Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-perlukan-dorongan-bukannya-paksaan/).
Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan kepada Farah sejak kisah pertama disiarkan.
Mungkin berkat doa semua, dalam masa seminggu selepas confession disiarkan aku menerima beberapa offer kerja. Syukur ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Masa confession ini ditulis, aku belum pasti nak memilih kerja mana satu lagi. Doakan ya!
Tapi itu bukan point sebenar yang aku nak ceritakan. Kebetulan, aku baru saja bertemu rakan-rakan yang risaukan keadaan aku. Mereka sanggup tampung belanja demi dapat berjumpa mereka.
Aku bersyukur kerana walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya aku boleh tersenyum gembira sekejap. Aku bawa pulang buah tangan untuk dikongsi dengan ibu ayah.
Sejak pencen walaupun ayah dah berusia, dia ada habit buruk. Gemar habiskan waktu bermain game online persis orang muda. Boleh tak tidur 24 jam semata-mata bermain 6 handphone untuk game. Layanan kepada ibu bagai hamba saja dibuatnya. Aku geram & kecewa.
Akibat main handphone, daya fokus ayah jadi buruk. Mulanya aku ingat sebab faktor umur. Bacaan demi bacaan, aku rasa ia adalah kesan bermain gajet berlebihan.
Dia menjadi semakin pemarah, anxious, hilang sabar, tak mampu berfikir betul dan ego semakin tinggi. Makan minum dan tidurnya semua di tepi plug sahaja. Mujur masih ke tandas.
Berbalik pada isu buah tangan, haritu ayah nak rasa. Aku pun beritahu untuk ambil kat mana dalam peti sejuk. Selepas 2x gagal jumpa makanan tu, aku dikatakan biadap kerana tak melayan dia.
Seperti kisah sebelum ini, hubungan kami tak lagi begitu baik. Jadi komunikasi kami agak dingin. Selepas melayan ayah, aku ke dapur.
Waktu lihat semula ayah, rupanya ayah makan tanpa beralas pinggan. Terus saja makan dalam kotak makanan, sambil memotongnya dengan pisau. Lebihan makanan dalam mulut dan tangan dilap dan dilemparkan semula ke dalam kotak.
Aku spontan tanya “Kenapa buang dalam tu balik?!”
Tak semena-mena ayah bangun dan acu pisau ke tengkuk aku sambil ugut nak cederakan. Dia macam dirasuk. Aku pandang je dengan tenang. Ibu yang ada kat situ terus bertanya perlahan, “ayah ni kenapa?”
Pisau bertukar arah ke tengkuknya pula sambil diugut akan mencederakan ibu. Aku perhatikan saja. Tanganku kebetulan sedang memegang kayu, nyaris ku pukul ayah sebagai langkah berjaga-jaga.
Ayah kemudian bertindak menghentam almari berulang kali gunakan pisau, melepaskan geram sambil cuba takutkan kami. Macam hilang iman!
Aku semakin jelik,menyampah tengok perangai ayah yang bagai hilang pedoman. “Ayah ni kenapa??”
Terus dia laju menerpa ke arah aku, sambil pisau diacu dan dilibas-libas depan muka aku. Diugut akan siat-siat aku kerana terlalu marah.
Bengang, aku terus ajak ibu keluar rumah. Demi keselamatan kami. Tapi kerana taatnya pada suami, ibu enggan. Aku kecewa. Ibu siap berseloroh kalau ditikam, dia akan hubungi aku nanti.
Report polis dah dibuat. Aku tak tahu apa bakal berlaku. Cuma aku kecewa. Kecewa sangat.
– Farah (bukan nama sebenar) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit