Assalammua’laikum dan hai kepada semua pembaca laman Confession IIUM yang budiman. Sis Purple Rain kembali lagi!! Terlebih dahulu terima kasih kepada pihak IIUM Confession kerana sudi menyiarkan artikel terdahulu yang aku nukilkan bertajuk Wanita: Tips kenali dan hindari ‘F***boy’.
Ya Allah, aku sangka tulisanku tidak akan dapat menembusi laman ini gara-gara aku menulis serupa rojak passembur. Haha. Jujurnya aku terlampau berkobar-kobar sewaktu menulis luahan pengalamanku. Aku punya ‘train of thought’ serupa bertih jagung dek kerana terlalu teruja untuk meluahkan.
Kali ini sekali lagi, aku nak mengakhiri penulisanku dalam siri mengenal F***boy. Ini adalah penamat. Awas, penulisanku kali ini lebih panjang (Baca: aku cuba elakkan penulisan rojak kali ini) . Sila jangan baca bagi yang cepat ‘terasa’ dan sejenis Cik/Encik/Puan ‘tahu semua’. Maaf sangat ini bukan untuk anda. Sila skip cepat-cepat ya. Ini dikhaskan untuk mereka yang mempunyai fikiran ‘terbuka’, ‘positif’, ‘mahu belajar’ serta ‘sopan’. Haha.
Kepada yang belum membaca luahan penulisanku yang terdahulu, boleh meluangkan masa membacanya di sini. Wajib baca kepada para remaja , gadis sunti, adik freshie asasi/matrikulasi mahupun universiti dan Si dara manis yang belum pernah ada pengalaman bercinta dan naif mengenai lelaki spesis pemusnah. Memang ini dinukilkan khas untuk anda : https://iiumc.com/wanita-tips-
Terima kasih kepada yang menyambut penulisanku terdahulu dengan hati yang terbuka. Yang mendoakan aku , yang menjadi ‘right-hand man’ berhujah untukku meskipun aku tidak mengenali kalian. Ya Allah terharu sungguh. Rasa nak peluk semua ( Baca: buat wanita sahaja ya). Yang memberikan kritikan, aku baca sambil tersenyum-senyum (sungguh terhibur) melihat pelbagai reaksi. Wow. Panas!!! Jangan bimbang. Aku tidak makan hati. Aku faham. Kita bertindak dan menilai sesuatu perkara itu berdasarkan sistem nilai /kepercayaan diri masing-masing.
Aku berfikir panjang. Mencari-cari jawapan kepada cara yang paling ampuh bagi setiap wanita untuk menghindari diri apabila berhadapan dengan mamalia species homo sapiens berciri F***Boy . Aku sayang sangat-sangat kaum wanita lebih-lebih lagi si gadis yang suci, murni, bersih tidak tercemar lagi maruah dirinya.
Aku bayangkan kesemua perempuan -perempuan di sekelilingku hidupku sambil meneruskan penulisan lebih-lebih lagi bagaimana agaknya nanti jika suatu hari nanti aku berkahwin dan bergelar ibu? Aduh. Beratnya rasa tanggungjawab itu. Gerun. Aku nak nasihat tak mampu. Aku hanya mampu kongsikan secebis kisah diri ini. Moga ada kebaikkan di dalamnya.
Hanya ada satu jawapan yang aku berjaya temui setelah menilai kembali pengalamanku sebelum ni. Jawapannya nampak klise dan lapuk. Namun cara bagaimana untuk mendapatkan antidote kalis lelaki buaya ini amatlah sukar dan mahal. Caranya hanyalah dengan memperkasakan tembok utama diri sang wanita dan gadis sekalian iaitu ‘Self-Esteem’ ataupun di dalam Bahasa ibunda disebut ‘Harga Diri’ . Titik. Itu sahaja perisai utama yang tidak akan mampu dibolos oleh mana-mana individu berniat jahat ke atas anda wahai sang wanita (selain pegangan agama yang teguh). Dengan izin yang Maha Esa.
Mari aku kupaskan mengapa aku mengatakan bahawa ‘Self-Esteem’ merupakan antidote utama yang WAJIB dimiliki oleh wanita dan gadis manis sekalian dalam menghindarkan diri daripada menjadi mangsa si buaya darat. Namun disini, aku ingin mengaitkan bagaimana ‘Self-Esteem’ ini terlibat di dalam konteks perhubungan lelaki-wanita (Baca: percintaan/perkahwinan).
‘Self-Esteem’ merupakan sistem nilai diri yang telah terbentuk di dalam diri setiap individu. Bagaimanakah ia terbentuk? Ia bukan terbentuk dalam masa yang sekejap. Sistem nilai ini sangat dipengaruhi oleh cara didikan/belaian/kasih sayang/perhatian diberikan oleh ibu bapa seawal tempoh kritikal perkembangan bayi (0—6 tahun), pengalaman berinteraksi bersama individu terdekat seperti saudara-mara, rakan-rakan, guru, persekitaran (masyarakat, media massa) turut membantu pembentukkan sistem nilai diri. Ia kemudian membentuk sense of self di dalam diri.
‘Self-Esteem’ antara utamanya membantu individu ini untuk menilai dirinya sendiri. Jika seorang wanita mahupun sang gadis menilai dan melihat dirinya sebagai seorang yang ‘berharga’ maka dia akan cenderung untuk bertindak sebagai seorang yang mempunyai harga diri. Jika dia menilai dirinya bukan wanita/gadis yang ada harga diri maka mereka akan melakukan perkara-perkara yang selari dengan konsep/label pada dirinya iaitu ‘Aku tidak berharga’ , ‘I am worthless’, ‘I don’t deserve love’ etc.
Pembaca sekalian, ‘self-esteem’ adalah perkara subconscious (separa sedar) terjadi dan terbentuk pada setiap individu. Seseorang individu tidak akan berkata terang-terangan “hey, aku seorang yang yakin diri” atau “ hey, aku seorang yang tidak percaya diri”. Tahukah anda, orang yang merasa yakin diri adalah individu yang sentiasa memilih untuk menjadi ‘low-profile’.
Mereka tidak perlu membuat perkara-perkara menarik perhatian, sesuatu yang ekstravaganza. Mereka berada di dalam class yang tersendiri. Kita akan terpaku dengan karisma dan aura mereka. Ibarat kata pepatah inggeris “confidence is silent insecurities are loud”. Mereka yakin dengan diri sendiri tanpa memerlukan topeng-topeng/ aksesori dunia (kemahsyuran, pangkat, harta, status). Walaupun mereka mempunyai semua aksesori dunia, mereka tetap memilih untuk ‘senyap’ dan ‘low-profile’.
Untuk menilai esteem diri seseorang individu, anda perlu melihat tindak tanduk perbuatannya, pembawaan dirinya di dunia ini, tutur katanya, gaya bahasa badan, intonasi suara etc. Mereka berfikir bahawa mereka bukan lebih hebat atau kurang daripada sesiapa. Setiap individu adalah sama. Mereka tidak bersaing dengan sesiapa lantas mereka merasa tidak perlu untuk membuktikan apa-apa kepada dunia (Baca: approval, validation). Mereka hanya menjadi diri sendiri. Self-Esteem yang asli tiada kaitan langsung dengan ciri-ciri fizikal ya.
Bukan soal perempuan cantik mempunyai ‘high self-esteem’ dan wanita kurang cantik mempunyai ‘low self-estem’ (berapa ramai perempuan cantik yang masih merasa insecure). Tahap pendidikan juga bukan pengukur nilai ‘Self-Esteem’ (berapa banyak wanita bekerjaya lagi bijak bestari tumbang pada lelaki yang salah). Self-esteem bukan sesuatu yang bergantung kepada perkara superficial. Tidak.
Biasanya, individu yang mempunyai ‘high self estem’ akan tertarik kepada insan yang sama. Begitu juga dengan individu yang mempunyai ‘low self estem’ akan tertarik kepada individu yang sama. Kenapa? Mereka adalah cerminan kepada diri masing-masing. Pernah terfikir tak kenapa bila kita berkawan/ berjumpa seseorang, kita cenderung untuk ‘klik’ atau ‘masuk’ dengan sesetengah orang tetapi tidak dengan sesetengah yang lain.
Sebenarnya, kita berhubungan secara separa sedar (subconscious). On a deeper level (vibrational strength), we find each other, subconsciously. Lagi satu, istilah ‘opposite attracts’ adalah mitos ya. Yang sebetulnya, ‘like attracts like’. Ah, topik ni sangat rumit nak dikupas. Aku berhenti di sini sahaja ya.
Macam mana aku nak kaitkan dengan pengalamanku ini dengan ‘self-esteem’. Jika difikir kembali, ketika kejadian pertemuan aku dan bekas kekasih, jujur ketika itu aku tidak berada di dalam high vibrational level. Nama mudahnya , aku tidak menjadi diriku yang terbaik pada momen dan ketika itu. Stress menjalani kehidupan, energi diri yang rendah, tidak bersemangat di dalam hidup, aura diri yang negative, semuanya menyumbang kepada mengapa aku menjadi seorang yang tidak berapa okay ketika itu.
Dan jeng jeng jeng, ketika itulah si dia hadir acah acah ‘knight in shining armor’ mengikut sangkaan ku. Nampak tak bagaimana dua individu yang mempunyai ‘low self estem’ dan ‘low vibrational level’ (lelaki dan wanita) bertemu? Kami tertarik kepada sesama sendiri!! Ingat tak ketika aku di dalam fasa tidak move on setelah putus (lambat nak move on padahal aku yang minta putus). Kenapa lambat nak terus putuskan 100% hubungan ? (Read: tidak bijak). Aku denial. Aku tahu aku tak mahu dia tetapi masih nak berhubung lagi (Whatsapp, Social media). Aku low-self esteem ketika saat dan momen itu. Itu sahaja jawapannya. Internally, aku insecure.
Aku tidak jujur pada diriku bahawasanya bahagia itu bukan datangnya pada kasih sayang dan perhatian seorang lelaki yang bukannya suami aku pun. Dia bukan sesiapa. Aku tidak belajar untuk sayang dan menerima baik buruk diriku 100%, lantas mencari ‘validation’ daripada seorang lelaki. Aku tidak sedar keadaan mentalku memancarkan aura (negative, pesimis) ketika itu sedikit sebanyak ‘menarik’ lelaki sebegitu di dalam hidupku. Pernah dengar istilah betulkan diri sendiri sebelum sibuk menanti ‘jodoh’.
Aku terlupa untuk ‘betulkan’ diriku. Untuk sayangi diriku. Untuk menerima diriku tanpa syarat. Aku terlupa bahawa diriku tidak akan mampu membetulkan sesiapa pun pada hakikatnya. Aku bukan Noh Hujan dan dia bukan Mizz Nina (Bekas kekasih aku suka kaitkan kisah kami seperti ini. Kononnya). Aku sangat percaya Mizz Nina hendak berubah dan berhijrah ke arah kebaikkan atas kehendak dirinya semata. Bukan kerana Noh mendesak. Meraka adalah dua individu yang ‘lengkap’ sebelum bertemu. Dua individu yang mempunyai ‘High Self-Esteem’ akan membina sinergi yang hebat.
Sedikit sebanyak aku makin faham bagaimana dinamik perhubungan di antara lelaki dan wanita berlaku. Kenapa wanita yang berada di dalam perhubungan abusive (mental mahupun fizikal) berlaku terutamanya seperti di dalam kes-kes keganasan rumah tangga. Mengapa mereka masih tegar untuk bersama walaupun didera mental dan fizikal. Mengapa masih ramai yang berada di dalam perkahwinan/perhubungan walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa sang suami kaki pukul, kaki perempuan, kaki maksiat, taik judi, mat dadah, biawak hidup, penunggang agama.
Mereka sedar telah berkahwin dengan ‘monster’ tetapi masih bertahan sebegitu lama setelah tidak menemui jalan penyelesaian. Sebab anak-anak?? Tidak. Anak-anak hanyalah sebuah alasan tanpa disedari. Anak-anak adalah ‘escape route’ mereka untuk terus berada di dalam situasi tersebut. Lagi-lagi takut dan malu dengan stigma masyarakat. Perhubungan toksik ini sangat addictive (ketagihan). Sebab apa? Ia telah membentuk identiti diri mereka subconciously (minda bawah sedar).
Mereka akan membentuk ‘unhealthy attachments’ dan mangsa akan membentuk ‘victim mentality’ .Mereka saling memerlukan. Jika tidak di ubah cara berfikir dan melihat diri, wanita yang mempunyai kurang ‘self-esteem’ akan berakhir kembali dengan situasi yang sama. Dengan orang yang sama seperti pasangan terdahulu. Loop ini akan berulang. Menakutkan bukan?
Tengoklah sahajalah Kardashian Family sebagai contoh (aku tak mengikuti KUWK tapi tahu serba sedikit). Betapa celarunya kehidupan mereka sekeluarga meskipun mempunyai ‘fame dan fortune’. Mak dan ayah bercerai (kali kedua) malah ayah tiri mereka (bapa kandung Kylie dan Kendall) pula pada 2015 tiba-tiba nak bertukar jantina pulak (dah jadi Caitlyn Jenner). Ditambah pulak dengan kehidupan peribadi mereka iaitu adik beradik Karadshian: Kim, Kourtney, Khloe, Kendall, Kylie and Rob penuh dengan drama. Masing-masing ada isu tersendiri. Kenapa mereka sukakan kehidupan yang porak peranda lagi celaru?
Kahwin cerai ibarat tiada makna , berkahwin/bercinta dengan lelaki yang bermasaalah , ada pasangan yang curang, ada pasangan yang kaki dadah/arak/mental health issues padahal mereka ni kira ‘hot stuff’ dan ‘jutawan’ kot. Lelaki yang dipilih semuanya physically unattractive (maaf citarasa kita tak sama), perangai lagi lah unattractive. Jawapannya adalah mudah. Kerana mereka mahukannya. Kehidupan sebegitu adalah addictive. Mengasyikkan. Mereka selesa menjadi ‘mangsa’. Sila kaji ‘victim mentality’. Anda tidak akan berjaya di dalam apa perkara pun di dalam arena hidup termasuk di dalam perhubungan jika masih ada ‘Victim mentality’ di dalam diri.
Berbalik kepada isu utama, seorang wanita yang mempunyai ‘Low self-esteem’ , mereka tidak mampu melihat bahawa diri mereka amatlah berharga sebagai seorang individu, ahli masyarakat, dan sebagai seorang muslim : sebagai hamba Allah lebih-lebih lagi. Wanita yang ‘low self-esteem’ akan akur pada takdir hidup.
“Nak buat macam mana dah ini takdirnya” sambil kesat air mata sebab dibantai pakwe yang kaki pukul, “Hanya dia yang faham aku dalam dunia ni.. dia je yang sayang aku”, “Daripada jadi andartu baik aku kahwin je dengan sesiapa yang masuk meminang” , “ Ish..nanti apa kawan-kawan sekuliah kata kalau aku tak pernah couple. Kolot betul”, “Ala, malunya…nanti apa orang kampung, sedara mara kata kalau aku tak kahwin-kahwin lagi. Risaunya” , “Asalkan ada orang nak kat aku..biarlah aku couple dengan dia”, “ Suami I buat hal pun dia tak pernah abaikan anak-anak. Takpe, I boleh bertahan demi anak-anak”…
Beginilah antara cara mereka sang wanita ‘low self-esteem’ melihat kehidupan. Harga diri mereka sebagai seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada seorang lelaki. Disayangi ‘lelaki yang salah’ adalah lebih bermakna tanpa dikasihi oleh mana-mana lelaki. Itu perkara yang paling penting baginya. Itu membentuk identiti diri mereka. Mereka terlupa barangkali bahawa hidup ini adalah ‘pilihan’. Kita akan sentiasa ada pilihan.
Jadi, apakah cara untuk meningkatkan ‘self-esteem’ khasnya buat wanita dan para gadis si cantik manis ? :
1. Parenthood (peranan bapa/bakal bapa) : Terutamanya buat si ayah. Berikan kasih sayang tanpa syarat, perhatian, didikan agama, didikan moral , tunjukkan contoh terbaik kepada keluarga anda. Anak-anak akan sentiasa memerhati perbuatan anda, cara anda melayan dan mengasihi si ibu, cara anda mengendalikan kehidupan. Andalah tonggak sesebuah rumah tangga. Anak-anak anda akan sentiasa memandang tinggi kepada bapa mereka. Anda adalah hero utama mereka. Lebih hebat berbanding Superman, Spiderman mahupun Kapten America. Lebih-lebih lagi si gadis manis. Anda lelaki pertama di dalam hidupnya.
Sentiasa ada bersama anak gadis (lebih-lebih lagi sewaktu kecil) di setiap perkembangan hidupnya. Berikan puji-pujian dan perhatian buat si gadis sebelum lelaki durjana menabur kata manis mereka kepada anak gadis anda. Impaknya sangat besar jika anak gadis anda tidak mempunyai ‘father figure’ dalam hidupnya. Lebih -lebih lagi jika dibesarkan dalam persekitaran yang mencabar. Mereka cenderung untuk menagih kasih pada lelaki yang salah. Fakta. Bagi yang kehilangan ayah sewaktu kecil ,atuk, bapa saudara terdekat, abang, sepupu daan saudara-mara terdekat perlu memain peranan aktif sebagai ‘father figure’ di dalam kehidupan si gadis tersebut.
2. Parenthood (peranan ibu/bakal ibu) : Ibu guru pertama sang anak. Anda sangat berkuasa mencorakkan masa hadapan anak-anak anda. Aku tak nak ulas panjang. Aku Cuma harap wanita menjadi lebih kuat dan bijak . Kuat daripada segi mental terutamanya. Cari ilmu, baca buku yang membina diri, lihat rancangan yang membina diri, Self-education, Self-care. Bijak mengendalikan diri/emosi . Surirumah? Anda hebat. Wanita bekerjaya? Anda juga hebat. Ibu berdikari ? Anda lebih-lebih hebat.
Anda ibu, andalah bapa. Jangan biarkan sesiapa menginjak maruah anda. Buktikan single parents/broken family (Baca: paling penting buktikan pada diri anda) mampu membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang standing dengan mereka yang mempunyai keluarga lengkap. Kita boleh merubah diri tetapi tidak perlu merubah manusia lain. Biarkan masyarakat berkata-kata di belakang. anda. Wanita, fokuskan membina keluarga kecil anda supaya anak-anak menjadi ahli masyarakat yang berguna kelak. Doakan anak-anakmu wahai ibu dan ayah. Sentiasa. Anda tidak akan pernah tahu bahaya apa yang bakal menerjah hidup sang anak. Doa mana satu yang akan menyelamatkan sang anak.
3. Wanita/Gadis kesayanganku: Sematkan di dalam hati, nilai diri anda bergantung kepada cara anda melihat diri anda sendiri. Bukan apa masyarakat kata, bukan apa media-massa kata, bukan apa ibubapa/guru2/kawan2/saudara-
Paling penting, belajarlah untuk menyayangi diri anda sendiri. Tiada siapa yang akan mengajarmu sayang. Ia bukan suatu destinasi, tetapi self-love adalah suatu perjalanan yang panjang lagi sunyi dan tidak akan pernah tamat. Anda gagal? Buat sampai jadi! Tatkala hati sunyi dan lemah, sematkan di hati percayalah hanya anda yang mampu membantu dirimu untuk keluar daripada segala belenggu hidup.
My dear, you need to do your own saving. You need to complete yourself first before thinking that loves from a man /marriage can save you. Heal yourself first. Stop looking for your ‘other half’ or ‘knight in shining armor’ . There’s no such thing about another half sayangku. Your man or your husband can never ever completes you. You are a whole person already. Remember this okay!! Going into relationship/marriage with a man is just an addition to your lives. Only God can completes you. Titipkan juga doa pada yang maha Esa. Perkasakan dirimu dengan tiang agama. Itulah bentengmu yang terakhir. Salam sayang.
Disclaimer : Aku bukan ahli psikologi/ kaunselor bertauliah. Artikel ini ditulis adalah berdasarkan pemahaman daripada pembacaan, pemerhatian dan pengalaman hidupku. Sila tunjuk ajar jika aku ada membuat kesalahan di dalam penulisan ini terutamanya mengenai konsep psikologi.
– Purple Rain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit