Pengalaman Di Friendzone Rakan Sekerja

Hi korang. Aku Faizul. Umur 26 tahun dan masih single. Mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai kenderaan sendiri.

Aku terpanggil untuk menulis dekat sini kerana rata-rata masyarakat sekarang lebih berpandukan confession dari artikel dalam ruang ruang internet bagi merungkai persoalan persoalan yang menerjah di minda mereka.

Aku mengenali seorang gadis yang sebaya denganku. Athierah adalah seorang gadis yang cukup segalanya bagiku. Dia baik, selalu tersenyum dengan jenakaku, & seorang yang patuh agama dengan tidak meninggalkan solat. Aku kira dia sudah sempurna dimataku, walaupun dia cuma biasa biasa sahaja menurut sesetengah rakanku yang lain.

Jika diikutkan pada mula mulanya dia bukanlah gadis yang menepati cita rasa aku. Tapi lama kelamaan sesudah berhubungan dengannya, selalu berjumpa, selalu keluar bersama, makan bersama, menghabiskan masa bersama, aku kira dia gadis yang cocok buatku.

Ini kerana tidak seperti bekas kenalan perempuanku yang dulu, Athierah kulihat cukup selesa denganku, tawanya yang bersahaja membuat aku senang dengannya kerana dia juga merupakan “Happy pil” aku. Dia juga selalu bercanda membuat aku merasakan bahawa aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Padahal yang sebenarnya, kami bekerja di jabatan yang sama. Masing masing merupakan anak pantai timur, membuatkan kami lebih selesa bersama. Pada awal perkenalan, hubungan kami tidak lebih dari rakan sekerja.

Aku kira perasaanku berputik bilamana Athierah mula menghubungiku melalui no peribadi tidak seperti sebelumnya kami hanya berhubungan melalui akaun sosial media Facebook. Bermula dari itu, Athierah selesa menceritakan segala masalah & urusan kehidupan hariannya kepada aku.

Aku menganggap Athierah cuma ingin menghilangkan rasa bosan dia dengan bercerita kepada aku mengenai cerita cerita seharian dia. Athierah sebelum ni pernah memberitahu bahawa dia berstatus single dan masih mencari pasangan hidup.

Aku fikir Athierah hanya omong kosong kerana dia mempunyai pakej lengkap dengan wajah yang ayu, baik pekerti masakan tidak ada pasangan lelaki buat masa tersebut. Rakan -rakan sekerjaku yang lain juga percaya bahawa Athierah tidak mempunyai seseorang yang istimewa.

Ada juga rakan sepejabat aku yang berusaha menjodohkan aku bersama Athierah, kerana kami dilihat sepadan menurut mereka. Aku senang dengan usikan mereka. Kulihat Athierah juga tidak ada masalah dan tidak terganggu dengan usikan tersebut.

Aku merupakan seorang yang aktif bersukan. Waktu pengajian aku di kolej, aku sering bermain futsal pada lewat malam hingga pagi. Pada petang hari selepas kelas, aku mula berjogging bagi menjaga stamina aku bermain futsal.

‘Passion’ aku yang aktif bersukan mempunyai banyak persamaan hobi dengan Athierah. Athierah merupakan seorang pemain bola jaring yang aktif di sekolah & kolej. Selepas dia tercedera mewakili kolej, Athierah mula mengurangkan aktiviti lasak. Itu merupakan cerita-cerita yang dikongsikan bersama denganku.

Sedar akan minat Athierah, aku mula mengajak Athierah beriadah bersama, berjogging di tepi tasik, menyertai Fun Run di ibukota & hiking bersama. Pada hujung minggu sesekali aku mengajak dia bersama ke kawasan air terjun ditemani rakan rakan yang lain. Athierah aku fikir sudah boleh menerima kehadiran aku dalam hidupnya.

Panjang aku mengarang, mesti pembaca nak aku lukis. Ini baru permulaan kisah aku bersama Athierah. Usia perkenalan kami baru mencecah setahun. Ini kerana Athierah merupakan freshie di dalam pejabat aku.

Pada awal kemasukan Athierah ke pejabat, aku merupakan individu yang banyak membantu Athierah menyesuaikan diri dengan kerja kerja di pejabat & luar pejabat. Aku banyak memberi nasihat & cara bagi menangani politik kerja di tempat kerja aku.

Ini kerana pekerja perempuan secara lumrahnya mempunyai cara pergaulan antara rakan sekerja tidak sama antara jantina. Pekerja perempuan lebih mempunyai perasaan dengki yang lebih menebal terhadap rakan sekerja perempuan dia yang lain. Allhamdulillah Athierah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja di pejabat.

Selepas hampir setahun, aku memberanikan diri confess perasaan aku kepada Athierah. Sebelum aku confess, aku pendam rasa sehingga aku rasa kemurungan. Macam-macam persoalan yang bermain di minda aku. Apa kesan kalau Athierah tolak perasaan aku mentah-mentah. Bukan apa, kami bekerja di tempat yang sama, hari hari akan berjumpa dengan orang yang sama.

Aku rasa aku boleh terima rejection, tapi aku masih memikirkan perasaan Athierah yang mungkin rasa serba salah kerana mungkin terpaksa menerima aku. Sejujurnya aku rasa akulah lelaki yang paling rapat bersama dengan Athierah buat masa tersebut.

Perasan aku berbelah bahagi, 50/50 pada masa sebelum confess, adakah aku diterima kerana merasakan aku ada peluang, atau aku ditolak kerana Athierah menganggap aku seorang playboy. Alasan kerana rakan sekerjaku yang lain mengganggap aku playboy kerana selama ini aku tidak serius dalam sesuatu perhubungan. Mungkin cakap-cakap mereka mempengaruhi keputusan Athierah.

Pada suatu malam, selepas keluar makan berdua, aku memberanikan diri meluahkan perasaan aku terhadap Athierah. Athierah nampak bersedia ketika itu, seakan dia sudah tahu apa yang bermain di fikiran aku selama ini. Dia tenang mendengar luahan perasaan aku, tiada reaksi terkejut lansung dari air mukanya.

Sesudah habis penjelasan aku, dia memberitahu aku dia hanya mengganggap aku tidak lebih dari rakan sekerja. Dia berterima kasih kepada aku atas segala apa yang aku lakukan terhadap dia selama ini. Dia sedar effort aku selama ini nak mengambil hati dia. Dia memberi alasan aku berhak mendapat perempuan yang lebih baik dari dirinya.

Athierah juga menyuruh aku periksa perasaan aku betul-betul terhadapnya, adakah cinta, suka atau sekadar kenalan rapat sahaja. Aku seakan speechless, tidak dapat menerima kenyataan bahawa perempuan yang selama ini aku kejar, hanya menganggap aku tidak lebih dari sekadar tempat persinggahan.

Tempat dia menghilangkan bosan, mencari aku bila perlu, sesungguhnya hanya Athierah perempuan yang aku rapat ketika itu, tiada lain. Pertama kali aku confess perasaan aku terhadap seorang perempuan secara berdepan, namun aku ditolak dengan begitu sahaja.

Selepas peristiwa pada malam tersebut, Athierah seakan mogok. Tidak banyak perbualan yang dituturkan antara kami berdua. Rakan sekerja mulai perasan akan perkara tersebut. Ada juga yang bertanya kepada aku akan perihal tersebut. Aku cuma membalas ya, tiada mood mungkin.

Tidak hanya kepada aku, rakan sekerja merangkap mak cik bawang juga ingin mengorek cerita ini daripada Athierah sendiri. Namun dia hanya bersahaja mengatakan tiada apa apa yang terjadi antara kami berdua. Begitulah hari demi hari, hubungan kami berdua semakin lama semakin renggang.

Tidak lama selepas itu, hampir sebulan lamanya, aku keluar lepak bersama rakan-rakan kerja pejabat aku. Sepanjang sesi perbualan, banyak topik yang dibincangkan mereka. Aku sebenarnya seorang yang tidak banyak bercakap, lebih lebih lagi didalam kumpulan besar. Jadi aku hanya mendengar cerita cerita mereka. Maklumlah hati tengah broken la katakan.

Antara banyak-banyak topik yang dibualkan mereka, aku terdengar rakanku, Fatihah bercerita kepada Hidayah kerana meja kerja mereka sebelah menyebelah. Alah dalam waktu pejabat membawang, sudah habis waktu bekerja pun gosip tidak habis.

“Apa cerita Athierah dengan kawan lelaki dia yang dia cerita dekat kau dulu Tihah?” soal Dayah kepada rakan nya. “Aku rasa kan crush dia masa zaman Uni dulu dah terima Athierah tu lah, weyh.Berbunga je sekarang dia aku tengok. Aku dengar dia dah nak bertunang, Fatin yang beritahu aku.” Fatihah berseloroh.

Terkejut jugak aku masa tu, iyalah angin tak ada ribut tak ada. Dengar-dengar orang yang kita puja selama ni, dah nak bertunang. Bagai nak rak aku jaga dia selama ni, rupanya dia dah ada pilihan hati dia sendiri.

Nak kesahihan berita, aku tanyakan sendiri berita pertunangan ni dengan Athierah sendiri. Hahaha, terkejut betul muka Athierah masa tu, cuak dia aku tahu yang dia dah nak bertunang. Air muka dia berubah. Dia bertanyakan sumber berita aku. Aku tidak menjawab. Jadi betullah selama ni, aku hanya menjaga jodoh orang.

Athierah meminta maaf. Aku hanya diam seribu bahasa. Aku beredar menuju ke meja kerja aku. Athierah menghampiri aku dengan kata maaf yang sudah basi bagiku.

Aku memberitahunya, Athierah tidak salah, aku yang bersalah kerana menyimpan hati kepadanya. Aku tersalah tafsir kebaikan dan perhatian yang diberikan kepada aku. Maka aku maafkan Athierah yang kulihat sesal dengan keadaan aku yang terguris dengan berita pertunangan dia.

Kini aku dalam fasa Move On, tidak lama lagi Athierah ingin berhijrah ke selatan tanah air kerana ingin berada dekat bersama tunangannya. Aku doakan agar mereka berdua bahagia selamanya. Sepanjang perkenalan kami, tidak putus aku mendoakan nama Athierah didalam doaku.

Tiap minggu walaupun tidak istiqamah, aku bangun tahajjud memohon kepadanya agar dibukakan pintu hati Athierah untuk menerima aku sebagai pasangan hidupnya yang halal. Tetapi manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang lebih berkuasa menentukan. Jodoh kami mungkin hanya sampai disini sahaja.

Nasihat aku kepada gadis-gadis di luar sana, janganlah bagi harapan kepada kami jejaka yang serius mencari seseorang yang ingin dijadikan isteri. Walaupun kami tidak kaya, tidak kacak seperti dambaan hati anda, tapi kami berusaha melayani setiap karenah anda, tanpa kami hiraukan perasaan kami sendiri yang terluka dengan perbuatan saudari sekalian.

Semoga ada bahagia kelak menantiku…

~Bukan pencinta gadis-gadis biasa; hanya dia yang teristimewa~

– Faizul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *