Hi. Aku ML. Pernah submit confession di IIUMC tahun lepas. Tentang Anxiety, Depression dan Borderline Personality Disorder.
Link : https://iiumc.com/anxiety-
Masih lagi sama, tiada perubahan langsung. Makin kebelakang. Tak setapak pun ke depan.
Tak terkira banyaknya hari yang aku tidur dalam tangis.
Tak terkira banyaknya masa aku menangis dalam diam.
Tak terkira banyaknya air mata bertakung tapi cepat cepat mata aku kelipkan sebab aku taknak menangis.
Tak terkira banyaknya fikiran untuk pergi dan akhiri semua.
Aku rasa cukup letih. Dengan hidup. Dengan sekeliling. Dengan punahnya kepercayaan yang aku beri.
Jujur, berkali kali aku overdose ubat tidur, hingga satu tahap aku rasa dah sampai masa aku.
Aku consume 7 pil, yang sepatutnya cuma 1 biji sahaja. Bila esoknya terjaga, aku kecewa. Dah tak terhitung banyaknya parut di tangan, nadi, lengan, peha, leher.
Benda paling senang diucapkan, “tak boleh ke fikir mana baik, mana buruk? takde iman ke kau? bodoh sangat ke kau?”
Benda paling payah nak dibuat bila kau ada salah satu dari 3 rangkai tersebut, adalah berfikir dengan rasional.
Maaf. Panjang intro.
Dulu, appointment aku cuma sekali dalam 2 minggu. Sekarang, setiap minggu. Masih lagi follow up di HKL. Dari situ aku tahu, aku tak bergerak ke hadapan. Gerak aku ke belakang.
Psychiatrist aku risau agaknya. Pernah juga sekali aku bergaduh dengan Psychiatrist aku. Dr Chong. Bergaduh yang cukup teruk till I asked to walk away from the session. Session aku masih lagi sejam. Tapi hari tersebut, aku broke down entah kali ke berapa.
I cut my hands. And he saw it. The session was very very tensed. But I was glad that he didnt let me walk away, he was composed enough to finish the session. I cried my heart out. Reason? Aku letih dengan semua.
Dan Dr Chong told me this, “I dont see you as you now. I see a little girl crying in front of me”. Teruk sangat.
Tapi masih juga begitu. Cuma sekarang, aku cuba tahan untuk tak menangis. Aku pilih untuk lukakan badan aku.
And I am scared of me. Sebab aku langsung tak rasa sakit. Aku potong dan aku biar darah menitik dari malam ke pagi. Dan bleeding tak berhenti hingga 2 3 hari.
Kata Dr Chong, “The emotional pain that you have is very intense that you can no longer feel any physical pain”. Sungguh, aku takut.
Pernah sekali, aku breakdown teruk, menangis di toilet office for more than 1 hour after my shift. Someone reported to the leader that she had to come and knock on the door. Time tu, aku tak boleh pikir apa.
Aku call line provided by company untuk any issue related to Mental Health. Aku cakap dengan counsellor from the Mental Health line, dan lagi sekali, aku menangis teruk. Suicidal thought aku sangat aggressive by that time. The councillor even asked to call me at night, just to make sure I was still alive.
Dan lepas kejadian tu, HR dan Security department panggil aku untuk meeting. Aku risau sangat, tapi apparently they were trying to help me. Dan diorang tanya, apa company boleh buat untuk tolong aku.
Dan sekarang, for the first time ever dalam sejarah company, diorang arahkan aku untuk Psychological Assessment kat mana mana specialist yang aku nak. Company akan tanggung semua kos. Dan specialist mesti dari hospital swasta.
Mungkin situasi aku tak seteruk yang lain. Aku cuma under weekly therapy with Psychiatrist, dan on call supervision with a councillor. Aku tau, ramai yang lagi teruk keadaannya, cuma, entah. Rasa nak mengalah sentiasa ada.
I have everything that I ever wanted. Kerja yang elok, gaji yang lebih dari apa yang aku pernah angankan, tak perlu fikir setiap kali nak berbelanja, aku berikan lebih dari apa yang aku angankan untuk family, bahkan orang luar.
Tapi satu yang tiada, gembira.
Aku tak rasa happy. Aku rasa kosong. Aku rasa tiada rasa.
The past 4 weeks, tiap kali off, aku akan pergi mana mana apartment, book dan spend masa aku untuk tidur sahaja. Jauh dari semua.
Tidur. Hal yang sukar teramat. Hinggakan ubat aku berkali ganda ditambah dosnya. 3 jenis ubat berbeza. Dengan kesan berbeza. Tujuan sama, supaya aku tidur. Dan tenang.
Tapi cuma 0.001% membantu.
Dan untuk menambahkan lagi teruknya isu ni, lagi sekali, orang yang aku percaya, buat aku terluka.
Mak aku.
Aku rasa seolah aku hidup dalam buangan. Disowned by my own mother. Betrayed by my own father. Hubungan aku dan mak aku tak elok sejak July. Dia enggan bercakap dengan aku. Aku tanya kenapa, katanya tiada apa.
Tapi aku tahu akhirnya, dia tak suka dengan perubahan yang aku pilih.
Aku tak jadi anak sempurna yang dia idamkan. Yang baik agama, sempurna di mata semua. Aku cukup terluka.
Pernah dia dan adik aku bersembang depan tv dan bila aku join, dia bangun dan terus ke dapur, biarkan aku tercengang sendiri. Dia masakkan makanan untuk supper, cuma untuk dia dan adik aku. Dan aku terkebil sendiri.
Hari yang dia nak balik ke kampung dari rumah aku, masih dia enggan bercakap. Hari yang dia balik, perut aku sakit. Cyst aku bleeding. Tapi aku diamkan. Aku call dia esoknya, tapi yang aku dapat cuma “hmm okay mm”.
Aku tak benci. Cuma aku patah hati. Aku bukan terasa hati. Aku rasa dikhianati.
Ayah aku, katanya dia tak pernah buang aku disebabkan apa yang aku pilih, tapi hakikatnya, perlakuan dia sejak bertahun dulu dah cukup untuk indicate aku dibuang. Aku tak pernah jadi pilihan.
Kepercayaan yang aku beri, berkali kali dikhianati.
Aku letih nak menangis dan kecewa. Hari ini, aku dah terima hakikat yang hidup aku memang terbuang. Aku cuba banyak hal yang baru, bila ditanya, aku katakan aku nak happy. Tapi hakikatnya aku makin jauh dari diri sendiri.
Aku punya Borderline Personality Disorder.
Aku punya Depression.
Aku punya complex Cyst yang menurut Dr, satu satunya rawatan adalah buang rahim aku.
Aku akan punya kesukaran untuk conceive.
Aku dibuang semua yang aku percaya.
Aku punya fibroid.
Aku hilang identiti dalam mencari rasa gembira.
Aku hilang mak yang masih ada.
Aku hilang percaya pada ayah yang masih ada.
Aku hilang semua.
Maafkan aku, coretan ini cukup panjang. Cuma aku dah tak mampu bertahan. Bukan untuk minta rasa kasihan. Cuma aku sudah lelah menahan.
Dan kalian yang punya masalah seperti aku, kalian tak sendiri. Kalau tak seorang meneman, aku ada untuk kamu.
Aku letih. Letih yang teramat.
– ML (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit