Perhubungan Antara Depression dan Keganasan

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, aku terbaca mengenai satu entri di IIUM Confession – BM mengenai “nasihat kepada orang yang berkawan dengan pesakit Major Depressive Disorder” dan isi dalaman artikel berkenaan adalah seperti :

– Penulis juga merupakan seorang bekas pesakit? Atau pesakit MDD yang tidak kita ketahui statusnya sama ada didiagnos dengan betul dan menerima rawatan yang sepatutnya ataupun seorang yang self-diagnosed dan mendapat ubat-ubatan self-prescribed over the counter drugs.

– Penulis mengatakan pesakit MDD ada tendensi untuk berkelakuan kasar dan mencederakan orang lain.

– Penulis memetik komen yang dibacanya di dalam kumpulan pesakit-pesakit depression mengenai saranan mereka kepada seorang pesakit yang mempunyai keinginan untuk membunuh housemate supaya tidak membunuh, sebaliknya, mengambil berus gigi milik orang tersebut, dan memberusnya pada jamban sebagai kaedah untuk membalas dendam.

– Penulis membuat galakkan untuk melarikan diri daripada pesakit depression sekiranya berpeluang, dan jika tidak, menyuruh mereka supaya berhati-hati dengan pesakit MDD memandangkan mereka ini tidak stabil dan boleh berbuat sesuatu terhadap orang lain.

AMARAN KERAS – Artikel ini panjang (~1800 perkataan) dan mengandungi maklumat berkaitan sains. Sekiranya anda tidak rajin untuk membaca atau tidak suka terhadap maklumat sains, sila berhenti dan jangan teruskan pembacaan anda. Artikel ini juga mengandungi campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Terima kasih.

Jadi, setelah beberapa ketika, post tersebut telah dipadam dan saya berterima kasih kepada admin yang menerima teguran untuk memadam post yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk menyebabkan mana-mana pesakit yang membacanya untuk menjadi semakin teruk daripada segi mental mereka, dan artikel tersebut telah dipadam daripada page dan portal IIUM Confession (Terima kasih admin).

Saya ada memberi beberapa teguran tentang mengapa post tersebut perlu dipadam dan fakta terhadapnya. Satu lagi, sebagai penyelesaian, saya juga memberikan beberapa input terlebih dahulu, dan artikel ini, saya hantar ke IIUM Confession sebagai satu usaha untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi kerana pada saya, apalah guna jika kita komplen, buat aduan, pungpangpungpang tetapi tiada isi bukan? Budak 8 tahun pun reti membebel kan?

Kini, saya senaraikan mengapa post tersebut perlu dipadam untuk memudahkan para pembaca mengetahui tentang sebab dan apa buktinya.

1. Penulis yang menggelar dirinya sebagai Sasha tidak mengetahui perkara yang paling asas mengenai penyakit MDD, iaitu cara mendiagnosnya. Untuk pengetahuan pembaca lain, para psikiatri (pakar) masih lagi merujuk garis panduan untuk membuat diagnosis pesakit yang mana garis panduan tersebut bernama DSM V criteria.

Pakar psikiatri akan menggunakan panduan tersebut disamping pengetahuan dan pengalaman mereka untuk membuat diagnosis yang betul supaya rawatan yang patut dapat diberikan.

Mengikut kriteria tersebut, tiada disebut mengenai pesakit MDD ini mempunyai kelakuan violence dan keganasan terhadap orang lain. Apa yang ada hanyalah perkataan ini,

“Recurrent thoughts of death, recurrent suicidal ideation without a specific plan, or a suicide attempt or a specific plan for committing suicide”

Seperti yang kita tahu, kelakuan violence sebegini hanyalah dilakukan terhadap diri mereka sahaja, dan sifat violence terhadap orang lain itu tiada. Beberapa kes, iaitu suicide by policeman aka murder-suicide ada dilaporkan, namun, ianya tidak berlaku di negara kita memandangkan kita tidak mempunyai akses yang mudah kepada senjata api. Bukan otu sahaja, suicide by law enforcement ini mempunyai bilangan kes yang amat kecil dan jarangkali berlaku.

Dalam kes yang jarang berlaku ini, pesakit akan menjadikan seseorang itu tebusan atau biasanya membawa senjata api dan menunjukkannya kepada pihak polis, dan akhirnya, mereka akan maut apabila pihak polis terpaksa melepaskan tembakan kepada mereka. Untuk setakat ini, ada berapa kes sebegini rupa di Malaysia? Saya pun tak pernah lagi dengar – jika ada, tolong berikan saya pautan mengenai kes tersebut.

2. Perhubungan di antara penyakit MDD dengan keganasan terhadap orang lain masih lagi tidak disahkan memandangkan kebanyakkan keganasan ini adalah disebabkan penyakit mental yang lain seperti seseorang yang mempunyai paranoid delusion yang seringkali mempunyai rasa buruk sangka terhadap orang lain yang dikatakan mahu membuat seseuatu yang buruk terhadap mereka.

Delusion tergolong dalam penyakit yang dikategorikan sebagai psychosis manakala depression tergolong dalam kategori neurosis.

Ada diagnosis pesakit yang kita namakan sebagai MDD with psychosis namun, saya tak rasa penulis Sasha ni mensasarkan penulisannya kepada pesakit sebegini rupa kerana again, MDD with psychosis jarangkali berlaku di sini.

Sekarang, saya ambil petikan daripada salah satu sumber kajian di pautan yang saya letakkan di bawah sebagai rujukan:

“First, mental disorders are neither necessary, nor sufficient causes of violence. The major determinants of violence continue to be socio-demographic and socio-economic factors such as being young, male, and of lower socio-economic status”

(nampak tak apa faktor yang menyebabkan seseorang itu berkelakuan ganas? Ada tak dia tulis pasal mental illness sebagai determinants of violence? Not sufficient pun kan? Which disproved your points and determined that whatever you wrote is an epic failure)

“Second, members of the public undoubtedly exaggerate both the strength of the relationship between major mental disorders and violence, as well as their own personal risk from the severely mentally ill. It is far more likely that people with a serious mental illness will be the victim of violence”

(Nampak tak Sasha? Apa yang anda tulis betul-betul mewakili ‘public’ yang suka exaggerate perhubungna di antara keganasan dan penyakit mental. Jika benarlah anda seorang bekas pesakit mental, anda baru sahaja meletakkan diri anda sebagai orang yang suka memburukkan pesakit mental melalui pendapat dan anggapan anda tanpa bersandarkan kepada fakta.)

Third, substance abuse appears to be a major determinant of violence and this is true whether it occurs in the context of a concurrent mental illness or not. Those with substance disorders are major contributors to community violence, perhaps accounting for as much as a third of self-reported violent acts, and seven out of every 10 crimes of violence among mentally disordered offenders.

(Nampak? 7/10 among mentally disorder patient are due to substance abuse. Satu per tiga adalah disebabkan oleh penyalahgunaan dadah. Anda tak mention pun benda ni dalam artikel anda? FYI, those with mental illness have some tendency to abuse drugs, but you are not talking about substance abuse right? You are talking about MDD patient only as a whole)

Baik, sila ambil rujukan saintifik ini yang saya pilih secara personal untuk anda fahami sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa asas dalam bidang penyelidikan:

https://jech.bmj.com/content/70/3/223

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1525086/

Atau sekiranya nak sumber bacaan yang lebih mudah, ini adalah satu artikel yang amat baik dan mengumpulkan kesemua rujukan di bawahnya

https://www.verywellmind.com/is-depression-linked-to-violence-1067393

3. Hasil kajian yang ada setakat ini membuat keputusan untuk meletakkan assessment daripada segi risiko untuk seseorang pesakit itu berkelakuan ganas (risk assessment for violence in young people with depression) baru sahaja dicadangkan.

Dan Sasha mungkin berasal daripada masa hadapan telahpun membuat keputusan bahawa terdapat connection di antara depression and violence (sekiranya Sasha merupakan seorang Avengers, sila DM saya untuk saya bertanya kepada Thanos dan meminta tips tentang bagaimanakah kebunnya begitu segar mengeluarkan buah-buahan)

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5534411/

4. Violence dan Depression merupakan kesan kepada pengalaman trauma yang dihadapi seseorang ketika diorang masih kecil. Co-existing dan Co-factor sahaja, bukan main reason ya.

“The reason for the association between violence and depression is not readily apparent, as there does not seem to be an obvious connection. It is possible that depression and violence coexist because of underlying factors that are responsible for both, such as alcohol/substance abuse or childhood trauma.

In one study, depressed subjects with a history of alcoholism had higher lifetime aggression and impulsivity and were more likely to report a history of childhood abuse. A history of childhood trauma or abuse increases vulnerability to both depression and violent behavior”

5. Laman web Lancet, iaitu sebuah organisasi terkenal yang mempelopori bidang psikiatri memberikan rekomendasi seperti ini,

“At the societal level, we must pay due caution to the stigma of violence in mental health. As the authors suggest, investigation of pharmacological or psychosocial interventions to reduce violence among high-risk groups would be most welcome”

https://www.thelancet.com/journals/lanpsy/article/PIIS2215-0366(15)00046-2/fulltext

Baik, sekarang, ada bantahan? Jika ada, tolonglah berikan bantahan yang disokong oleh fakta dan mempunyai kajian klinikal yang lengkap serta pautannya ya, bukan dengan link youtube, testimoni, pengalaman dan sebagainya untuk argue terhadap connection di antara MDD only and violence.

Ini pesanan saya untuk Sasha dan individu lain yang nak menulis mengenai mental health selepas ini iaitu: hanya kerana anda merupakan seorang bekas pesakit, ini bukannya satu lesen dan kelayakan untuk anda menulis mengenai mental health dan mahukan artikel anda diterbitkan untuk bacaan orang awam. (Don’t deny this please, you have to remember your caption di awal artikel yang berbunyi seperti ini – Saya harap agar admin dapat berkongsikan penulisan saya ini sebagai nasihat untuk mereka yang mempunyai rakan terdekat yang mempunyai penyakit depression).

Ya, anda nak tulis di wall anda, page anda sendiri secara peribadi, dipersilakan secara hormat, tetapi, platform ini mempunyai ramai pembaca. Ya, konsep tak setuju kenapa nak baca dan komen tak relevan kat sini memandangkan artikel tadi amat-amat berbahaya kepada pembaca dan boleh menjadikan sebagai satu cetusan untuk menjadikan mereka menjadi semakin teruk. Kalau anda seorang pesakit mental, I think you should already knew about this basic fact kan? Unless kalau self-diagnose and self-proclaimed MDD patient, then, itu benda lain lah kan.

Sebelum tulis, tolonglah fikir terlebih dahulu mengenai kesan penulisan anda terhadap orang lain. Kecuali yalah, kalau kata anda membuat penulisan ini dan sememangnya mempunyai niat untuk memburukkan dan memberikan lebih banyak stigma terhadap pesakit mental, ya, saya harus ucapkan tahniah kerana anda berjaya. Penulisan artikel mental illness ini amat sukar dan memerlukan usaha yang lebih.

1 artikel biasanya akan memakan masa yang lama memandangkan seseorang penulis tu perlu mengesahkan fakta melalui laman web yang reliable. Kemudian, penulis perlu berkomunikasi dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan input mengenai kesannya terrhadap pesakit, Ya, perkataan merupakan salah satu perkara yang boleh membunuh seseorang pesakit tau.

Jangan sesekali menggunakan kepala otak anda tanpa ada rujukan untuk artikel berkaitan mental illness. Anda perlu fikir terlebih dahulu sebelum menulis perkataan pertama pun mengenai mental illness ni, iaitu “adakah patut ataupun tidak” dan artikel yang dihantar tu sememangnya menunjukkan anda tak berfikir sebelum mengepos memandangkan perkara-perkara kecil dan tidak memerlukan common sense pun dilanggar sesuka hati.

Rujukan pula adalah komen yang ditulis oleh beberapa orang di dalam kumpulan media sosial depression. Kemudian, ada pula yang menjadikan filem ‘Joker’ sebagai rujukan mereka untuk artikel depression. Pulaaak dah.

Dealing dengan pesakit mental, 2 sahaja kumpulan yang patut untuk ada iaitu sama ada anda komited dan bertekad untuk membantu, atau anda diam, dan jauhi penulisan serta berkongsi pendapat anda terhadap mereka. There is no kumpulan yang ketiga, iaitu kononnya care dan mahu membantu, tetapi end up menjadikan sesuatu itu semakin buruk dan busuk.

“Most expensive thing in the world is time, and cheapest thing in this world is opinion”

Statement without fact is an opinion. Ya, serapkan ayat ini dalam minda anda, dan simpan sebagai kenang-kenangan sebagai memori jangkamasa panjang agar perbuatan sebegini tidak dilulangi lagi.

Kami sedang berusaha nak menerapkan awareness terhadap pesakit mental dan sekiranya anda nak membantu, boleh DM saya di Facebook ‘Ilzanno Sharky’ / ‘@drsharky88’ atau mana-mana doktor yang berkenaan. Jika tidak mahu membantu, tolong jangan memberikan bantuan yang menjadikan perkara ini semakin buruk pula ya. Terima kasih.

– Ilzanno Sharky (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *