Aku Sayang Kau Selamanya Sahabat!

“Jangan lupa makan sup daging tu ada atas meja tv, aku beli kat kedai bawah. Dalam fridge ada 100 plus dengan air badak cap kaki tiga tu, pakcik tu kata elok untuk orang demam, kau minum tau”.

Pesanan WhatsApp yang Firzah hantar pada aku yang aku baca dua jam selepas tu. Aku baru terjaga dari tidur. Aku demam dari semalam, tapi dah beransur kebah. Aku dengan firzah dua2 berasal dari pahang, mencari kerja di bandaraya Kuala lumpur, kami graduasi tahun yang sama dan dapat kerja ditempat yang sama.

Telefon berdering, nama firzah tertera di skrin. Aku cepat2 angkat. “kau dah bangun ke belum?” “baru bangun ni” aku menjawab dengan nada baru bangun tidur. “Okay bangun lah mandi basuh kepala, nnti senang kebah demam tu” Jangan lupa makan atas meja tu aku letak sup, dalam fridge ada 100 plus….

“Ye, ye pijah aku baca dah WhatsApp kau tadi” “dah baca kenapa tak balas???” pijah bertanya dengan nada garang. “Aku tak sempat balas kau dah call aku. Baiklah mak”. Pijah ketawa dihujung talian. “okay, dah lah rehat aku dah nak habis ni, aku balik nanti kau tak makan siap ye”. ” ye lah mak” aku berseloroh lagi.

Firzah dengan aku bukan lah dari keluarga yang senang, kami pergi kerja dengan motorsikal, kalau shift kami berbeza, aku akan naik pengangkutan awam je. Firzah dengan aku bukan lah kawan rapat Di universiti, cuma kami jadi rapat selepas habis belajar apabila dapat kerja ditempat sama dan menyewa ditempat sama.

Duduk Di Bandar bukan seperti Di kampung, rm2000 gaji Di Bandar bukan lah boleh bermewah-mewah, Di sini karipap sahaja dah rm0.50. Aku dan Firzah sebolehnya masak sendiri dan bawa bekal ke tempat kerja.

Firzah tiada ibu bapa, ibu dia dah meninggal 2 tahun yang lepas, ayah dia dari kecil tak pernah berjumpa dia dan adik beradiknya selepas ibu bapa mereka bercerai sewaktu firzah masih bersekolah, adik beradik Firzah ada 3 orang, abang Firzah meninggal dalam insiden langgar lari Di Australia semasa berkerja secara tidak sah di sana tahun lepas. dan kakak Firzah beza lima tahun umur dengannya baru berkahwin dua bulan yang lalu.

Firzah ada seorang adik yang masih belajar, adiknya belajar di salah satu MRSM di Pahang. Firzah seorang yang mempunyai hati yang lembut, tetapi tidak mudah menangis, ibunya meninggal pun dia tak menangis walaupun aku tahu dia paling rapat dengan ibunya. Macam mana aku tahu? Aku dan kawan sekelas datang ke majlis tahlil ibu Firzah. Dia tenang menguruskan tetamu serta menenangkan adiknya. Dia memang seorang yang kuat.

Hidup dia macam aku, selalu ada masalah, tapi beza aku dan dia, dia boleh urus emosi dia dengan baik, tapi aku? Banyak mengeluh. Kerja pertama kami, sebagai salesperson/marketer, pergi ke satu-satu sekolah dan promosi kan alat bantu mengajar. Susah kerjanya sebab based on commission je, kami boleh makan ala kadar je waktu tu, sebab susah nak kejar client untuk komisen apatah lagi bonus pencapaian KPI.

Aku ingat lagi kata2 firzah, kita ni Alhamdulillah ada motor nak gerak sana sini kan, kalau takda ni, susah juga lah nak cari client. Aku memang mudah mengeluh dan menangis, aku bukan tak bersyukur, tapi aku rasa kerja ni penat dan tak sabar nak tukar kerja lain.

Kadang2 aku rasa Hidup memang tak adil, kelulusan kami boleh dapat kerja lebih bagus dari ni, tapi firzah seorang yang jarang mengeluh, dia suka cari hikmah dari semua sudut kehidupan yang bagi aku susah untuk aku buat. Cukup 3 bulan kami berkerja, kami diterima berkerja dia satu syarikat yang gajinya agak lumayan, tapi kerja nya rotational shift.

“Kau ingat tak company ni buka biasiswa untuk fly ke UCLA (diantara 10 universiti terbaik untuk belajar sastera di dunia ni yang lama kami impikan untuk masuk)?” aku tanya pada firzah. Lama kami tak bincangkan pasal angan2 untuk ke universiti tu, yuran nak masuk je dah sakit kepala fikir, apa lagi berangan sambung master kat situ.

“Company ni buka untuk sesi 2020” firzah dengan muka teruja “jom zana!!” pernah tengok puss in boots? Hahaha macam anak2 kucing tu lah mata firzah bersinar- sinar kalau sebut pasal sambung master ke UCLA. Lihat sajalah bangunan universiti tua tu Di Google image, betapa gahnya bangunan walaupun sudah berpuluh tahun dibina, senibina kukuh berseni inggeris, ditengah kota Los Angeles.

Firzah seorang yang ada eyes for details dan sangat people centred. Adik Firzah dah lama nak ke taman tema air Sunway lagoon, tiket masuk sehari memang mahal, tapi Firzah usahakan untuk bawa adik dia ke sana. Hari lahir adik dia, Firzah bawa ke sana, aku tahu dia banyak menyimpan duit untuk tunaikan permintaan adik dia. Biasa lah semasa kecil hidup susah, adiknya tak pernah merasa bermain Di taman tema.

Hari lahir aku, Firzah belikan aku telefon bimbit baru, bukan lah yang mahal, tapi lebih elok daripada yang aku ada waktu itu sebab yang ada tu tak berapa elok katanya. Biasa lah telefon dah lama, bateri memang cepat habis. Sebenarnya boleh je aku ganti bateri lain, tapi Firzah berkeras beri yang baru pada aku.

Kalau dia tanya bila aku nak beli telefon baru, sebab yang sekarang asik drain je battery, aku akan jawab nnti telefon ni tak bernyawa baru aku beli. Tapi Sebenarnya aku rasa duit aku perlu aku simpan dan biar aku pakai dulu apa yang ada, tapi bagi Firzah telefon satu keperluan, yelah kadang2 dia contact aku, aku tak reply, maknanya bateri aku dah habis.

Selesai mandi, aku tanak nasi dan makan dengan sup daging yang Firzah beli. Demam aku dah mula kebah sedikit. Shift Firzah jam 9 pagi, biasanya jam 6.40 atau jam 7 habis shift dia akan smpai rumah, tapi sekarang dah jam 7. 30 malam, Firzah masih tak sampai2, aku solat maghrib dulu, aku tak fikir apa2, sebab kadang2 Jalan di sini memang jem, walaupun naik motor, tetap akan sampai rumah lambat.

Telefon berdering beberapa kali waktu aku solat. Nombor Di skrin, Firzah call aku 3 kali. Aku call semula, tiada jawapan, aku WhatsApp dia, “kenapa kau call? Tak balik lagi ke? Ride safe woi, jangan main talipon”, mesej dihantar, grey tick, tiada jawapan, fikiran aku mungkin dia masih atas motor.

Dalam pukul 8 mcm tu Firzah call aku semula, aku angkat. “ini waris cik Firzah ke?” Suara lelaki garau dihujung talian, “aaaa.. Saya kawan dia” “oh nombor cik Di emergency number to call dalam telefon ni” “kenapa dengan kawan saya?” aku mula tak sedap hati. “Kawan cik kemalangan ni, dia sekarang di hospital sungai buloh, tolong hubungi keluarga dia boleh?” laju jantung aku dengar Firzah kemalangan.

“Cik kawan saya macam mana? ” kawan awak ada kat emergency room ni, minta keluarga datang sekarang ya” aku bagai hilang arah, nombor kakak Firzah aku hubungi, tiada jawapan, adik Firzah Di asarama aku tidak tahu bagaimana nak hubungi dia. Aku minta pertolongan rakan tempat kerja yang ada kereta untuk hantar aku ke hospital.

Dalam perjalanan ke hospital aku Cuba hubungi kakak Firzah berkali2, baru diangkatnya, “hello kak, pijah, ada org telefon saya suruh pergi sungai buloh, hospital, dia kata pijah kemalangan kak” susunan ayat aku berterabur menggambarkan betapa panik dan nervousnya aku untuk beritahu kakak firzah. “Astghfirullahaladzim pijah kemalangan? ” suara kakak Firzah mula bergetar sebak.

Kakak firzah mengucap panjang beberapa kali. Aku rasa sebak dan menangis akhirnya. Sesampai aku di emergency room, aku tak dibenarkan masuk, firzah dipindahkan ke ICU selayang. Doktor terangkan pada kakak firzah ada pendarahan dalaman, motor firzah mengelak lori dan terlanggar pembahagi Jalan, tiada pendarahan yang teruk kalau dilihat diluar, hanya luka2 Di kaki dan tangan.

Doktor kata pendarahan Di organ dalaman agak teruk dan terpaksa tidurkan firzah buat sementara waktu. Aku kerap ke hospital diwaktu lapang aku sebelum atau selepas shift untuk lawat firzah. Aku bercakap dengan dia, bagi motivasi untuk dia terus lawan sakit dan baca surah2 ditepi telinga dia.

Cukup 29 hari bertarung di ICU, tiada perkembangan yang baik pada keadaan firzah, fizikal dia nampak sangat kurus, tidak makan hanya bergantung pada susu yang disalur megikut tiub melalui hidung. Firzah pergi buat selama lamanya. Tiada lagi sahabat dunia akhirat aku. Tiada lagi pembakar semangat aku.

Sedekahkan alfatihah buat sahabat aku Nurul Firzah Athirah binti Mohamad Yasin.

Keputusan biasiswa UCLA keluar 2 bulan selepas firzah pergi, aku dan Firzah berjaya dipilih, untuk ke UCLA. Aku bakal ke Los Angeles tahun depan macam kami impikan, Impian kami sambung sastera Di sana akan aku tunaikan.

Tenanglah dan rehat lah kau dialam sana. Semoga kita bertemu dia syurga. Aku sayang kau selamanya.

– Zana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *