Assalamualaikum semua. Terima Kasih admin (kalau siarkan confession aku ini). Hi, Nama aku Nina (bukan nama sebenar). Alhamdulillah tahun ni tahun ke 6 perkahwinan. Maksudnya kami suami isteri dah lepas fasa pertama darurat “kewangan” tu.
Kami kawen time belajar, jadi memang dari tahun pertama dah rasa “hidup susah” di awal perkahwinan. Tahap susah sampai beras tak mampu beli pun dah rasa. Tahap susah sampai kutip syiling beli pempes anak pun dah rasa.
Tahap susah bawa anak balik kampung 2, 3 jam atas moto pun dah rasa sebab takda duit isi minyak kereta. Senang cakap, kami dah rasa zaman susah macam mana kawan-kawan kami yang baru kawen harini.
Masa kami susah dulu, memang kami suami isteri kunci mulut. tak pernah cerita dekat sesiapa. Lepas 5 tahun, Alhamdulillah makin selesa sedikit demi sedikit. Tidaklah kaya cumanya sebulan 1k-2k Alhamdulillah boleh menyimpan. Kami pulak komitmen hutang tak ada, hanya kereta saja dan rumah sewa, anak pun sorang saja, Alhamdulillah.
Kisah bermula bila setahun dua kami kelihatan agak “stabil”, ramai jugak kawan-kawan yang sedang alami “fasa susah” mula datang. Mula-mula kawan biasa, lama-lama mula cerita tahap susah masing-masing.
Aku pulak memang dilahirkan sejenis manusia mudah kesian sangat-sangat bila orang cerita susah sampai takda beras seminggu, sebab aku dah alami “pahitnya” susah macam tu.
Senang cakap bila kawan-kawan cerita susah tak boleh beli barang dapur, susah anak anak tak makan nasi dah seminggu, susah nak beli kasut baju sekolah anak takda duit langsung (kawan yang lebih tua, anak dah besar), susah sampai setahun sewa rumah bil eletrik tak bayar, susah kereta dah berbulan tersadai.
Dan pelbagai lagi kisah yang membuatkan aku rasa kesian lepastu aku akan blame diri sendiri macam jahat sebab tak tolong. Bila mentaliti aku terhadap diri sendiri macam ni memang aku akan mula pujuk suami aku untuk bagi pinjam duit.
Bermula seratus lama lama sampai menginjak angkat seribu dua. Aku punya dilema tahap kesian sampai aku pulak libatkan client2 aku bila mana aku cuba buat macam “derma barang sekolah” untuk bantu kawan-kawan aku yang susah sangat ni.
Aku punya tahap mudah kesian sampai ada kawan-kawan tak boleh brain bila aku bagi pinjam habis barang rumah macam oven, vacuum dan peralatan rumah. Hahaha. Tu tak kira lagi, ada barang rumah aku bagi free macam peti ais lama, aku bagi free ja bila kawan aku mai cerita susah sangat2 nih. Hahaha.
Dipendekkan kisah, baru baru ni aku mula kutip hutang aku memandangkan aku tengok lifestail kawan-kawan aku yang berhutang semua kelihatan senang. Boleh ke sana ke sini kira senang lah tu. Boleh up status sale 5, 6 digit kira senang lah tu dari dulu.
Bila aku start kutip hutang Yesss !!! Padan muka aku Hahaha. Ada kawan siap ugut pulak tak mau bayar, ada marah kita pulak dan tak kurang juga ada yang buat lupa terus. Depa ni macam tak segan langsung aku tengok.
Aku pulak sakit hati sebab mengemis duit sendiri. Bila sorang-sorang aku minta macam buat tahik balik, memang aku start minta terus pada semua, aku dah tak mau dah ada kaitan dengan kawan-kawan macam ni. Serabut sungguh aku habaq hampaaa!!!
So, bila sikap aku mudah kesian ni dah makan diri, datanglah kawan-kawan yang perasan sikap aku ni datang bagi nasihat untuk jadi “kebal” dan jangan mudah kesian. Kalau depa cerita susah ke tak makan ke biar je, depa pun ada kudrat nak kerja. Kita pun susah cari seringgit dua, kan?
Lepas tu aku perati kehidupan orang lain, aku belajar dari kehidupan “normal” orang lain. Aku tengok macam ayah aku, tok aku susah giler kot, tapi ayah aku takdak pulak sampai sanggup bagi habis duit dia baiki atap rumah tok aku yang bocor, takda pun nak tolong baiki lampu yang rosak, jauh sekali nak extend rumah tok aku.
Ayah aku just bagi duit time raya atau tak berkira bila mentua minta tolong, contoh macam nak sewa lori ayah aku, ayah aku just ambil duit minyak saja (bisnes). Tak macam aku, dapat mentua yang susah dari famili aku, aku punya kesian tu sampai menangis beb Hahaha. Siap dah plan nak extend dapur dan rumah bagi mentua selesa (mujur aku dapat kesedaran dah, terus tak jadi).
Gitu lah aku punya kesian dekat mentua memang bila aku pi travel mana-mana wajib beli ole-ole. Bila balik rumah mentua bawa makan tempat best-best, beli seafood bagai penuhkan peti, bayar bil2 bulanan, sebab kesian rasa mentua susah.
Padahal mentua aku suami isteri pencen 5k kot. Hahaha. Paling tak boleh blah mak ayah aku, aku tak tolong sampai tahap macam tu sebab rasa mak ayah aku “senang”. Ni isu mentua lah.
Jadi berbalik pada isu kawan-kawan, aku perasan bila depa senang langsung tak ingat dah kita yang tolong dulu. Kalau dulu sebelum dapat duit kita, hari-hari wasap tanya khabar macam caring, bila senang sekarang kita nak minta duit acah-acah tak baca mesej. Hahaha. Memang menyakitkan hati betul.
Jadi sekarang ni aku dah cerdik banyak, aku memang control betul-betul diri aku dari rasa kesian yang melampau. Kalau nak tolong better aku tolong strangers je macam dia Fb lagi ramai yang perlukan bantuan. Ikhlas pun lagi ikhlas dari jadi macam ni sampai putus kawan sebab minta hutang.
Begitu jugaklah dalam konteks mentua mahupun ipar duai, aku memang diam je sekarang. Dah tak belanja dan tolong apa-apa. Bagi bila raya saja macam suami aku cakap. Aku dah bina boundries. Dah tak mau jadi tak cerdik selalu diambil kesempatan.
Jadi, untuk orang lain yang mudah kesian macam aku, marilah kita jadi bijak, biar lah orang cakap kedekut ke apa sebab bila tolong orang susah yang sah sah ada masalah kewangan memang susah sangat sangat nak dapat balik duit kita. Beringat lah.
Aku serik giler giler sampai takut nak berkawan dah dengan orang yang susah dari aku. Memang betul cakap kawan aku bila kawan-kawan kita sekufu dari segi ekonomi, memang elok je persahabatan, takda nak pinjam meminjam sampai melampau lampau sampai lupa diri. Hahaha.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit