Semua Yang Berkaitan Dengan Tesis

Assalamualaikum semua, saya ni buat masa sekarang tengah menjalani latihan praktikal. Ada beberapa bulan lagi sebelum saya habis untuk sambung sem yang seterusnya.

Dalam confession ni, saya nak luahkan perasaan, nak minta pandangan serta pengalaman2 terdahulu bagi sesiapa yang pernah melalui.

Walaupun saya masih dalam praktikal tapi saya nak bersedia dari segi mental dan fizikal supaya saya ada backup plan kalau sesuatu yang terjadi.

Selalunya kita akan tahu siapa supervisor kita berdasarkan tajuk dari proposal yang kita buat sebelum ni. Supervisor saya ni seorang yang sibuk, mempunyai ramai pelajar di bawah dia (5 dari part 1 dan 5 dari part 2) sebab kami punya tesis dibahagikan kepada 2 bahagian.

Maknanya jika tak lepas part 1 tak boleh sambung part 2. Ada yang gagal dan ada yang lulus part 1 kerana bergantung kepada supervisor masing2. Sambung latar belakang supervisor saya tadi, dia ni seorang yang garang, tegas dan sukar dihubungi (mesej tak balas, email tak buka, call tak angkat, selalu tak ada dekat bilik dia dan nak jumpa dia susah.

Saya walaupun belum mula buat lagi tesis tu tapi kalau boleh saya nak elak dari bertemu dengan dia. Selalunya orang akan kata kalau ada apa2 masalah berbincang dan mesti hadapi masalah tu bukannya melarikan diri tapi saya tahu saya tak mampu.

Sebenarnya kita boleh tukar supervisor kalau kita tak suka malangnya saya dah lambat, saya baru tahu. Sepatutnya saya tukar awal2 sem ni walaupun masa praktikal bukannya dah dipertengahan sem ataupun di awal sem yg akan datangnya nanti. Jadi saya dah terlepas 1 peluang. Maknanya naik sem ni nanti saya kena hadap dia.

Maaf kalau ada yang tak faham apa yg saya tulis ni. Sebab saya walaupun belum lagi jadi sesuatu perkara tu tapi saya memang jenis yang dah fikir banyak dan risau dulu dengan stress dan berdebar2 sampailah tiba waktu yang sebenarnya tu.

Berbalik kepada situasi tadi, saya ada terdengar yang banyak senior bawah supervisor saya ni tertekan sepanjang buat tesis tu. Saya fahamlah ramai yang tertekan dan kesibukan masa tapi kisahnya siapa yang dapat supervisor yang ni je akan tertekan.

Sebab saya banyak je tersempak dengan lecturer lain yang memang baik dengan student dia dan ambil berat siap tolong tunjuk ajar lagi student dia untuk buat tesis. Tapi supervisor saya ni memang tak bagi draft/ outline langsung, contoh tesis pun dia tak bagi tengok kalau ada orang mintak, bila ada senior tanya apa yang patut dia betulkan pun supervisor ni tak bagi tahu apa salah dia sedar2 dah fail je.

Bawah ni saya letak no supaya senang nak tanya soalan.

1) Lagi satu bila saya baca dekat internet sebenarnya banyak je universiti yang buat tesis guna bahasa melayu betul ke? Saya tengok UM, UKM, USM, UTM ni antaranya yang guna bahasa melayu. Memang guna bahasa melayu ke boleh pilih antara 2 bahasa nak guna yang mana? Sebab universiti saya sepenuhnya kena guna english.

2) Betul ke ada sesetengah universiti yang tak perlukan viva/ presentation tesis yang kita buat tu langsung? Sebab saya ada tengok beberapa kawan saya yang buat tesis sama ada dalam fakulti yang sama atau dari universiti lain yang dalam 2/3 bulan je, jilidkan lepas tu hantar dan dapat markah terus final exam dan tunggu masa konvo je.

Sedangkan dalam kos saya perlu buat tesis part 1 pastikan lulus baru buat part 2 (dalam masa yang sama, ada handle projek, study untuk exam, final exam, lepas final exam tunggu tarikh untuk viva, lepastu jilidkan, ada viva dan examiner lain.

Kalau tesis yang kita buat tu macam tak elok di mata lecturer examiner tu akan dibuang je depan2, dimaki, lepastu kena buat pembetulan, kalau pembetulan tu lambat sampai akhir sem nampak gayanya kena extend sem dan buat yang baru dan ulangi proses yang sama.

3) Menurut senior2 terdahulu yg supervisor saya ni setiap kali buat viva akan panggil lecturer sama yang akan jadi examiner pada masa tu. Masalahnya examiner yang datang tu lagi garang dari supervisor saya ni. Dia punya garang sampai kita lupa nak bernafas dan sama ada jantung degup kencang atau tak dengar bunyi jantung langsung.

Masa2 tu jugalah telinga berdesing, mata berpinar, kepala rasa ringan, kaki rasa berat, nak termuntah semua ada. Dia punya marah siap maki2 mak bapak student sekali. Tajam dia punya ayat tu menghiris2. Yang menangis masa viva tu jangan cakaplah memang ramai. Examiner yang saya cakap ni dia memang suka cari salah orang, kalau buat teruk kena maki tapi kalau buat ok dia diam je malas nak kisah.

(Untuk soalan 2 dan 3)

Jadi ni yang membuatkan saya takut sangat sebab saya harap je saya gagal tesis part 1 yang bakal saya hadapi sem depan supaya saya dapat ulang dengan supervisor yang baru. Salah ke permintaan saya ni sebabnya ada je yang kata alang2 dah buat tu buat je yang terbaik tapi masalahnya kalau saya teruskan dan lulus nanti saya kena hadap masa tesis part 2 dengan supervisor yang sama sampai habis dan kemungkinan besar kena maki dengan examiner yang saya tulis tadi tu.

4) Saya nak tanya pengalaman antara buat tesis terus je di akhir sem dengan buat tesis yang dibahagi kepada 2 bahagian mana lagi ok? Sebab ramai je yang saya jumpa yang buat tesis terus 1 sem akhir tu ramai yang lulus, lecturer baik tak cerewet, markah tinggi macam yang sesetengah orang kata buat tesis ni sama best macam praktikal sebab senang nak dapat markah.

Sedangkan senior saya walaupun bukan dari supervisor sama ramai je yang tak lulus2. Tesis part 1 pun ramai yang tak lulus2. Tapi saya rasa lagi senang buat yang sekali 1 sem kan? Sebabnya senang nak semak dah nampak jalan dari awal bab 1 sampai kesimpulan.

5) Betul ke ada kos atau universiti yang tak perlu buat tesis tapi ada fyp (final year project) yang kebanyakkan buat secara berkumpulan? Dan ada juga yang buat tesis secara berkumpulan? Sebab saya ada ternampak tesis yang telah dijilidkan tapi mempunyai banyak nama di kulit tesis tu. Bukan ke buat ramai2 macam tu lagi senang? Kalau betul untungnya.

6) Nak tanya semua universiti pun sama ke bila buat tesis ni kena interview dan buat questionnaire? Selalunya berapa orang kena interview sebab kos saya kena interview sekurang2 3 orang dan kalau ada case study sekurang2 ada 3 case study tp semuanya bergantung pada supervisor juga. Selalunya universiti lain lagi sikit ke banyak?

7) Berapa banyak article dan jurnal yang nak kena guna? Sebabnya saya ni tak pandai nak cari maklumat. Selalunya bila cari asyik tak jumpa je. Laman web mana yang bagus, senang dan orang selalu guna?

8) Ada tak program atau sytem yang boleh guna untuk check plagiarism, check grammer, baiki ayat, pdf kan word atau apa2 sahaja yang bantu untuk buat tesis nanti tapi yang pastinya free?

9) Berapa lama dan berapa muka surat selalunya bila buat tesis untuk undergraduate degree ni? Sebab bukan ke tesis degree simple je berbanding master dan phd tapi kenapa saya rasa kos saya ni leceh sangat permintaannya berbanding kos, fakulti dan universiti lain?

10) Ada ke perbezaan di antara degree dengan hons/ degree dengan sains/ degree hons sains/ dengan degree biasa je? Semua benda ni mempengaruhi sistem belajar, jenis soalan peperiksaan, tempoh masa praktikal, projek dan assignment serta tahap kompleks proses pembuatan dan mempertahankan tesis yang kita buat tu?

Sebabnya saya punya kos ni ialah bsc hons (bachelor in science with hons) iaitu fakulti yang berunsur seni, sains bercampur dengan teknikal walaupun bukan kos sains tulen macam fakulti perubatan atau mana2 fakulti sains yang melibatkan makmal tu.

11) Soalan terakhir dan juga diharap dapat jawab dengan jujur. Supervisor selalu menyalahkan student jika student fail tesis kalau bagi situasi saya tesis 1. Antara 2 ni siapa sebenarnya yang salah student atau supervisor. Sebabnya kadang2 student dah buat yang terbaik ( bagi tahap student lah), tapi supervisor kata malas, salah, perangai teruk dan bermacam lagi. Betul ke? Sedangkan student cuba berbincang, berjumpa dan berkomunikasi tapi kenapa student juga yang salah?

Adakah sebab student ni cuma budak2? Macam mana pula kalau student tu berumur? Adakah layanan yang diberikan tu sama? Sebabnya banyak je dalam berita tulis graduan berusia lebih 50 tahun lah, graduan yang sakit lah tetapi berjaya tamatkan ijazah dengan tesis yang terbaik.

Kalau nak dibandingkan memang student yang muda akan kalah tapi student yang muda pun ada yang ada masalah, ada yang sakit tetapi merahsiakan penyakit dan ada juga yang sihat tapi bertambah sakit bila meneruskan ijazah atas sebab bebanan tugas dan tertekan.

Banyak sakit yang datang antaranya sakit jantung, darah tinggi, migraine, thyroid, anemia, darah rendah dan bermacam lagi cumanya student tak luahkan ataupun student sendiri tak tahu hinggalah jadi sesuatu macam pengsan barulah student tu tahu dia ada penyakit.

Kadang2 student ingat dia tak sihat sebab kurang tidur dan penat je rupanya ada penyakit serius ataupun sebab dari presepsi lecturer sendiri. Kebiasaan lecturer tak suka student yang lemah tak bermaya dan pasif kerana dianggap malas dan tak aktif. Jadi sebab tu ramai yang sakit dan diamkan diri sampai habis degree sebabnya kalau bagi tahu pun ramai je lecturer yang tak endahkan.

Itu je lah yang saya nak luahkan. Maaf sebab panjang sangat dan dah melalut. Diharap sesiapa yang baca sudi bagi pandangan dan berkongsi pengalaman jika pernah mengalaminya.

– ~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *