Assalamualaikum wbt dan hai para pembaca sekalian. Jika confession ini disiarkan, aku amat berterima kasih kepada admin kerana aku amat memerlukan respon dari mereka yang lebih berpengalaman dalam kehidupan ni.
Aku seorang penuntut di salah sebuah IPTA yang tersohor di Malaysia. Tajuk diatas menggambarkan situasi yang aku hadapi dengan so-called roommate lah sangat (nak muntah).
So ceritanya, aku dapat bilik sorang2. So agak lonely la katakan. Namun aku dah biasa sebab dah pernah hilang beberapa orang kawan pun atas pelbagai sebab.
Nak dijadikan cerita, satu hari, seorang hamba Allah ni cakap nak datang tumpang duduk bilik aku.
At first, dia cakap nak tumpang belajar dan tidur sekejap2 jer tapi last2 habis dipunggah semua barangnya dari bilik lama dia. Dia cakap la roommate lama dia perangai jahat sombong tak bertegur bagai aku malas nak cerita detail entah2 dia yang bermasalah.
Sebab aku pun rasa sunyi sikit, aku pun terima la dia sebab penampilan dia nampak baik je. Awal2 dia okay. Sampai lama2 dia naik lemak sebijik macam Israel ingat bilik dia tu hak mutlak dia. Dia lupa dia tu pendatang asing yang masuk bilik aku secara haram atas ihsan aku.
Dia suka belajar tapi syarat dia kena senyap. Aku nak tengok movie dengar lagu pun dia suruh pakai headphone. Sampai tahap aku sembang dengan mak aku dekat phone, boleh dia buat isyarat suruh turunkan volume suara aku??
Kalau boleh aku nak carut dia puas2 kat sini tapi aku rasa tak elok untuk pembaca semua baca. Aku ibarat hilang hak aku dibilik sendiri.
Tapi time aku tidur or study, dia selamba badak jer gelak2 pasang movie kuat. Like dia punya empati dekat aku tu takde pulak??! Manusia apa macam ni weh. Belum kira part dia guna barang aku sesuka hati lepastu tak tutup plug, letak merata.
Part paling teruk, dia macam nak conquer bilik tu bila dia nak pegang kunci bilik aku. Cakap nak duplicate bagai tapi malas bertangguh macam haram. Satu tahap aku rasa dia lagi yahudi dari yahudi tu sendiri. Aku tak faham macam mana boleh wujud manusia macam tu.
Okay, kenapa aku tak tegur dia sendiri? Sebab aku takut. Ye. Memang aku penakut. Lepas seminggu dia dengan aku, dia tunjuk perangai iblis dia macam mana.
Emo, sensitif tak tentu pasal, panas baran. Sampai aku tak tahu nak cakap apa dengan dia. Selalunya dia tegur aku dulu buat lawak hambar ke apa aku just reply sendu2 je.
Dear readers, maaf kalau kebodohan aku tak tegur dia direct tu buat korang triggered. Tapi aku memang agak takut dan terlalu menjaga hati dia sampai hati aku sendiri luka.
Aku bukan apa, pengalaman lepas hilang kawan buat aku tak nak dah gaduh dengan siapa2. Namun, jujur aku cakap jiwa dan batin aku memang terseksa dengan kewujudan dan kehadiran iblis macam tu.
Aku mohon, kalian doakan aku dapat kekuatan untuk bersemuka dan doakan masalah aku ini akan selesai secepatnya. Pembelajaran aku agak terjejas disebabkan masalah ini. Aku perlukan pertolongan dan tembakan doa kalian untuk bebas dari syaitan yahudi itu. Aku mohon.
Jika ada kekurangan dalam penulisan aku, aku mohon maaf sangat2. Tercampur BM BI, aku mohon maaf. Sekian assalamualaikum.
– Yang tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit