Dianiaya Peguam

Assalamualaikum para pembaca, saya tak reti nak tulis karangan panjang2 tapi rasa lama sangat terpendam masalah ni.

Saya nak sembang dengan kawan2 pasal ni pun malu kerana kalau cerita pun apa yang mereka boleh buat untuk saya selain doa supaya permudahkan masalah ni. Masalah ni bermula sejak 5 tahun lepas .

Keluarga saya menjual rumah lama di Shah Alam, kami masih tak dapat wang yang diamanahkan kepada seorang peguam. Wang tersebut bukan sedikit tetapi jumlahnya sangat besar mencecah sejuta RM.

Pada awalnya saya fikir pembeli rumah lama memerlukan masa untuk mendapatkan duit dari bank buat loan ke apa tetapi sebenarnya peguam yang sengaja menggunakan duit untuk kepentingan peribadi.

Life savings family saya tergantung begitu sahaja kerana peguam tidak amanah menunaikan kerja dia. Sudah bertahun kami menunggu tetapi tiada lagi berita gembira tentang kes itu.

Dah tanya mak ayah tentang prosiding nak dapat balik duit daripada peguam tu tetapi mereka hanya suruh saya berdoa saja yang terbaik. Rasa amat sedih dan kecewa bila perkara ni berlaku kepada keluarga saya.

Rumah yang saya duduk sekarang tidak siap lagi sepenuhnya, ceiling berlubang, pagar rumah tak siap sebab takde duit nak bina dan banyak lagi hutang yang perlu dibayar. Lagi2 parents yang sudah bersara tidak mampu bekerja hilang camtu je duit yang dikumpul sepanjang hidup.

Saya fikir bila jual rumah lama boleh lah hidup dengan senang lagi berbanding dulu tetapi lain jadinya. Macam mana nak bayar hutang2 rumah dan sebagainya kalua kerja pun belum lagi? Kalau dapat kerja tahun depan sampai bila nak support family dengan bayar bank loan rumah sekarang?

Sejak dugaan ni, saya susah nak focus study dan terpaksa ikat perut menghadapi dunia ini. Tak guna peguam melayu Islam yang menyalah guna duit orang lain untuk kepentingan diri.

Tahun lepas pergi tengok firm dia dekat Shah Alam tetapi gelap je office dia. Bulan lepas saya pergi hilang pulak signboard firm dia. Rasa nak pecah je pintu tetapi apa je boleh aku buat.

Ayah saya sudah masuk keluar hospital kerana masalah jantung dan setiap kali visit akan buat saya takut kalau apa2 terjadi. Stress yang banyak menyebabkan masalah kesihatan dia.

Akhir sekali, saya harap doa parents pergi haji haritu dapat dimakbulkan supuya peguam tu memulangkan kesemua duit yang diambil. Saya tak sanggup tengok mereka terseksa dengan hutang dikejari kami.

Esok baru nak buat report polis setalah 5 tahun berusaha ‘slow talk’ dengan peguam untuk membayar balik duit. Yang peliknya pemilik rumah lama saya tak rasa bersalah pun perkara ni terjadi kat keluarga saya.

Kepada pembaca, kalau family korang nak jual rumah atau apa2 urusan dengan peguam. Sila rakam audio atau video apabila buat perjanjian. Peguam zaman sekarang susah dipercayai.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *