Depression Survivor

Kisah nih bukan berniat nak buka pekung didada.. tapi ini hakikat yang aku alami sendiri.

Memang ramai yang nasihatkan aku untuk buang semua kenangan lama.. Yesss lupakan. Sebab aku dah ada keluarga.. tapi pada aku semua dah terlambat.

Aku dah disahkan dengan Major Depression Disorder with Anxiety dan dalam rawatan.. sejak 2017 aku dh kenalpasti sakit nih.. tapi atas nasihat dan rasa ingin lawan sendiri aku biarkan sehingga 2018.

Ramai nasihatkan aku lawan emosi, banyak zikir, banyak istighfar, solat, banyakkan solat sunat.. sehingga suami sendiri pun tak faham apa sakit MDD sebenarnya. Aku lawan sendiri. Hari-hari aku jadi fake..

Sehingga suatu masa aku hilang kawalan… Aku jadi tak boleh control diri sendiri.. aku nangis sentiasa tanya henti, walaupun dipejabat. Aku lagi lagak naik angin… tak boleh salah sikit. Bertekak dan segalanya…

Sampai satu malam.. seorang sahabat aku paksa untuk aku ke psikiatri sebab dia nampak keadaan aku semakin teruk.

Esok pagi2.. aku drive sendiri.. sambil nangis sedu2 tanpa sebab.. even aku tak nak suami bawak.. aku jadi benci pada semua orang.. sampai bila jumpa doktor aku hilang kata2 dan menangis tanpa henti.. dan aku bermula dengan segala ubat2an.

Aku memang terpaksa berterus terang dengan syarikat sebab ubat yang aku makan san kondisi aku sangat teruk time tu. Dengan ubat tu.. aku tido je.

Penyakit Depression bukan lemah iman sayang semua… ia sesuatu yang sangat menyakitkan.. sampai satu masa kamu tak kan faham apa punca sebenar.. sampai sekecil perkara akan buat kamu nangis, resah, gelisah, serabut dan emosi tidak dapat dikawal.

Permulaan rawatan banyak kali aku overdose ubat tido semata2 mahu tenang dan tido.. tapi aku masih tak dapat tido.. setiap kali jumpa doktor soalan sama yang akan tanya dan ubat bertukar sampai aku rasa bosan dan aku rasa fedup.. maka aku start pura2.

Satu kejadian di ofis menjadi titik tolak pada apa yang berlaku pada aku sekarang. Aku lukakan diri sendiri kerana aku dah tak boleh control dirindab emosi.. aku rasa nak mati.. aku nak orang kat ofis puas hati bagi buktikan yang aku sangat bodo buat keje.. tak berguna dan sebagainya…

Rentetan dari situ.. aku diberi cuti sakit selama 2 minggu dan hanya seorang sahaja dipejabat yang sangat faham aku dan dia yang banyak nasihatkan aku.. selain 2 sahabat aku di syarikat yang sama.

Aku mula bertambah down bila 2 orang yang rapat dengan aku dipejabat berhenti kerja kerana tidak tahan dengan environment keje.. maka dalam tempoh aku cuti sakit 2 minggu.. aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan keputusan yang aku buat hanya 5 minit.

Aku minta tolong sahabat aku buatkan surat berhenti dan hari last aku cuti sakit.. aku bertindak jumpa majikan dan dan hantar surat berhenti.

Aku tak nafikan, syarikat selalu cakap faham dengan sakit aku.. tapi aku nampak.. tindakan mereka tidak seperti apa yang mereka ucapkan.. pada aku semua adalah lakonan dan penipuan. Dan itulah yang aku rasa.. Bila aku sendiri tak mampu untuk berfikir untuk menjadi lebih positif.

Sehingga keputusan berhenti di buat.. rawaran tradisional jugak dibuat.. aku ambil keputusan berhenti sendiri ubat.. yeap sebab aku yakin.. penyakit nih bergantung pada emosi dan mental kita sendiri.. kita je berjaya lawan emosi kita.. sehingga abis tempoh 3 bulan.. aku bebas dan menjadi surirumah..

Aku akui.. kehidupan lebih baik.. tetapi lama kelamaan ada kelainan dengan sikap dan tindak tanduk.. sehingga satu masa.. aku sedar aku dah banyak berubah dari sebelumnya..

Maka.. aku cuba call hospital yang biasa aku buat rawatan tetapi disebabkan emosi aku yang tidak betul dan layanan yang sangat mendukacitakan… aku buat keputusan ke hospital lain..

Saat itu.. apa yang aku fikirkan.. aku mahu berpisah dengan suami.. dan aku mahu mati.. dan aku mahu jauh dari semua manusia yang dah menyusahkan hidup aku.. aku sedih sangat.. sedih sebab segala kenangan dari kecil sehingga sekarang bermain didepan mata.. aku memang tak boleh control diri..

Sama juga, sepanjang perjalanan ke hospital aku memandu sendiri diri sambil menangis tanpa henti.. pada fikiran aku.. BIG WHY aku adalah anak2 aku..

Bila jumpa doktor.. doktor terkejut dan sahkan aku dah ada mild bipolar dan MDD aku makin teruk. Seterusnya.. aku terpaksa sambung semula rawatan aku..

Terus terang… sehingga kini aku masih teruskan makan ubat.. ada masa aku masih ambil ubat tido 2 biji sekali walaupun sepatutnya 1 biji setiap malam.. tapi aku tak boleh kawal emosi aku…

Ubat harian aku mmg tak pernah tinggal.. dan sakit depression memang korang sangat perlukan sokongan yang kuat dari ahli keluarga. Kiranya korang tak dapat sokongan yang kuat bersedialah menjadi seorang yang gila..

Aku sehingga kini. setelah berhenti kerja.. Aku penuhkan kehidupan harian aku dengan gerak laksa, cuckoo.. dan bermula dengan dengan sedikit perniagaan catering..

Tapi.. aku akan pastikan aku mendapat rehat yang cukup. Andai kata aku tak ok, aku terus terang dengan suami aku tak ok.

Percayalah.. depression bukan penyakit main2..

Ada masa korang tak nak jumpa sesapa termasuk anak dan suami sendiri.. Ada masa korang tak nak bercakap dengan sesapa.. Ada masa korang tak boleh dengar nama yang boleh buat korang triggered. Ada masa korang akan jadi orang yang sangat bermotivasi.. kuat, bersemangat dan penuh cita-cita..

Sebagai pesakit MDD, aku hanya perlukan orang yang sentiasa positif, sentiasa support dan jujur dengan aku..

Dan… aku sangat perlukan kata2 support dan positif hari2.. dan aku akan luahkan segala resah aku hari2 walaupun benda yang sama pada mereka.. siapa mereka.. hanya mereka yang tahu siapa mereka..

Kerana aku adalah aku.. dan sehingga ini ada beberapa insan hang sentiasa dengan aku.. dan mereka tahu sapa mereka… saat aku perlukan mereka.. mereka terus hadir.. Aku doakan.. teruslah hadir untuk aku tiap kali aku perlukan korang.. kerana hati dan jiwa aku sangat sakit…

Doakan aku terus kuat.. dan doakan aku agar Allah melapangkan rezeki aku dengan ujianNya.

Dan aku mahukan perkongsian aku ini, sebagai satu titik tolak kepada membina kekuatan pada mereka yang merupakan salah seorang penghidap depression.

Yang sentiasa mahu dilihat sebagai seorang yang kuat,

– Siti Katina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *