Tips Mulakan Habit Baru (Jogging)

Assalamualaikum admin dan para pembaca. Kebetulan ada baca pasal isu gemuk/obese. Jadi aku rasa terpanggil untuk share tips macam mana nak kekalkan semangat berjogging ni (atau habit lain).

Nak turunkan berat badan ni memang susah buat siapa yang tak pernah buat. Ye la siapa yang nak habiskan masa untuk berjogging/bersenam bagai sedangkan boleh isi masa tu dengan hobi sendiri, kan?

Kalau nak start jogging ni, dia kena jadikan habit. Habit ni macam mana? Habit ni bila kau bangun tidur je, mesti kau terus terfikir nak buat benda tu, sebab benda tu macam dah sebati dalam diri kau. Kalau tak buat tak sah, tak tenang hidup.

So macam mana nak jadikan perkara baru ni habit dalam hidup kita? Lagilah bersenam ni penting dan perlu untuk semua orang demi kesihatan diri. Jadi saya berbesar hati nak kongsi tips ringkas atau paling mudah untuk kes ni.

Perkara asas:

1. Mesti sedar diri yang diri tu gemuk/obese. bahasa lainnya, terima jelah kenyataan yang kau tu gemuk. So dari sini, kau perasan ‘oh aku dah gemuk ni’. DAN ingat! Kalau setakat fikir kau tu dah gemuk, tapi kau pilih untuk ‘Okay! Dah gemuk’ dan kau endahkan, takde la semangat nak kurus tu.

2. Jadi yang kedua, kenalah ada niat nak kurus. Kalau takde niat nak kurus, kau tengok orang lain kurus macam mana pun, kau takkan rasa nak kurus pun.

3. Semangat tinggi. Haaa, ni lah part yang paling berkobar-kobar bila datangnya semangat nak kurus. Biasalah, bukan setakat nak kurus je, bahkan benda lain macam nak membaca buku, nak mengarang novel, nak melukis atau apa sahaja minat baru, semua orang mesti ada perasaan ni. Rasa haritu tetiba je nak buat minat baru.

Tapi, SEMANGAT TAK TAHAN LAMA. Baru sehari buat, esoknya dah takde semangat. Inilah orang panggil resistance. Badan kau dah taknak buat lagi. Malas, tak larat, penat, letih, leceh. Semualah alasan keluar. Benda nilah yang korang kena overcome. So macam mana? Teruskan baca penulisan saya ni, kerana yang lepas ni lah teknik sebenar nak hasilkan habit baru dalam diri.

4. Macam mana nak overcome resistance? 2 minutes rule. Apa ni 2 minutes rule? Senang je nak faham. Kau buat habit baru kau ni, sekurang-kurangnya 2 minutes. Adakah tertakhluk kepada 2 minit sahaja? Tak, ikut kesesuaian. Aku bagi nama ‘2 minutes rule’ supaya korang senang faham.

Kalau kau nak start menulis, tulis 2 ayat/ 2 perenggan/ 2 pages. Kalau nak membaca al-quran, baca je 2 baris, separuh muka, satu muka, 2 page, 1 juz. Kalau nak kurus, PAKAILAH KASUT JOGGING TU! Kalau tak pakai, kau takkan keluar jogging.

Sekurang2nya, bila kau pakai, kau akan keluar jugak sebab kau dah pakai. Takkan kau taknak jogging lepas kau dah penat2 pakai kasut tu. Lepastu larilah 2 minit. Set masa, bila berbunyi, ha berhentilah. Nak teruskan lagi bagus.

Lama kelamaan, kau akan fikir, ‘takkanlah nak baca 2 baris ayat je? Takkanlah nak tulis 2 perenggan je? Takkan lah nak jogging 2 minit je?’

Ataupun, mesti korang akan timbul target baru, ‘hari ni nak lari 1 km, hari ni nak lari 2 km. Hari ni nak lari 10 minit’ dan seterusnya.

5. Kekalkan semangat dengan paksa diri untuk buat benda baru tu. Tak payah setiap hari pun takpe. Nak start seminggu sekali pun boleh.

Nak sebulan sekali tu macam sikit sangat. Bila nak progress nya? Paksa sikit. Janganlah lembik sangat! Kuat sikit motivasi tu! Nak jadi melah sampai bila?! Ha bersemangat tak baca ni? Sekurang-kurangnya kau buat. Sebab awal2 ni, kau nak jadikan benda ni habit.

Macam aku, aku suka jogging. Dulu aku memang takde masa nak jogging. Sekarang bila ada masa je, aku keluar. Ada masa je aku lari. Setiap hari, dah sebulan lebih macam tu, aku rasa aku suka dengan jogging. Hobi lain aku dah start kurangkan.

Itu jelah. Terima kasih sudi baca karangan ni. Btw, aku suka jugak menulis. Hehe. Dulu aku suka membaca, aku suka pulak tengok ayat2 dalam novel, cerpen yang aku baca. Last2, aku rasa nak tulis sendiri.

Setiap kali penulisan aku, aku akan baca balik. Rasa seronok baca penulisan sendiri. Tu jadikan motivasi aku untuk terus menulis. Ok, ini jelah ilmu yang aku boleh share. Tak seberapa mana pun. Assalamulaikum.

– Kirito (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *