Saya tak tahu nak start dari mana. Tapi saya cuba untuk meluahkan sesuatu apa yang selama ini terpendam.
I’m a girl. A very sad girl. Saya rasa, sayalah yang paling malang, paling tak bertuah, saya merasakan semua memandang rendah terhadap diri saya. Saya tiada apa-apa kelebihan untuk dibanggakan.
Saya tak cantik seperti orang lain, tak hebat, tak bijak. Saya juga tiada keluarga yang bahagia seperti orang lain. Saya cuma ada ibu saya, bakal suami saya dan dua orang sahabat dari zaman sekolah.
Tapi, hari demi hari, saya cuba positifkan diri saya. Saya cuba yakinkan diri saya bahawa saya ada kelebihan yang Allah berikan, cuma saya yang tidak nampak, saya tidak bersyukur. Dengan pemikiran seperti itu, saya boleh bernafas dengan baik.
Semasa doktor bagitahu yang saya mengalami anxiety dan depression, saya tidak percaya. Kerana apa yang saya rasakan selama ini, seperti menjadi kelaziman dalam hidup. Itu yang saya beritahu kepada pakar.
Dia membalas, depression sudah lama menyelubungi diri saya sehingga saya tidak tahu kewujudannya. Hari-hari saya berasa sedih, berasa gelisah, menangis tanpa sebab, takut dengan orang lain, tidak tidur malam. Saya fikir, semua orang mengalami perkara yang sama. Rupa-rupanya tidak. Saya ganjil.
Hari-hari telan ubat, setiap dua minggu berjumpa doktor. Dan doktor akan menanyakan soalan yang sama. Saya bosan. Saya rimas. Saya rasa semuanya tidak ada kesan, tidak ada guna, dan membazir masa dan tenaga saya.
Akhirnya, saya berhenti makan ubat dan berhenti berjumpa doktor. Saya tidak tahu apa kesannya, kerana saya membuat keputusan sendiri tanpa arahan doktor. Saya yang lebih mengenali diri saya, saya rasa doktor tidak membantu dalam hal ini.
Ada satu saat di mana saya mengalami kemurungan yang agak teruk. Saya tidak keluar bilik berhari-hari. Tahan kencing dan makan. Sehingga berat saya turun dengan senang. Tapi ada sedikit rasa gembira kerana saya dah boleh pakai semula baju yang tidak muat sebelum ini.
Saya tidak bercakap dengan sesiapa. Saya hanya akan keluar mengajar di sekolah dalam keadaan yang sangat menyakitkan. Dan saat itu saya sangat memerlukan seseorang, tetapi dalam masa yang sama saya tidak percaya kepada sesiapa. Saya sakit sendirian sehingga rasa tidak mampu untuk hidup.
Apa yang lebih menyakitkan, dalam keadaan saya seperti itu, ada yang menyalah anggap saya membela saka, seorang yang psiko, cuba untuk membunuh dan sudah dirasuk syaitan.
Sehingga orang yang saya percaya menabur fitnah dan memalukan saya. Memasang ayat ruqyah menggunakan pembesar suara sekuat-kuatnya kerana rasa terancam dengan saya.
Dalam keadaan saya sedih, marah dan kecewa, saya gelak. Sebab saya rasa mereka sangat bodoh. Mereka tidak pernah ambil tahu tentang saya, tidak pernah bertanya khabar saat saya sedang sakit tapi mampu membuat kesimpulan seteruk ini tanpa soal selidik.
Saya boleh kata, mereka sangat bodoh, sangat bodoh. Mereka buat saya semakin sakit. Orang-orang macam inilah toksik paling beracun.
Tapi, alhamdulillah. Saya mampu survive diri saya sendiri. Saya pun tidak tahu macam mana. Mungkin dari doa orang-orang yang baik hati.
Sekarang, secara perlahan-lahan, saya cuba positifkan diri saya dalam setiap hal, dan jangan mempercayai sesiapa pun walaupun dia bertudung labuh, muka sesuci air yang jernih. Sebab kita tidak sedar siapa yang toksik di sekeliling kita.
Saya berterima kasih sangat kepada ibu saya yang always buat saya rasa selesa, bakal suami saya yang sentiasa memenuhi kehendak saya, dan kawan-kawan yang berikan saya kegembiraan. Walaupun mereka tidak tahu, saya depression.
Awak yang bijak, awak yang waras, fahamilah orang seperti saya.
Sebenarnya orang macam ini memerlukan seseorang untuk didekati, walaupun mulutnya kata tidak mahu. Pinjamkan telinga sahaja sudah menjadi penyelamat terbesar dalam diri orang seperti saya. Jangan cuba jadi toksik pling beracun kepada orang lain.
– Pencinta Coklat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit