Parasit 2016

Assalamualaikum dan hai pada semua warga IIUMC. Nama ku Miya (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20an. Aku nak cerita tentang kisah duka aku ketika tahun 2016 hingga ke tahun 2017.

Nak dipendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang sama universiti denganku. Perwatakan nya sangat lah baik, kuat agama, hafiz quran and macam2 lagi. Aku panggil dia S ya.

S ni kan, mula2 ayat memang baik belaka. Semua pempuan boleh tunduk dengan dia. Tapi, aku tak tahu macam mana akhir nya dia memilih aku sebagai teman yang paling rapat dengan nya. Jadi nya, selama kami berkenalan, mula2 je indah. Dia ajar aku arab, aku ajar dia business and macam2 lagi. Konon sweett lah sangat. Pui. Nak muntah kot ingat balik hal lama.

Lepas je masuk bulan ke 3 macam tu, perangai nokharom dia terus keluar. Mula2 dia start tengking2 aku sambil mencarut. Lepastu upgrade sikit pukul aku. Lempang muka aku kalau aku tak dengar cakap nya seperti dia ajak keluar ke. Konong dating islamic. Hakpuii sekali lagi.

Time ni, aku dah rasa depression sangat2. Sebab nya dengan assignment yang banyak, ,exam lagi and nak fikir tempat latihan industri lagi. Dalam masa yang sama, kena layan karenah dia yang aku rasa tah apa2. Konon kena menghadap muka dia 24 jam. Eiuuuw.

Cerita pertama. Makan di KFC.

Pernah 1 hari tu, dia ajak pergi makan KFC. Aku mula2 tak nak sebab time tu study week makanya nak belajar lah. Tapi, dia ugut aku kot taknak keluar dia akan buat bising depan rumah sewa aku. Mula2 aku buat ‘dunno’ je, tapi memang dia buat hura hara pon depan rumah sewa aku dengan bunyikkan hon moto dia. Gilo laki ni! Nak tak nak, aku kena keluar sebab takut housemate aku cakap apa pula nanti kan. (YA, AKU TAW TIME NI AKU BOD0H). So, aku pun keluar.

Oh ya. Lupa nak cakap, aku ada kereta sendiri ya time dekat U. Jadi aku keluar and dia suruh ambik dia dekat rumah sewa nya juga memandangkan dia nak park moto dia kat rumah. Lepas je dia naik kereta aku, terus di tampar nya muka aku dengan alasan aku ni susah nak dengar kata dia. Menangis aku dalam kereta tu.

Sampai je dekat KFC, oder macam biasa, terus dia request nak fon aku. Nak cek kot aku ada mesej laki2 lain. Aku pon bagi je lah sebab nya takut kena pukul lagi. Huhu. Time dia cek fon tu, ada 1 mesej aku dengna kawan baik laki aku since sekolah menengah lagi. Tu pon dia mengamuk lalu baling tulang ayam goreng dekat aku pakej sekali air milo.

Menangislah aku depan orang ramai tu. Terus di ambil nye kereta aku tu and tinggalkan aku sorang2 dekat kfc tu. Nasib ada kawan U yang makan dekat situ jadi nya balik ke rumah dengan tumpang mereka.

Cerita kedua. Time ni aku tengah buat Latihan industri (LI).

Saat paling aku tunggu2 sebab nya time ni lah aku dapat jauh dari dia memandangkan tempat LI kitorang jauh. Alhamdulillah. Tapi, harapkan kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dia cakap nak datang tempat LI aku dengan alasan lama dah tak jumpa. Aku macam biasa lah, tak nak dan tak ingin.

Dalam masa yang sama, aku bluetick je chat dia. Apa tak mengamuk lelaki tak gune tu. Haha. Di ugut nya aku, kalau tak nak jumpa, dia akan buat kecoh di tempat LI aku and kacau family aku. Time ni aku takut gila sebab nya lelaki ni memang tahu rumah aku semua. Dan aku percaya apa yang dia cakap, dia akan buat. Saat ni, aku kerja pon tak tenang, sebab fikir apa yang dia cakap.

Sampai lah 1 waktu ni, seorang polis muda menegur aku disebabkan wajah aku yang macam takut and kusut. Mula2 dia tanya ada apa2 masalah?. Taknak lah aku cerita sebab nya mana kenal kan. Tapi dipendekkan cerita, aku akhir nya buka pekung sendiri and cerita semua nya sebab selama aku kenal S ni, aku tak pernah cerita dekat sape2 even kawan baik aku sendiri sebab nya aku tahu ramai takkan percaya S yang diorang kenal macam tu.

Terus kami bertukar2 no fon untuk aku dapat kan nasihat tentang apa yang perlu aku buat. Polis ni nasihat kan aku untuk buat report sebab ada nya mental and physical abuse. Bukti semua ada dari segi chat semua. Tapi, aku tak berani sebab nya aku tahu nanti akan melibat kan ahli keluarga. Lagipun, S ni bukan lah dari keluarga yang berada. Jadi, aku taknak keluarga dia risau semua.

Dipendekkan cerita, polis ni beri aku 1 idea untuk gertak si S ni. Dengan cara screenshot chat aku dengan si polis ni dan hantar ke si S. Aku pon cuba lah, mana tahu kot2 memang menjadi. And yaaa! Memang menjadi. Si S ni terus berubah cara chat aku dari berkata kesat ke cara selembut2 kapas. Phuii! Tahu pon takot aku report polis.

Time ni dia merayu suruh tarik report and berjanji dia akan berubah. Tapi, aku bukan nak dia berubah je, aku mengharapkan dia takkan ganggu aku lagi buat seumur hidup sebab hidup aku sungguh terseksa dengan dia. Setahun lebih aku merana, aku dipukul, ditumbuk tanpa sebab2 munasabah dan kali ni aku nekad, kau hanyalah parasit dalam hidup aku.

Aku tak sangka, dengan cara mudah macam tu, dia boleh dengar kata aku untuk jauh dariku. Kalau lah tahu, memang awal2 lagi aku suruh kawan aku berlakon jadi polis. Haha. Lepas je dia berjanji semua, Alhamdulillah, hidup aku tenang sampai kini. Tiada apa2 lagi yang menakut kan aku. And guess what, polis tu sekarang dah pun jadi tunang aku. Alhamdulillah. In shaa Allah, awal tahun depan kami akan berkahwin. Doakan kami ya bahagia ke anak cucu.

Nasihat aku pada perempuan2 diluar sana, jangan jadi lemah macam mana lemah nya aku dulu. Aku tahu seksanya hidup dengan kenal lelaki2 kuat mendera ni. Kita perempuan, kena kuat. Apa2 pun yang berlaku, jangan takut report polis untuk minta perlindungan. Kita ada hak untuk hidup bahgia.

Untuk kaum lelaki pula, jangan senang2 nak naik tangan dekat perempuan. Jadi isteri pun belum, dah berani pukul. Ingat, balasan Allah tu ada. Kau buat kat anak orang, suatu hari nanti, kalau tak anak2 kau yang kena, mungkin adik2 kau atau mak kau.

Sekian sahaja dari cerita aku. Maaf, aku tak pandai nak bercerita. Harap semua dapat jadikan pengajaran ya. Peace!

– Miya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *