Kurang Kesedaran atau Tak Ambil Kisah?

Dekat Malaysia, kalian rasa orang Melayu kita kisah atau tidak tentang alam sekitar? Hal pencemaran, sampah dan hal-hal lain berkaitan? Sebelum tu aku nak orang tahu penulisan aku berdasarkan pandangan aku dan pengalaman aku sendiri jadi harap tak ada yang tuduh aku pukul rata.

Aku rasa nak menulis tentang benda ni di sebabkan aku terlihat halaqah tentang alam sekitar. Di mana penceramah tersebut nyatakan yang orang Melayu terlalu senang guna nama islam untuk hal lain. Tapi bila hal alam sekitar ramai yang tak ambil berat, setakat pandang sebelah mata sahaja.

Bagi aku benda ini betul, dari sekolah aku dah selalu join aktiviti tentang kesedaran pentingnya alam sekitar. Aku pernah tinggal dekat Johor 5 berbelas tahun lepas. Kawasan perumahan aku selalu buat aktiviti gotong royong dan kitar semula.

Waktu ni, dari sekolah sampai ke tv semua giat kempen kitar semula. Jadi kawasan perumahan aku pun buat aktiviti ni. Tapi sayang, majoriti yang hadir orang cina dan india. Orang Melayu terlalu sangat kurang.

Ramai gunakan alasan penat dan banyak benda lain. Padahal kalau di ambil kira yang join aktiviti ni pun ada kerjaya masing-masing. Setiap bulan pula dekat dewan ada ceramah tentang banyak benda berkaitan dengan alam sekitar. Memang majoriti cina dan india. Padahal kawasan perumahan aku majoriti orang Melayu.

Jadi lepas aku pindah negeri lain atas faktor kerja ibu aku. Jadi aku pun tinggal dekat kawasan perumahan baru. Ada sekali aku tinggal kawasan yang memang majoriti Melayu. Komuniti ni memang rajin buat aktiviti. Tapi itulah, aktiviti yang di lakukan banyak sangat melakukan pencemaran. Dari segi pembaziran makanan, penggunaan sampah melampau dan banyak lagi benda lain.

Ibu aku pernah cadangkan dekat orang ramai untuk kita buat aktiviti ber-etika sebelum dan sesudah satu majlis. Setiap orang yang terlibat dalam aktiviti wajar kemas dan bersihkan kawasan mereka dan sambil bagi info pasal kitar semula, alam sekitar dan pencemaran. Tapi kena reject. Katanya, kalau buat aktiviti macam tu ramai yang tak datang.

Agak ironi sebenarnya, bila ada majlis macam maulidur rasul. Bagi ceramah tentang ikut contoh nabi dan teladan baik. Tapi bila habis Majlis memang kotor habis. Sampah dekat luar tong sampah. Bila cadang suruh kemas bersama. Ramai cakap ada cleaner yang akan bersihkan dan di bayar upah.

Jadi makin hari aku nampak ramai orang Melayu kita sangat tak ambik berat tentang alam sekitar kita. Beberapa tahun lepas ada satu ceramah tentang penggunaan air dan pencemaran serta hal penggunaan plastik. Yang datang tak sampai 20 orang.

Menjaga kebersihan alam sekitar dan bumi kita bukan sepatutnya tugas Muslim yang berjaya ke? Kalau hal islam lain orang Melayu kita boleh beriya sokong. Takkan hal kebersihan yang penting ni ramai yang tak ambil kisah? Sebelum ni ada viral isu plastik. Ramai anggap benda tu sebagai lawak. Siap ada yang bandingkan isu plastik dan gaza/syria, astaga jauh sangat.

Aku pernah buat survey dekat rumah sewa aku waktu sambung belajar. Aku datang setiap rumah minta masa 2-5 minit. Bawa dokumen dari universiti dan bawa id serta kenalkan diri. Cuma nak serahkan satu helai kertas dan terangkan tentang alam sekitar kita. Majoriti rumah Melayu taknak dengar.

Selalu bila aku cakap “sekejap je bang/kak” jawab mereka “tak apa lah dik”. Tapi bila rumah bangsa cina dan india. Diorang sudi dengar dan siap minta tips lagi. Bukan lah, aku nak cakap bangsa ini bagus dan bangsa Melayu tak bagus.

Tapi bila survey dan ikut pemerhatian aku sendiri orang Melayu majoriti tak ambil kisah benda-benda macam ni. Dulu pun isu penggunaan air bila di beri nasihat. ramai balas “kami bayar” jadi nak perbetulkan benda ni payah. Sedangkan dalam islam kebersihan itu di tuntut. Bukan setakat individual tapi komuniti kita dan tempat tinggal kita.

Takkan kita punya gah laungkan nama Islam dan Islam agama terhebat tapi bila pencemaran dan alam sekitar kita biarkan orang yang bukan beragama islam buat dan kita setakat pandang sebelah mata?

Jadi mari sama-sama kita bantu diri kita dan sekitar kita. Mula dari diri sendiri,rumah,masyarakat dan akhirnya negara kita. Mula-mula kita akan anggap benda ni sia-sia. Tapi hakikatnya, benda yang kita lakukan membantu alam sekitar kita. Kalau bukan kita. Siapa lagi?

– Harizan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *