Derhakakah Aku?

Aku mulakan dengan pengenalan diri sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu kepada anak yang berusia setahun lebih. Aku anak bongsu daripada 4 beradik. Aku agak keliru dengan diri.

Maaflah kalau agak panjang penulisan aku ni. Ceritanya tentang aku dan emak aku. Hubungan kami biasa sahaja sewaktu aku bujang sehingga berkahwin. Walaupun aku anak bongsu, tapi bukan anak manja. Emak memang jujur dia sayangkan abang aku lebih daripada adik beradik kami yang lain. Yang itu, aku memang takde rasa cemburu pun sebab abang aku memang rapat dengan emak.

Sejak zaman sekolah, pencapaian aku memang tiada satu pun yang emak banggakan. Walaupun aku pernah dapat keputusan baik, anugerah cemerlang dan macam-macam lagi, emak aku tak pernah cakap tahniah atau tunjuk perasaan gembira. Dia akan lebih berminat untuk tahu keputusan anak orang lain.

Aku ingat lagi masa aku dapat keputusan STPM, aku antara pelajar cemerlang di sekolah. Balik rumah dalam keadaan gembira aku nak tunjuk slip peperiksaan, tapi emak aku biasa je. Dia puji sepupu aku yang dapat keputusan lebih sikit daripada aku. Aku dah mula rasa down.

Tak lama lepas tu, aku dapat keputusan UPU. Kos yang aku dapat bukan pendidikan. Mak aku memang mengharapkan sangat aku jadi cikgu. Tapi bila tak dapat, dia kecewa. Dan kekecewaan tu jelas terpancar daripada cara layanan dia. Dia selalu marah, ada saje perkara yang tak kena. Dan lagi sekali, aku down. Aku rasa orang sekeliling takde yang sayangkan aku.

Tamat belajar, selang beberapa tahun aku berkahwin. Dan rezeki aku bunting pelamin. Suami jauh, kami pjj. Aku tinggal dengan mak aku. Jadi kalau aku teringin nak makan sesuatu, aku usaha sendiri. Mak aku dah tak sihat sejak daripada aku sedang bertunang lagi.

Satu hari aku teringin nak makan buah pulasan. Jadi aku beli. Tambah pula rezeki, kawan bagi buah rambutan. Tengah seronok makan di dapur, aku terdengar mak aku cakap kat ayah aku “buat apa beli buah buah tu? dah tahu mak dia ni sakit, beli la buah betik ke, jambu batu ke. Buah tak boleh makan juga dia beli.” Bayangkan aku yang tengah mengidam, terbantut terus selera nak makan. Kesian anak aku.

Perkara ni bersambung pula masa aku dalam pantang. Mak dan ayah aku nak pergi kenduri. Jadi nak pinjam kereta aku. Aku tak bagi pinjam sebab kereta aku tu tayar dah botak dan memang bahaya nak bawa jalan jauh. Rumah kenduri tu pula perjalanan dalam 3 jam. Memang agak berisiko. Jadi, diorang pergi naik kereta ayah aku. Kereta tu kereta lama. Masa dalam perjalanan, terberhenti berhenti je.

Makcik aku menumpang kereta ayah aku. Mak aku terus marah marah, cakap aku tak kenang budi, sekolahkan tinggi tinggi tapi tak membantu. Ok kat sini aku dah sakit hati. Aku dah jelaskan kereta aku tak boleh guna, ada risiko. Dan kakak aku ada di rumah masa tu. Tapi diorang tak pinjam kereta kakak aku, sedangkan kakak aku tak pergi mana mana pun. Tapi kenapa cakap aku macam macam sedangkan diorang ada pilihan lain.

Masa tu aku sakit hati sangat sangat. Dengan keadaan suami jauh, masih dalam berpantang 3 minggu. Takde sape pun back up aku masa tu. Kakak aku cuma nak tahu kenapa mak aku marah sangat. Dan bila dah tahu cerita, dia diam. Mak aku canang hal aku tak bagi pinjam kereta kesemua kerabat keluarga dia. Tapi dia tak bagitahu pun sebabnya dan tak cerita pula dia ada pilihan untuk pinjam kereta kakak aku.

Aku bersalin 2 minggu sebelum raya. Jadi suami aku beri duit lebih kurang RM1k untuk beli lauk pantang aku, upah masak untuk mak aku (aku pantang makan dan pantang kerja berat je) dan beli lauk raya. Dan campur sekali duit gaji aku untuk bayar bil bil dan barang keperluan lain. Itu pun cara dia seolah olah aku duduk free dalam rumah tu. Aku diamkan je.

Dan baru baru ni, tiba tiba mak aku cakap aku sayang lebih kat mak mentua aku. Puncanya aku balik rumah lepas habis kerja. Aku beli makanan untuk aku dan anak aku. Aku ada offer kat mak aku. Oklah mak aku makan, dan aku ada beli ayam. Rupanya dia nak ayam tu. Dan dia sentap bila aku habiskan.

Aku pula sebab fikir mak aku tak minat ayam, nak muntah makan ayam, jadi aku offer makanan lain dan dia pun memang makan. Terjadilah ungkit mengungkit, aku sayang mak mentua aku lebih la, blablabla. Dan kali ni aku meletup.

Aku ungkit semula perkara lepas yang dia buat aku. Aku cakap kat mak aku, aku duduk rumah ni bukan free. Aku bayar dan beli macam macam. Last last, aku. minta maaf dan cakap satu hari aku akan kelur juga dari rumah ni. Sebabnya, mak aku asyik suruh aku keluar.

Aku tak menyewa di luar sebab tinggal berdua dengan anak. Faktor keselamatan. Dan tak tinggal di rumah mentua atas faktor aurat. Adik beradik suami semuanya lelaki dan masih ada yang tinggal bersama mentua.

Sekarang aku macam tak boleh tengok mak aku. Perasaan marah, sakit hati dan panas hati meluap luap bila tengok muka mak aku. Aku rasa berdosa, dalam masa yang sama hati aku sakit sangat sangat bila teringat perkara perkara lepas. Terkadang aku meluat dengan mak aku.

Aku teringat dia bandingkan aku dengan kakak aku yang katanya juh lebih baik, perbandingan antara kawan kawan dan sepupu yang katanya lebih pandai daripada aku. Aku sentiasa dipandang sebagai anak degil. Dia buat baik dengan aku bila dia nak minta tolong sesuatu.

Entahlah. Aku keliru dengan perasaan aku. Maaf kalau penceritaan ini berterabur. Hanya sekadar luahan yang aku simpan bertahun.

– HF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *