

Pertama sekali, aku tidak akan pernah mengharamkan sesuatu yang jelas dihalalkan dalam Islam. Tetapi, harus dinilai benarkah lelaki tersebut layak untuk hidup dalam keadaan berpoligami.

Peliknya di Malaysia ini, hukum poligami adalah satu-satunya perkara yang sangat jelas pada sebahagian lelaki. Sekiranya di tanya berkaitan hukum-hakam solat misalnya, tunggang langgang jadinya.

Huh. To be clear, ini bukan menceritakan tentang semua lelaki tetapi sebahagian daripada mereka.

Kita semua jelas dengan hukum solat, dimana ia adalah satu perkara wajib. Sekiranya kita meninggalkannya walau pun tidak disengajakan, ia adalah wajib untuk diqada’ kan.

Solat ini jugalah adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Meskipun berjuta kebaikan yang dilakukan pun, sekiranya solat tidak dijaga seolahnya kebaikan itu tidak ada fungsinya.

Namun, bukan bermakna anda tidak perlu melakukan kebaikan, kerana Allah jua yang layak menghakimi. Semoga Allah menjaga dan menganugerahkan kita, ahli keluarga dan zuriat keturunan kita untuk sentiasa memelihara solat sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah.

Sebagaimana jelasnya hukum solat begitu jugalah jelasnya hukum solat Jumaat iaitu satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan melainkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan syarak. Hal ini adalah selari dengan firman-Nya dalam Surah Al-Jumu’ah (9);

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat).

Dan Hadis Riwayat al-Tirmizi dimana Abu-al-Ja’d meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meringan-ringankannya, Allah akan mengunci hatinya.

Menurut Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’ie dan Ibn Khuzaimah bahawa Abu al-Ja’di al-Dhamriy R.A meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda;

Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali nescaya Allah akan mencap hatinya, dan Allah menjadikan hatinya itu seperti hati orang Munafiq.

Jelas bukan mengenai betapa pentingnya Solat Jumaat? Malangnya, setiap kali Jumaat itu jugalah aku ternampak lelaki-lelaki Islam yang masih lagi berlonggok sedang mengunyah makanan dan menghembus kepulan toksik (you know what I mean).

Kenapa aku tahu mereka itu Islam? Mereka itu sebangsa kita, bercakap bahasa kita dan bangga menyarung baju melayu. Terkadang, aku terkesima melihat betapa tidak malunya mereka meninggalkan tuntutan ini. Sedih dan takut apabila melihat dosa ini ditunjukkan secara terang-terangan.

Dekat tempat aku bekerja, cuma ada satu tempat makan Muslim yang aku percaya dari segi kebersihan; sebab majoriti di kawasan aku bekerja cuma ada non-Muslim restaurant dan fast food.

Gerainya sedikit tersorok, dan pada hari Jumaat aku akan terlihat beberapa ‘geng’ lelaki Muslim berkumpul sama ada untuk makan, merokok atau menghabiskan masa solat Jumaat di situ.

Kebanyakan daripada mereka bekerja di kawasan lain tapi sanggup datang di gerai tersebut jauh dari colleagues mereka, kononnya pergi Solat Jumaat tapi hakikatnya…. huhu.

Untungnya mereka diberi kelonggaran masa untuk solat Jumaat kerana di tempat aku bekerja kaum lelaki Muslim (yang solat) terpaksa manage their own time sama ada tolak dari masa lunch atau sebagainya.

Tempat aku pun tidak disediakan surau atau tempat untuk solat, jadi waktu lunch hour aku dan another Muslim colleague’s kena panadai manage untuk Zohor dan lunch.

Dulu ada je disediakan tempat solat tapi sebab kes ponteng solat ini menyebabkan management tak percaya sebab bagi mereka ‘korang bukan solat pun’.

Entahlah, bagi aku lelaki-lelaki yang ponteng solat Jumaat walaupun diberi kelonggaran bukannya sekadar mengutip dosa tapi memburukkan imej Islam itu sendiri.

Kita hidup dalam masyarakat majmuk, dimana non-muslim akan tengok tingkah laku kita dan menilainya. Ironinya, lelaki-lelaki ini juga lah kebanyakkannya yang kerap memperjuangkan soal poligami dan menyentuh mengenai kesilapan-kesilapan wanita.

Konklusinya, marilah kita bersama menjaga iman dan semoga kita bukan tergolong dalam golongan yang mebawa fitnah terhadap agama kita sendiri. Nauzubillah min zalik.

Rujukan: Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Peresekutuan

– Ana Muslimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *