Jahatkah Aku?

Tiba-tiba ada nombor tak dikenali di telefon. Aku musykil tapi tak apa, jawab juga walaupun jam dah pukul 9.30 malam.

“Hello, Ju? Ami ni,”

Satu nama yang cukup lama aku tak hubungi, sekadar kekal dalam friend list FB selepas dia bergelar suami. Ya, aku takkan rapat dengan rakan-rakan lelaki sebaik tahu mereka dimiliki seseorang, hatta belum bernikah pun.

Kami bertanya khabar kira-kira 15 minit selepas hampir 6 tahun tak berhubung. Tapi aku terus bertanya kenapa call, aku tak selesa. Sekadar tanya khabar katanya. Baik, aku seboleh-boleh ingin hentikan perbualan segera.

Semakin lama semakin galak Ami call, hampir setiap hari. Siap ajak minum petang. Aku semakin tak selesa. Terus aku bertanya apa niat berhubung. Lelaki, aku tahu pasti ada agenda. Kenangan buruk beberapa hubungan sebelum ni banyak mengajar aku karakter lelaki.

Ami mula mengatakan ada masalah bersama isteri, tak sekepala,masalah tempat kerja bla bla bla. Aku langsung tak terkejut. Sebab dah dapat mengagak. Pelik 6 tahun tak berhubung terus bercerita macam-macam kan. Perkenalan selama hampir 16 tahun buatkan aku kenal peribadi Ami dan ini bukan perangai dia untuk bercerita masalah peribadi.

Lama-kelamaan, Ami mula mengambil kesempatan untuk rapat semula dengan aku. Hati aku yang keras selama 8 tahun tanpa sesiapa, susah dilentur Ami. Aku terus menganggap dia sebagai abang. Hormat. Berkeras suruh dia henti bercerita perihal isteri sebab aku juga wanita, aku tak mungkin berpihak kepada sesiapa. Lagikan pula ini libatkan masalah rumahtangga mereka.

Asal aku menjauhkan diri, Ami terus mencari. Datang ke rumah jauh-jauh, hantar buah tangan, makanan, ubat tatkala aku sakit. Saat aku mengalami masalah kewangan, Ami terus saja transfer duit ke akaun bank tanpa pengetahuanku.

Aku tahu aku menempah penyakit jika terus berhubung dengan dia. Tapi aku tak dapat elak sebab kadang kala tau-tau je dia dah depan rumah. Aku pula bekerja sendiri di rumah, memang takkan ke mana. Aku malu sebab tahu mesti jiran ada memerhati ‘surprise’ yang datang saban hari.

Aku mengalah dengan Ami selepas lebih 2 bulan berhubung semula. Aku mula jatuh hati semula seperti mula berkenalan 16 tahun lalu. Tapi, aku sedar mana mungkin aku merampas hak wanita lain. Jahatnya aku, tamaknya aku. Aku berkeras suruh Ami berhenti berhubung. Sampai satu masa, Ami ajak aku menjadi isteri ke-2. Aku terkejut, biadapnya!!

Biadap kerana sanggup berfikir macam tu. Apa dosa si isteri sampai sanggup fikir begitu. Rupanya semasa tahun ke-10 kami berkawan, Ami ingin masuk meminang tapi aku baru tamat belajar dan nak membina kerjaya.

Memang Ami banyak kali call ajak berjumpa tapi waktu tu aku tiada masa untuk berjumpa dia, sibuk bekerja. Kecewa, Ami mula berkawan dengan isterinya yang baru dikenali. Dalam sebulan berkenalan, terus bertunang. 3 bulan kemudian, kahwin. Sekarang anak 2.

Aku tahu semua ini pun selepas Ami berhubung semula dengan aku. Dia tak pernah sebut sebelumnya ingin mrmperisterikan aku. Remuk hati bila dapat tahu, tapi aku kuatkan diri dan ingatkan Ami, isterimu ada di rumah. Membesarkan anak-anak walaupun sibuk bekerja dan menyambung pengajian pada masa sama.

Situasi kami memang hampir serupa dengan drama Cinta Bukan Kristal lakonan Sharnaaz Ahmad & Nina Iskandar. Cuma aku bukanlah Ayda Jebat, si jahat yang gedik tu.

Kalau aku jahat, pasti aku sailang saja Ami. Tapi sebagai wanita yang banyak kali dikecewakan, aku tak sanggup lukakan hati isteri Ami. Dia tak berdosa. Berulang kali aku ingatkan Ami. Ami bertegas ingin memperisterikan aku juga, memang dia mampu. Termasuk sediakan kereta & rumah lain.

Tapi satu saja aku bertanya padanya. Mampukah Ami sebagai lelaki berlaku adil kepada isteri dan aku? Kepada keluarga Ami, keluarga isteri dan keluarga aku? Kepada ibubapa Ami, isteri dan aku? Boleh Ami kekalkan hubungan baik dengan ketiga-tiga keluarga, dan keluarga besar pula? Boleh anak-anak Ami terima aku? Kalau Ami rasa boleh, pergilah jumpa ibu ayah kataku.

Ami tersedar bila aku kata begitu. Hati suka tapi banyak hati juga nak kena jaga kan? Bukan aku seorang. Aku pun akan perlu buat yang sama tapi aku yakin aku tak mampu, aku tak kuat.

Aku juga yakin aku bukan wanita sebaik isteri Ami, betapa tabahnya dia bersabar, menunggu suami, menguruskan rumah sambil belajar & jaga anak. Sering ditinggalkan kerana Ami akan outstation setiap minggu.

Wanita mana yang sanggup buat begitu melainkan seorang isteri yang patuh dan sayangkan si suami. Aku setiap hari mengingatkan Ami untuk jangan lukakan isterinya sejak dia mula bercerita masalahnya. Aku pula rasa aku jahat sangat sebab masih berkawan.

Alhamdulillah, sekarang kami tidak lagi berhubung. Satu sudut hati, aku sedih sebab aku hilang Ami sekali lagi. Tapi pada masa sama kenapa perlu berebut hak orang, yang terang-terangan bukan jodohku? Banyak saja penghalang sebelum tu. Petanda la tu, kan?

Dah setahun perkara ni berlaku. Tapi deep inside, aku tetap sedih. Cuma tak pasti nak bersedih tentang apa. Semoga Allah kuatkan hati aku untuk lupakan Ami. Dan semoga Ami dan isteri kekal bahagia.

– Ju (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *